Tamat sudah Drama Lelaki Lindungan Cinta lakonan Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani dan Shalma Eliana. Tak lupa juga dengan adanya penampilan pertama Cik B. Tak tau mana silap, drama ni tak berapa femes, padahal para pelakon lakonannya bagus dan mereka antara artis pujaan anak muda kini. Ayway, happy ending… Sinopsis Drama SANG PEWARIS
Dan Drama Sangat Slot Lestary meneruskan dengan penampilan Ben Amir Pelakon lelaki yang hot meletop gara-gara lakonan dan style rambut dia masa dia berlakon bergandingan bersama pujaan ramai Mira Filzah dalam Drama Sweet Dreams
Kali ni Ben Amir bergandingan dengan heroin hebat lakonan superb natural Amyra Rosli. Nina suka lakonan beliau dalam Drama NUR . Mampu kah mereka meletop kan Drama SANG PEWARIS?
Sinopsis SANG PEWARIS TV3
Ali lakonan Ben Amir seorang pemuda kampung biasa tinggal bersama ibu bapa angkatnya, Pak Samad dan Mak Bedah. Dia sering mendapat mimpi pelik sejak remaja hingga kini dan masih tak faham kenapa ia selalu datang padanya. Ali sering didatangi oleh gadis yang sama dalam mimpinya.
Ali diberitahu oleh Haji Mahfuz bahawa dia adalah pewaris kekayaan Tunku Ahmad dan Tunku Kamariah dan diminta untuk pulang. Lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui dia mempunyai kembar.
Ali merancang menyamar sebagai tukang kebun untuk mengenali keluarganya dengan lebih baik. Di sana, Ali jatuh cinta kepada Zara lakonan Amyra Rosli, anak angkat keluarganya. Namun Ali terpaksa akur gadis itu merupakan tunang kembarnya.
Okies, tu ringkasan Sinopsis Drama SANG PEWARIS. Nah . . .
Korang baca lak full episod dari novel dan watak dalam Drama ini
Full Sinopsis NOVEL SANG PEWARIS
Dalam satu hari sahaja, Ali dikejutkan dengan beberapa fakta tentang dirinya
1) Dia bukan Ali bin Ahmad, tetapi rupanya Tunku Ali Khairudin ibni Tunku Ahmad! Perghhh … Tetiba baru tahu kat nama ada Tungku kat depan. Opkos terkejut kannnn
2) Fakta kedua, dia mempunyai seorang abang kembar!
3) Fakta ketiga, sangkanya dia cuma anak pungut, tetapi rupanya dia pernah diculik! Kenapa diculik? Apa maunya penculik tersebut? Adakah nyawa nya dalam bahaya sehingga kini?
4) Keluarga kandung sedang mencari dan menanti kepulangannya demi kelangsungan warisan keluarga. Alamak! Tetiba kena uruskan warisan. Macam susah jer…
Takut dengan kenyataan yang mendadak di depan mata, Ali enggan pulang meskipun puas dipujuk. Tetapi, sekeping gambar telah melunturkan pendiriannya. Dia pulang juga akhirnya.
Di saat majlis meraikan kepulangannya diatur, Ali menukar fikiran. Dia menghilangkan diri. Ali mengubah rupa dan menyamar sebagai tukang kebun lalu menyusup masuk ke dalam rumah keluarga kandungnya. Di situ, dia mula mengenali beberapa nama.
Tuan Haji Mahmud
Pengurus keluarga diraja yang terlalu setia sehingga menimbulkan curiga.
Tunku Kamariah
Sang Bonda yang suka menyendiri. Sikapnya terkadang bagai orang gila.
Tunku Ameer
Lelaki misteri yang sukar ditafsir budi pekerti.
Doktor Mahfuz
Doktor peribadi keluarga yang prihatin meski senyumnya dingin.
Che Som dan Pak Kadir
Tukang masak dan pemandu rasmi keluarga yang memiliki semua cerita tentang keluarga tersebut di dalam poket mereka.
Zara Aireena
Manis. Lembut. Jelita. Bergaya. Ops, itu luaran sahaja! Tetapi rupanya dia boleh tahan gila. Kalau tidak, takkan dikejarnya Ali dengan parang semata-mata marahkan Ali terpotong pokok bunga kesayangannya.
Konflik muncul satu demi satu. Misteri lama terurai perlahan-lahan. Luka lama kembali berdarah. Namun, tiada luka yang dapat menandingi luka di hati Ali bila terpaksa akur bahawa hatinya mula mencintai Zara Aireena, tetapi gadis itu pula merupakan tunang abang kembarnya!
Review Novel SANG PEWARIS
Sang Pewaris merupakan novel santai yang banyak memuatkan ilmu tentang ubat-ubatan dan salasiah keturunan Raja-Raja Melayu terutama keturunan DiRaja Negeri Sembilan. Novel ini juga mengutarakan tentang kasih sayang di antara ibu, anak dan adik beradik.
Sang Pawaris mengisahkan tentang Tunku Ali yg diculik sejak kecil dari kediaman bondanya kembali hidup bersama keluarga kandungnya setelah ditemui oleh pengurus keluarga diraja itu. Tunku Ali kembali sebagai Kudin yang menyamar sebagai tukang kebun untuk melihat sendiri penerimaan keluarganya. Dalam masa penyamaran itulah pelbagai rahsia terbongkar.
Kehidupan Tunku Ali kemudiannya mula berubah bila dia mula belajar tentang adat istiadat diraja dan urusan business keluarga. Namun cinta yang baru berputik dipendamkan kerana Zara milik Tunku Ameer pada masa yang sama.
Apakah kesudahan cinta Ali?
Selama bertahun dia terpaksa berkorban adakah Ali terpaksa korbankan cinta nya juga?
Nantikan drama adaptasi novel ‘Sang Pewaris’ karya Fizziany di slot Lestary TV3. Menemukan gandingan Ben Amir dan Amyra Rosli. Drama arahan Eyra Rahman, terbitan Global Station Sdn Bhd. Akan bersiaran pada bulan November ini.
JUDUL : SANG PEWARIS
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 26 November 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Eenaz Mokhtar, Farah Alya Asari
PENGARAH : Eyra Rahman
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Ben Amir, Amyra Rosli, Zarynn Min, Fizz Fairuz, Zamarul Hisham, Ieda Moin, Acong Sweetchild, Sheila Mambo, Harun Hashim, Wan Sharmila, Fad Anuar, Mimi Ernida, Zaefrul Nordin
WATAK PELAKON
Ben Amir sebagai Megat Amer / Megat Dali / Kudin
Amyra Rosli sebagai Zara Aireena
Zarynn Min sebagai Puan Sri Kamariah
Fizz Fairuz sebagai Dr. Mahfuz
Zamarul Hisham sebagai Mahmud
Ieda Moin sebagai Chesom
Acong Sweetchild sebagai Pak Kadir
Sheila Mambo sebagai Mak Bedah
Zaefrul Nordin sebagai Tan Sri Megat Khairuddin
Harun Hashim sebagai Pak Samad
Wan Sharmila sebagai Malina
Fad Anuar sebagai Jamal
Mimi Ernida sebagai Zizi
Bidin Alzaifah sebagai Mat Bunga
Hurmmm… Korang rasa akan ada chemistry ke lakonan Ben Amir dan Amyra Rosli? Mampu ke Ben Amir membawakan 2 watak dalam Drama SANG PEWARIS ini?
Okies, kalau korang terlepas siaran di TV3 korang boleh jer ulang tengok SANG PEWARIS Tonton Online Telegram Full Drama TV Malaysia .
Tak susah pun, just pi sana dan search nama Drama yang korang nak tonton dan join! Settel.. Korang boleh tonton bebila masa full episod hingga akhir .
You can make an old dress look completely new again by adding some layers or a few accessories.
With a few styling tricks, one dress can turn into a new outfit for every day of the week!
If you’re feeling bored with your wardrobe, there’s no need to go out and buy new clothes.
Banyak pelajaran dari drama ni. thanks atas sinopsisnya