As’salamualaikum dan Salam Sejahtera
Hah…!! Tengok nie.~
Apa perasaan uolss bila keadaan gini terjadi?
Marah? Geram? Terkejut? kerr….. terpaku beku?
Gini citer nya….
Last weekend Nina keluar beli-belah barang keperluan. Hanya Nina, MyGang drive, Eilyana dan baby Eilhan.
Nina hanya ke kedai sebentar so MyGang, Eilyana dan Eilhan hanya tunggu dalam kereta. Leceh kan kalau semua pun nak turun. Setakat beli barang mengikut list lebih senang bergerak sendiri – lebih cepat dan pantas.
Usai beli-belah, Nina pun terus ke pintu belakang kereta nak letak barang. Buka ajer pintu seat belakang nampak Baby Eilhan comot dengan bedak batu Nina kat muka dan My bedak batu – banyakkkkkkk pecah semuanya!
Alamak. Oh No…!! Huhuhuuu~
Aduhai….. Rupanya abahnya dan kakak Eilyana dok kat depan melayan video kat hand phone. Eilhan dok belakang senyap-senyap buat keje…
Nak marah pun no point sebab perkara dah berlaku so redha dan pasrah ehh… macam citer filem lak (hahaaa..) lalu kemaskan aje bedak-bedak bertaburan dan bersihkan muka Eilhan yang comot comel tuu….
Nak buat camner, sel otak sedang berhubung….ini kes tiru aksi mamanya tiap kali pakai bedak batu. Hahahaa…
Oopsss…!! terpecah rahsia Nina pakai bedak batu ajer~
**Sila buat-buat tak tahu ehh…** hahaa..