Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Pemasangan Panel Solar
August 3, 2023August 3, 2023

Pemasangan Panel Solar McDonald’s kerjasama TNB & GSPARX bantu Inisiatif Hijau

Sejak kebelakangan ini sana sini dok membincangkan tentang pemasangan panel solar di bumbung rumah masing-masing. Ini kerana dengan adanya bumbung panel solar, kita akan dapat mengurangkan kos bil elektrik bulanan, penjimatan yang lebih efektif untuk jangka masa panjang dan disamping menyahut saranan kerajaan untuk inisiatif hijau dalam strategik mengurangkan jejak karbon melalui tenaga solar.

Isi Kandungan hide
1 Pemasangan Panel Solar
1.1 McDonald’s menandatangani kerjasama strategik dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan GSPARX Sdn Bhd (GSPARX)
1.2 PV dipasang di 100 restoran Pandu-lalu McDonald’s menjelang Disember 2024
1.3 Pemasangan panel solar mampu mengurangkan kos pengunaan elektrik dan pengeluaran karbon
1.4 Pengecas Kenderaan Elektrik EV di Restoran McDonald’s
1.5 Ketahui 5 Kelebihan Pemasangan Panel Tenaga Solar
1.6 Kelebihan Tenaga Solar
1.6.1 1. Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui
1.6.2 2. Mengurangkan Bil Elektrik
1.6.3 3. Pelbagai Aplikasi
1.6.4 4. Kos Penyelenggaraan Yang Rendah
1.6.5 5. Pembangunan Teknologi Yang Sentiasa Berkembang
1.7 Pemasangan Panel Solar adalah teknologi masa kini
1.8 Tenaga solar solusi terkini sumber tenaga
1.9 Related posts:

Pemasangan Panel Solar

Solusi ini turut disokong oleh jenama makanan popular : McDonald’s Malaysia
Untuk rekod, mereka telah memasang sistem bumbung solar di 39 restoran McDonald’s di seluruh negara dengan kapasiti keseluruhan 1216.18kWp sejak Jun 2022 yang lepas . Ini merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan McDonald’s kearah inisiatif hijau dan kelestarian jangka panjang. Wah… Terbaik McDonald’s!

McDonald’s Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad Jalin Kerjasama Strategik Kurangkan Jejak Karbon melalui Tenaga Boleh Diperbaharui

McDonald’s menandatangani kerjasama strategik dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan GSPARX Sdn Bhd (GSPARX)

PETALING JAYA, 28 JULAI 2023 – McDonald’s Malaysia mengukuhkan lagi komitmennya melibatkan alam sekitar dan kelestarian, seiring dengan komitmen McDonald’s Global untuk mencapai sifar karbon dalam segenap operasinya di peringkat global menjelang 2050.

Nina berkesempatan turut serta dalam majlis, McDonald’s menandatangani kerjasama strategik dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan GSPARX Sdn Bhd (GSPARX) untuk pemasangan bumbung fotovoltaik solar (PV) melalui penandatanganan Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui (SARE) yang lepas.

PV dipasang di 100 restoran Pandu-lalu McDonald’s menjelang Disember 2024

McDonald’s dijangka mampu mengurangkan kos penggunaan elektrik sebanyak RM7 juta melibatkan operasi 100 restoran Pandu-Lalu McDonald’s di seluruh negara secara berperingkat, dan dijangka siap pada Disember 2024.

Sejak Jun 2022, McDonald’s telah memulakan fasa awal bagi inisiatif kelestarian dengan kerjasama TNB, melibatkan pemasangan bumbung solar PV di beberapa restoran McDonald’s terpilih. Dalam fasa awal, GSPARX yang merupakan anak syarikat TNB telah memasang sistem bumbung solar di 39 restoran McDonald’s di seluruh negara dengan kapasiti keseluruhan 1216.18kWp. Ini merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan McDonald’s kearah inisiatif kelestarian jangka panjang.

Pemasangan panel solar mampu mengurangkan kos pengunaan elektrik dan pengeluaran karbon

Di bawah SARE, GSPARX bertanggungjawab membina, memasang, mengoperasi dan menyelenggaraan kemudahan solar PV dengan saiz sistem 2.5MWp untuk 100 restoran McDonald’s. Dengan pelaksanaan projek solar ini, McDonald’s Malaysia dijangka mampu mengurangkan kos penggunaan elektrik sebanyak RM7 juta untuk kesemua restoran ini.


“Kerjasama yang terjalin dengan TNB dan GSPARX sangat bermakna bagi McDonald’s Malaysia dalam melaksanakan penyelesaian hijau yang mampu mengurangkan penggunaan elektrik dan pengeluaran karbon. Kerjasama in mengukuhkan lagi komitmen kami kearah ekosistem yang lebih lestari. Melangkah ke hadapan, matlamat kelestarian kami bakal membentuk asas dalam cara kami mengembangkan perniagaan, menyantuni komuniti dan meminimumkan kesan terhadap alam sekitar,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.


“Kami sangat berbesar hat dapat bekerjasama dengan McDonald’s Malaysia dan menyumbang kepakaran kami dalam penggunaan tenaga bole diperbaharui. Kerjasama in mengetengahkan komitmen TNB menyokong syarikat terkemuka seperti McDonald’s kearah mengurangkan penggunaan karbon dalam operasi mereka. Kami percaya yang kerjasama ini mampu mewujudkan pertumbuhan perniagaan yang signifikan untuk kedua-dua organisasi, pada masa sama mempercepatkan usaha ke arah Peralihan Tenaga,” kata Dato’ Indera Ir. Baharin Din, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif, Tenaga Nasional Berhad.

Pengecas Kenderaan Elektrik EV di Restoran McDonald’s

Sekarang ini, kita dah selalu kelihatan kenderaan elektrik di jalanraya. Antara EV yang popular di Malaysia adalah Mini Cooper SE, Nissan Leaf, Hyundai Kona Electric e-Lite, BMW iX3 SUV, BMW iX dan terkini Tesla!

Buat pengguna kenderaan elektrik, ini berita baik untuk korang!
Selain menandatangani SARE, McDonald’s juga akan bekerjasama dengan GSPARX untuk pembangunan stesen pengecas Kenderaan Elektrik (EV) di restoran McDonald’s terpilih, sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk menggalakkan penggunaan penyelesaian tenaga bersih dan menyokong mobiliti elektrik di Malaysia.

Dah alang-alang cerita tentang inisiatif hijau dan penjimatan berpanjangan, Nina kongsikan untuk korang kelebihan pemasangan panel solar. Cukup bajet kita pun boleh turut sama mengurangkan jejak karbon dan selamatkan bumi hijau kita!

Ketahui 5 Kelebihan Pemasangan Panel Tenaga Solar

Matahari adalah sumber tenaga yang sangat kuat, dan sumber tenaga ini boleh dimanfaatkan dengan pemasangan panel solar. Ramai sedang membincangkan tentang hal ini memandangkan kos elektrik semakin tinggi ketika kini dan pemasangan panel solar adalah solusi yang menjadi pilihan ramai. Disebabkan oleh permintaan yang tinggi, teknologi telah ditambah baik dengan ketara, menjadi sumber tenaga yang bersih yang sangat berkesan.

Namun ketika ia dikritik dikecam hebat kerana harganya yang mahal dan tidak terlalu efisyen, tenaga solar kini telah terbukti menjadi sangat berguna. Tidak hanya untuk alam sekitar tetapi juga bagus jika diambil kira tentang faktor perbelanjaan. Ini lah solusi tips jimat elektrik terkini yang lebih praktikal untuk jangka masa panjang. Tidak dinafikan permulaan pemasangan memerlukan kos yang besar akan tetapi dalam jangka masa yang panjang ianya satu penjimatan terhebat.

Tak mengapa, jom kita ambil tahu dan renung-renungkan kelebihan pemasangan panel tenaga solar ini. Mungkin cukup bajet nanti kita pun boleh bersama-sama turut serta dalam inisiatif hijau seperti McDonald’s !

Pemasangan Panel Solar

Kelebihan Tenaga Solar

1. Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui

Dari semua kebaikan yang ada pada panel solar, perkara yang paling penting adalah tenaga solar ini boleh diperbaharui. Ia boleh dimanfaatkan di mana-mana kawasan diseluruh dunia dan sentiasa ada pada setiap hari.

Tenaga solar tidak akan habis, tidak seperti beberapa sumber tenaga yang lain. Tenaga solar akan sentiasa boleh dihasilkan selagi mana wujudnya matahari. Jadi, cahaya matahari akan sentiasa ada untuk kita sekurang-kurangnya selama 5 bilion tahun, iaitu tempoh sebelum matahari akan ‘mati’ mengikut kajian saintis.

2. Mengurangkan Bil Elektrik

Memandangkan tenaga solar mampu memberikan keperluan yang sama seperti mana yang anda mahukan dengan menggunakan tenaga elektrik, jadi ia akan mengurangkan bil anda. Berapa banyak yang anda boleh berjimat bergantung kepada saiz sistem solar tersebut dan juga tenaga elektrik atau penggunaan haba.

Malah, bukan sahaja anda boleh menjimatkan penggunaan elektrik, tetapi jika anda menjana lebih banyak tenaga elektrik daripada apa yang anda gunakan. Lebihan tersebut akan dieksport kembali ke grid dan anda akan menerima pembayaran bonus untuk jumlah tersebut (memandangkan sistem panel solar anda disambungkan ke grid).

Simpanan boleh terus berkembang jika anda menjual lebihan elektrik pada kadar yang tinggi pada siang hari dan kemudian membeli elektrik dari grid pada waktu petang ketika harganya adalah lebih rendah (di Malaysia boleh rujuk kepada TNB).

3. Pelbagai Aplikasi

Tenaga solar boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Anda boleh menjana elektrik (photovoltaics) atau haba (solar thermal). Tenaga solar boleh digunakan untuk menghasilkan elektrik di kawasan tanpa akses kepada grid tenaga, untuk menapis air di kawasan dengan bekalan air bersih yang terhad dan kepada satelit kuasa di ruang angkasa.
Tenaga solar juga boleh dimasukkan ke dalam bahan yang digunakan untuk pembinaan bangunan.

4. Kos Penyelenggaraan Yang Rendah

Sistem tenaga solar secara umumnya tidak memerlukan banyak penyelenggaraan. Anda hanya perlu memastikannya sentiasa bersih, jadi dengan membersihkannya beberapa kali dalam setahun sudah mencukupi.

Jika masih ragu-ragu, anda sentiasa boleh bergantung kepada syarikat pembersihan yang khusus, dengan kos yang tidaklah begitu tinggi. Pengeluar panel solar yang boleh dipercayai selalunya memberikan jaminan sehingga 20-25 tahun.

Malah, disebabkan ia tidak mempunyai mana-mana bahagian yang bergerak, jadi tidak ada bahagian yang akan haus dan lusuh. Inverter adalah satu-satunya bahagian yang perlu ditukar selepas 5-10 tahun kerana ia secara berterusan berfungsi untuk menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik dan haba.

Selain inverter, kabel-kabel yang ada juga memerlukan penyelenggaraan untuk memastikan sistem tenaga solar anda berjalan dengan kecekapan maksimum. Oleh itu, selepas menampung kos awal sistem solar, anda hanya memerlukan perbelanjaan yang rendah untuk penyelenggaraan dan kerja pembaikan.

5. Pembangunan Teknologi Yang Sentiasa Berkembang

Teknologi dalam industri tenaga solar sentiasa berkembang maju dan peningkatan akan terus berlaku pada masa akan datang. Inovasi dalam quantum physics dan nanotechnology berpotensi meningkatkan keberkesanan panel solar dan mampu meningkatkan input elektrik sistem tenaga solar secara berganda, atau mungkin juga sebanyak tiga kali ganda.

Pemasangan Panel Solar adalah teknologi masa kini

Pemasangan Panel Solar

Tenaga solar solusi terkini sumber tenaga

Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, solar adalah sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan teknologi di dalam industri solar semakin berkembang dari tahun ke tahun. Walaubagaimanapun ia terpulang kepada setiap individu kerana kos pemasangan panel solar bukan lah sikit. Peruntukan agak besar harus disediakan dulu, tahun tahun berikutnya baru lah kita dapat balik modal berkenaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemasangan panel solar untuk kediaman, korang boleh lah rujuk ke syarikat yang bertauliah – GSPARX (anak syarikat TNB) : https://www.gsparx.com/
https://www.gsparx.com/NewsEvents/news_events_info/Anak-syarikat-TNB-tawar-pakej-solar-PV-kediaman

Follow FB McDonald’s Malaysia untuk ketahui update terkini dari McDonald’s Malaysia! https://www.facebook.com/My.McDonalds

Amacam korang? Jomm sesama-sama menyokong inisiatif hijau!
Seiring teknologi yang semakin membangun secara tak langsung kita semua menuju ke arah berkenaan.
Apapun sekalung Tahniah buat McDonald’s Malaysia!

Related posts:

Baju Raya Trending 2019 semestinya dari JAKEL
Resipi Eat Clean : Ayam Stim Halia Mudah Cepat
Kat mana Homestay murah area KL ? ShortVacay | Feeling orang kaya stay kat KL Guest House
8 RESEPI UDANG SIMPLE SEDAP WAJIB CUBA
Review Tips GSPARXInisiatif HijauKelebihan Pemasangan Panel Tenaga SolarKelebihan Tenaga SolarMcDonald's Pandu Lalupemasangan bumbung fotovoltaik solarPemasangan Panel SolarPengecas Kenderaan Elektrikpenjimatan kos elektriktips jimat elektrikTNB

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes