Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

November 27, 2020December 18, 2023

Sinopsis Drama ISTERI MISTERI TV3 Lawak Kelakar habis!

Dah agak lama tak layan Drama 6pm di TV3 tapi sejak PKPB ni sempat laaa curi masa tonton TV waktu petang. Baru-baru ni, Nina TERtengok Drama baru di TV3 6pm lakonan hebat Sharnaaz Ahmad, Tizz Zaqyah. Korang kena baca Sinopsis Drama ISTERI MISTERI sebab drama ni kelakar, lawak habis! 

Isi Kandungan hide
1 Drama ISTERI MISTERI
1.1 Sinopsis Drama ISTERI MISTERI
1.2 Siapakah sebenar pembunuh Rizal?
1.3 Info drama
1.4 Watak Pelakon
1.5 Tonton Online
1.6 Related posts:
2 Ppssttt.. Khas untuk wanita. Penyelesaian Miss V gelap! Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White
3 ALAMAK BATERI KONG! NASIB BAIK ADA Carput BATERI ONLINE MUDAH SANGAT
4 Udang Masak Hitam Berempah Mamak Style. Walla..
5 Janin yang berusia 15minggu hidup didunia. ...

Eh ehh . . . Seronok lak layan. Drama komedi!
Setiap watak punya karektor mereka yang tersendiri. Memacam gelagat yang lucu menghiburkan hati tonton drama ni. Boleh laaa layan!

Drama ISTERI MISTERI

Nah … Ni ringkasan sikit Sinopsis Drama ISTERI MISTERI.

Sinopsis Drama ISTERI MISTERI TV3

Sinopsis Drama ISTERI MISTERI

Mengisahkan Rizal, seorang orang kaya baru kaki perempuan yang menerima ramalan seorang dukun bahawa isterinya ingin membunuhnya dan dia akan mati ditangan isterinya! Kehidupan Rizal bertukar bencana kacau bilau dan terganggu tak tentu arah dibuatnya.

Setiap daripada isterinya mula menunjukkan sisi yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini dan ini amat mencurigakan Rizal. Dia sedar dia perlu bertindak cepat sebelum pembunuh meneruskan rancangan jahatnya

Siapakah sebenar pembunuh Rizal?

Dengan bantuan pembantunya, Jun, dia perlu menyelamatkan dirinya serta menghalang rancangan isterinya. Namun, masalah utamanya adalah dia mempunyai tiga orang isteri! HAhaaa.. Padan muka dia!

Mampukah Rizal menyelamatkan dirinya dari pembunuh tersebut?
Apakah perancangan isteri-isteri Rizal setelah ketahui hal sebenar?
Siapakah sebenarnya pembunuh Rizal?

Saksikan drama komedi ‘Isteri Misteri’ hasil kerjasama Viu Malaysia dan Media Prima Berhad. Dibintangi Tiz Zaqyah, Azira Shafinaz, Azar Azmi dan ramai lagi. Isteri Mister’ akan disiarkan setiap hari Rabu dan Khamis jam 6:00 petang di TV3 dan jam 7:00 malam di Viu mulai 25 November 2020.

Info drama

JUDUL : ISTERI MISTERI
EPISOD : 10
TARIKH TAYANGAN : 25 November 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Khamis, 6:00 petang
SIARAN TV : TV3
PENGARAH : Faisal Ishak & Esham Shahlin
PRODUKSI : Primeworks Studios & VIU
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Sharifah Sakinah, Azira Shafinaz, Azar Azmi

Watak Pelakon

Sharnaaz Ahmad sebagai Rizal
Tiz Zaqyah sebagai Emma
Sharifah Sakinah sebagai Yatie
Azira Shafinaz sebagai Lisa
Azar Azmi sebagai Jun

Tonton Online

Korang dah tonton ke belum? Memang kelakar drama ni..
Menghiburkan! Korang boleh Tonton Drama Online ISTERI MISTERI Full Episod 1 – Akhir

Related posts:

Ppssttt.. Khas untuk wanita. Penyelesaian Miss V gelap! Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White

ALAMAK BATERI KONG! NASIB BAIK ADA Carput BATERI ONLINE MUDAH SANGAT

Udang Masak Hitam Berempah Mamak Style. Walla..

Janin yang berusia 15minggu hidup didunia. ...

Drama Movie Lifestyle Review Azar AzmiAzira ShafinazDrama 6pmDrama sangatDrama TV3Sinopsis Drama ISTERI MISTERITizz ZaqyahTonton Drama OnlineVIU Malaysia

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Patsy says:
    November 30, 2020 at 11:25 am

    Film yang bagus itu. Cara untuk pergi untuk film ini.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes