Sapa suka makan Lala? Tahu tak Lala… ker ada yang tak tahu apa tuu Lala? Lala bukan nama orang atau nama permaianan Lat tali lat Lala Tam Plom. Bukan ya! HAhaa.. Lala antara makanan seafood yang agak payah nak jumpa melainkan tiba musim nya maka Lala akan menjelma. Korang suka lala masak apa? Sesekali Nina suka Lala Masak Lemak Hijau. Tambah daun special ni lagi buat kuahnya terasa sedap dengan manis lala, alahai sedapnya!
Lala lebih kurang ketam. Tiba musim ketam, yang segar bugar, besar-besar akan memperagakan diri nya kat pasar borong. Harga nya kalau musim memang murah berbanding bukan musim. Dah laa mahal pastu cinonet jerr..!!
Sama lah macam Lala. Kalau tiba musim nya, saiz Lala agak besar (puas laaa makan)dan harga juga agak murah. Lebih kurang sekilo RM6 leh dapat. Fresh lak tuu… Kalau bukan musim, mahal.. dalam RM9 sekilo. Pastu ciput jerr. Kalau Lala dah ciput, isinya hhurmm…. Celah gigi pun tak perasan. Sambil makan terfikir-fikir yang kita tengah makan apa ehh…? Tak rasa langsung.. So sad!
Lala masak apa sedap ?
Selalunya Lala korang masak apa? Nina biasanya masak Lala Tam Plom Kadang tuu masak Lala Goreng Pattaya, kadang sweet sour. Ini kali pertama Nina masak Lemak Hijau. Idok lerr hijo mana pun. Tak akan tetiba jadi The Incredible Hulk pun lepas makan. Hahaa… poyo! Ok sambung citer, MyGang yang tetiba balik pasar belikan Lala request masak Lemak. Dah semua bahan dia dah sediakan, tak kan buat-buat tak tahu lak kann…. Sendiri mau ingat laa . . .
Lala ni kalau makan kat luar mahal pastu sikit jer kannn..?? Untuk family Nina memang tak cukup! Lagi puashati beli fresh pastu masak sendiri. Jimat. Makan laaa banyak mana nak sesuka sepuas hati.
Lala masak lemak – sedapnya hirup kuah! terasa kemanisan lala
Masa masak Lala, ia akan mengeluarkan air dari Lala itu sendiri, so kalau sukakan kuah yang agak pekat, kurangkan santan cair. Air Lala meninggalkan rasa keunikkannya yang tersendiri. Sedap ooo .. hirup-hirup air manis Lala tuu.. Ok laa… Meh Nina kongsikan resepi pilihan Geng hari ni..
Resepi Lala Masak Lemak Hijau
Bahan-bahan
Lala 1kg++ (geng belikan sekilo ½ – nak ratah puas-puas katanya) hehee . . .
Cili Padi – banyak mana ikut suka nak pedas mana… kot nak sampai merah telinga up to you
1 inch Kunyit Hidup – (Nina tak de so gantikan aje ngan serbuk kunyit tapi tak kick
3 helai daun kunyit (2 helai untuk blend dan lagi sehelai hiris-hiris buh kat kuah nanti)
4-5 helai daun salam (ini lah tips kuah lala masak lemak hijau sedap)
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
3 batang serai – ketuk jer
5 biji Cili Hijau
Santan pekat – Nina guna santan kotak jer.. (kotak kecik buh 2 kotak)
1 keping Asam Keping – orang Utara panggil asam gelugoq
Garam & gula secukup rasa
Cara masak Lala Masak Lemak Hijau
1-. Blend cili padi, bawang merah, bawang putih, kunyit bersama 2 helai daun kunyit. Ketepikan..
2-. Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar sampai wangi. Kemudian masukkan serai.
3-. Kemudian masukkan sedikit air atau santan cair. Masak hingga mendidih dan kemudian masukkan asam keping
4-. Tunggu mendidih lagi dan sampai pecah minyak, masukkan daun salam, carik-carik daun kunyit, santan pekat dan lala. Masak hingga lala masak (terbuka) . Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
Ahaa… nampak tak? Hijau nya sebab Cili Hijau bukannya pi letak pewarna hijau! Hehee…
Tips masak lemak sedap
Ok, daaa…. Nak hirup-hirup kuahnya.. Slurpp slurpppp…!!
Ingat tau, tips kuah lala masak lemak hijau sedap wajib telak daun salam. Aroma daun salam akan buat kuah lain dari masak lemak yang biasa. Should try!
Yang ni Resepi Lala Goreng Pattaya. Sedap jugak! Rekemen korang cuba nanti tau
Wah..sy pun mmg suka buat lala macam ni..Yummy
Adda, sedap gak masak lemak rupanya.. nina 1st time masak gini
macam sedap je nina… tapi pedas tak?
Ita, nina punya tak pedas. Buat makan ngan anak-anak sekali… kalau nak pedas kena buh cili padu seganggam baru kick! Hehee
sedapnye lala…amy pun suka..nanti sng2 nk try la..sure layan smpai x sedar lala dh licin liau..hehehe
Amelia, try Jangan tak try…!! Sila licin kan kuali sekali ehh… senang nak cuci
Hehee
lala ni memang sedap dimakan macam tu je..hahaa
walaupun gambar tapi terliur tengok ye… sedap ye
Nampak sedap dan menggiurkan…