Nasi Ayam Bakar Station PD Lunch Sedap Murah Port Dickson
Hari ni Nina nak share satu kedai makan lunch sedap mudah di Batu 11, Port Dickson. Kebetulan Nina bercuti sakan di Primaland Waterpark so malas nak keluar jauh dari sini. Pusing-pusing sekitar sini je cari makan tengahhari pastu tengok satu kedai tepi jalan ni ramai sangat orang. Signboard juga menarik kan perhatian untuk buzy body nak tahu awat lah ramai orang. Terlintas di fikiran nak tahu apa yang menarik kat sini… Kenapa ramai orang….?? Sedap ker…?? Maka terjahan pun bermula! Acececehhhh… Dah macam jalan-jalan cari makan . HAhaa
Nasi Ayam Bakar Station PD
Hhrmm…. Intai-intai kelihatan sajian Menu nasi putih bersama Ayam Bakar. Ayamnya dibakar depan mata dan mengikut permintaan. So dapat makan panas-panas. Nina sukakan menu yang simple, mudah dan semestinya sesuai buat anak-anak. Ok cun, dan Nina pun cari tempat – dok bawah pokok Chery. Redup, nyaman….. Suka!
Standard Nasi ayam bakar kat KL, ada nasi putih, ayam bakar, sup ayam, sambal cili dan bersama tomato dan timun. Simple!
Kat sini, Nina suka nasi nya yang lembut, (idok lerr yang keras sampai rasa macam nak tercekik kadang tuu) Ayamnya pula, moist…. Isi yang sedang elok empuk masak di Bakar, berjus lagi. Rempah pun tak heavy sangat. Suka suka…. Light -light gitu. Anak-anak pun laju jer makan dengan berselera. Sup pun sedap dihirup laju.. Slurp slurpp~
Lunch sedap murah PD
Nasi Ayam Bakar Station Baru 11 Port Dickson
Amacam nampak sedap kannn?
Ya memang sedap!
Selain menu yang segar lagi panas dan menepati citarasa Nina sekeluarga **maksudnya bukan nasi berlauk siap masak** . Ni ayam bakar yang kita order baru dia bakar so fresh from oven gituh!
Apa yang menarik lagi kat adalah air minumannya. Apa yang terhidang kat meja luar ni harga nya per gelas. Segelas hanya RM1.50 Ada sirap, sarsi, tea o, jambu batu, asam masin. Katanya layan diri. Ambik sendiri gelas, buh ais ikut suka banyak mana dan hanya tekan air pilihan di hati. Nak ulang (refill) ikut suka ambik jer sendiri. Yang penting, harganya di kira per gelas. Best kan….??
Air murah !! Hanya RM1.50 boleh refill
Antara menu lain yang ada untuk lunch selain menu utamanya, ada juga Ayam bakar Madu dan beraneka pilihan lauk-pauk. Menurut owner, (sempat lak nina beborak) hehee…. Menu Nasi Ayam beroperasi bermula jam 11am-4:30pm
Akan tapi kedai dah mula niaga seawal 8am untuk menu sarapan. Contohnya ada nasi lemak, lauk-pauk, Mee goreng, bihun goreng dan sebagainya.
Nina juga dimaklumkan ada beberapa cawangan kat area KL, Bangi, Petaling Jaya. Hhrmm…. Hebat rupanya. Nina aje yang belum tahu rupanya.. Huhuu.. So lepas ni, kalau nina sekeluarga ke Port Dickson lagi – mudah laa…. Nina dah ada tempat yang hendak dituju untuk makan tengahhari
Lunch sedap murah PD
Nasi Ayam Bakar Station Baru 11 Port Dickson
Kalau korang ada sekitar Port Dickson dan tak tahu area mana nak dituju sila lah singgah sini… recommended!
Ayam Bakar Station
Batu 11, Pasir Panjang, Teluk Kemang Port Diskson
Operation hours 11:30am – 5:30pm
Selesa – tutup kecuali cuti umum/ cuti sekolah
Harus singgah ni kalau ke PD. Namoak sedap je tu ha..