Lala ! Antara menu seafood yang jarang beli dan masak. Baru-baru ni Geng ke pasar dan nampak ramai yang menjual maka dia pun belikan sebungkus. Tengah musim agaknya… Maka setelah penat memikir kan Nina dok ulang ulang masak ikut je Resepi Lala Goreng Pattaya. Ikutkan macam nak cuba resepi lain tapi tu lah penat fikir! HAhaa
Hhrmm… Asal nak masak dok fikir nak masak Lala ni?
Gaya melayu, barat, etnik, pop rock, k-pop… Eh eh~
Mulalah kebuntuan melanda. Haishh…. Ini pun boleh bikin stress tau! Sapa bilang Permaisuri rumah aka surirumah tak mengalami stress??
Stress tak tahu nak masak apa, tak de idea
Ada….. Ini ‘antara’ permasalahan yang perlu ditangani setiap hari. Nampak mudah namun hakikatnya selalu temui jalan buntu. Betul tak? Kan kan kannn….. **cepat ngaku**
Nasib baik laa wujudnya kengkawan alam maya yang sentiasa memberi idea dan pandangan bernas. Sayang uolls
Syukur Alhamdulillah Nina berada dalam kelompok kepompong rama-rama. #Eehh….
Nina punya kengkawan yang sentiasa positif, mendorong ke arah kebaikkan dan bermanfaat. Syukur~
Bagaimana nak berada dalam kepompong rama-rama?
Pilihan di tangan dan di jari jemari sendiri. Semuanya di hujung jari korang sekarang ini.
Andai positif yang dicari maka sudah pasti ianya akan memberi manfaat dan andai sebaliknya ….
Itulah teman kawan seharian anda pilihan hati korang.
Berada dalam kepompong rama-rama bersama Nina ini lah perkongsian ikhlas dari Nina. Sekadar memberi idea menu yang simple, ringkas dan sedikit coretan story mory yang tak seberapa.
Simple dan sederhana aje
Hhrrmm…. tau nak masak apa dengan Lala nie.
Balik-balik masak goreng kunyit serai, Lala Tam Plon kadang dok ulang masak Lala Goreng Pattaya
Resepi LALA GORENG PATTAYA
Bahan-bahan
300gm Lala dicuci bersih dan ditoskan
4 ulas Bawang putih – diketuk
2sm Halia – dihiris
1 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Sos Ikan
1 biji Bawang besar – dihiris bulat
1/2 biji Cili capsicum kuning/merah – didadu kecil
1/2 Cili capsicum hijau – didadu kecil
segenggam Daun Selasih (Nina tak letak punn …..)
Sedikit tepung jagung dilarutkan dengan air
Minyak untuk menggoreng
Gula secukup rasa
Beberapa tangkai Daun Bawang
Cara masak Lala Goreng Pattaya
1- Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama sos tiram, serbuk kari ikan dan halia
2- Masukkan lala, gaul rata dan tutup sebentar
3- Selepas 2 minit, buka tudungnya, masukkan air tepung jagung, sos ikan, cili capsicum, bawang besar, daun selasih dan daun bawang.
4- Kacau rata dan Hidangkan segera….
Selamat mencuba