Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

AKU YANG KAU SAKITI
August 3, 2023December 17, 2023

AKU YANG KAU SAKITI Antara Dendam dan…

Tamat sudah drama Obsesi Dia! Slot Samarinda diteruskan dengan sebuah naskah hebat Drama AKU YANG KAU SAKITI lakonan Rita Nadira bergandingan dengan Zamarul Hisham dan Redza Rosli. Nama Rita Nadira semakin dikenali kini, jam 9pm dia berlakon drama Keria Woman pun bagus lakonannya. Pertama kali tonton lakonan Rita Nadira dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu. Masa drama ni dah terserlah kemampuan beliau lakonan yang natural tak over. Dah laa cantik!

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama Aku Yang Kau Sakiti
1.1 Dendam Amanda
1.2 Tonton Online Drama AKU YANG KAU SAKITI
1.3 Barisan Watak Pelakon
1.4 Lagu Tema (OST) Drama Aku Yang Kau Sakiti
1.5 Apa kata Nina : Drama AKU YANG KAU SAKITI TV3
1.6 Akan ku Genggam Luka Semalam
1.7 Tahniah! Drama AKU YANG KAU SAKITI best
1.8 Related posts:
2 Kat mana beli kelengkapan sekolah, baju sekolah berkualiti, harga mampu beli?
3 TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu . . . .
4 Ya awak.. !! Nasi Lemak ni RM1 jer... Sedap beb! Pegi beli rasa sendiri...
5 DURIOO PLATFORM KANAK-KANAK MENERAPKAN NILAI ISLAMIK

Zamarul Hisham memang superb! Bagi aje laa apa watak pun semua dijiwai dengan jayanya. Sebelum ni bergandingan dengan Bella Astilla dalam drama Aku Tanpa Cintamu, ya ampun… Kita yang menonton rasa nak mental dibuatnya! HAhaa

Redza Rosli pun best! Lakonan dia yang paling best sebelum ni masa bergandingan dengan Intan Najuwa dan Rita Nadira. Kali ini Redza Rosli mereka bergandingan kembali bersama Rita Nadira dengan watak lebih fresh, santai, sedikit kelakar. Best!

AKU YANG KAU SAKITI

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Sakiti

Mengisahkan tentang Amanda (Rita Nadira) merupakan seorang anak yatim selepas kehilangan bapanya, Tuan Danial yang dibunuh kerana berhutang dengan sindiket pinjaman wang. Sejak kejadian itu, Amanda menetap di rumah peninggalan bapanya bersama ibu saudaranya, Mak Su (Jasmin Hamid) dan sepupunya, Sara (Iman Suhana) .

Mak Su dan Sara sebenarnya berniat menumpang kesenangan kemewahan yang Amanda perolehi peninggalan arwah bapa Amanda. Mereka ini bersifat materialistik dan sering meminta wang daripada Amanda. Menyampah sakit hati tengok Mak Su dan Sara! Over nau berlagak macam harta tu dia yang punya. HAhaa

Amanda juga dijaga oleh keluarga Tuan Zaki (Zamarul Hisham) yang merupakan bapa kepada rakan baiknya, Bella (Fify Azmi). Tuan Zaki rasa bersyukur dan terhutang budi dengan sahabat baiknya iaitu bapa Amanda dan sekaligus telah menganggap Amanda sebagai anaknya sendiri. Sedikit sebanyak dalam diam, layanan istimewa Tuan Zaki pada Amanda membibit rasa cemburu pada Bella.

Rykal (Redza Rosli) setia berada di sisi Amanda sepanjang dia di dalam kesusahan dan berhasrat untuk melamar Amanda sebaik sahaja dia menamatkan pelajarannya di universiti. Namun, Amanda menolak lamaran tersebut dengan alasan masih tidak bersedia untuk berkahwin. Pada Amanda, dia ingin mengatasi trauma kehidupannya dan mencari kebahagiaan seperti rakan-rakannya yang lain.

Dendam Amanda

Apabila mereka mencecah 20 tahun, Amanda bekerja di syarikat Tuan Zaki sebagai pembantu Bella. Amanda cemburu dengan kehidupan Bella yang sempurna. Ternyata, Amanda menyimpan dendam terhadap keluarga Bella.

Dia mahu menggulingkan Tuan Zaki kerana ayahnya pernah bekerja dengan Tuan Zaki dan apabila perniagaan Tuan Zaki hampir muflis, Tuan Zaki meminta ayah Amanda meminjam dari Ahlong, sehingga Ahlong mengejar dan membunuh ayahnya kerana tidak dapat melangsaikan hutang. Kiranya Tuan Zaki lah penyebab bapa Amanda dibunuh!

Namun, Rykal (Redza Rosli) yang menyayangi Amanda, sentiasa sabar memberi nasihat kepadanya membuatkan Amanda kesal. Dapatkah Amanda membalas dendam kesumat ayahnya kepada Tuan Zaki? Atau kehadiran Rykal bakal mengubah persepsi Amanda dan perasaan ini akan mekar menjadi cinta?

Tonton Online Drama AKU YANG KAU SAKITI

AKU YANG KAU SAKITI

Drama Aku Yang Kau Sakiti ini ditayangkan di slot Samarinda TV3 mulai 1 Ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan boleh je tonton online di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store.

Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton selepas 48 jam.

Aku Yang Kau Sakiti
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 1 Ogos 2023
Waktu Siaran: Isnin – Khams, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Farhana Fauri
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd

Barisan Watak Pelakon

Rita Nadira sebagai Amanda
Redza Rosli sebagai Rykal
Zamarul Hisham sebagai Tuan Zaki
Fify Azmi sebagai Bella
Aleza Shadan sebagai Puan Mazwin
Jasmin Hamid sebagai Mak Su
Iman Suhana sebagai Sara
Syazwan Zulkifly sebagai Faris
Zazly Baginda sebagai Encik Rasyid
Syazuwan Hassan sebagai Shahrul
Natasya Mahyan sebagai Cika
Anies Hann sebagai Mia
Ain Yasmin sebagai Suzana

Lagu Tema (OST) Drama Aku Yang Kau Sakiti

Lagu: Buat Ku Setia
Penyanyi: Syah Putra & Hariz Fayahet
Lirik & Komposer: Firdaus Rahmat, Naim Daniel

Jom tonton dan layankan video menarik OTS Drama AKU YANG KAU SAKITI

Saksikan drama terbaharu Aku Yang Kau Sakiti menerusi slot Samarinda bermula 1 Ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam atau

Apa kata Nina : Drama AKU YANG KAU SAKITI TV3

Naskah hebat Drama Aku Yang Kau Sakiti ini membongkar satu persatu gelodak emosi yang ditanggung Amanda. Dendam yang disimpan rapi akhirnya membakar diri sendiri atau dendam tersebut lenyap disirami kasih dan sayang?
Setiap manusia boleh berubah dan perubahan bukan lah seperti biskut, semudah sehari dua boleh diubati.

  1. Memahami nilai diri : Drama ini mungkin menerapkan betapa pentingnya memahami dan menghargai nilai diri sendiri. Cinta sejati tidak sepatutnya menyakiti atau merendahkan diri seseorang.
  2. Membina hubungan yang sihat : Dalam sesuatu perhubungan, memang wujud hubungan toksik! Ia ada di mana-mana. Betapa pentingnya kita berada dalam hubungan yang sihat dan saling menghormati. Stay dalam relationship yang penuh dengan toksik sememangnya merugikan. Tidak sepatutnya dipertahankan. Kena keluar dan pergi!
  3. Pembelajaran melalui pengalaman hidup : Melalui perjalanan watak utama nya Amanda, kita menyaksikan bagaimana pengalaman hidup dapat membentuk jati diri seseorang. Jiwa Amanda yang penuh demdam, kekecewaan, kemurungan yang ditahan telah membentuk Amanda berjiwa keras, penuh kepura-puraan.
  4. Sahabat yang setia : Menyoroti pentingnya sahabat yang setia dan sokongan dari orang terdekat dalam menghadapi masalah. Sahabat sejati dapat memberikan nasihat yang jujur dan membantu kita dalam menghadapi situasi sulit. Keberadaan Rykal yang sentiasa ada di sisi Amanda sedikit sebanyak membantu Amanda dari terus berdendam.
  5. Memilih kebahagiaan : Setiap orang tertulis adanya kebahagiaan untuk mereka. Kita lah perlu bijak memilih kebahagiaan dan mencipta rasa bahagia. Bahagia tidak datang dengan sendiri, ianya harus lah dicipta, dipupuk dengan hati yang tulus. Terkadang, kita harus berani mengambil keputusan sulit untuk melepaskan hubungan yang merugikan dan mencari kebahagiaan sejati.
AKU YANG KAU SAKITI

Akan ku Genggam Luka Semalam

Mmmm… Review Nina hanya lah pendapat perseorangan Nina. Chillx!
Drama AKU YANG KAU SAKITI ini mungkin membawa pengajaran kehidupan yang bermakna kepada penontonnya dan memberikan pandangan yang lebih dalam tentang kehidupan, kekeluargaan hubungan, dan cinta sejati. Tapi dah nama pun drama kann…

Semua yang terjadi dan pengajaran dalam drama adalah subjektif dan dapat diinterpretasikan dengan berbagai cara oleh setiap penonton. Lain orang maybe lain pendapat dan masing-masing mahupun ending yang tersendiri. Sama-sama kita tunggu ending episod Drama AKU YANG KAU SAKITI ini.

Tahniah! Drama AKU YANG KAU SAKITI best

Apapun, tahniah buat barisan pelakon!
Lakonan cukup natural, Nina semakin suka dengan lakonan Rita Nadira. Pendapat korang pulak acaner?
Memang kena dengan raut wajah dia untuk watak ni kannn, dalaman yang penuh dengan dendam! Tak lupa opkos Zamarul Hisham memang lah superb. Tak perlu dipertikaikan lagi. Kombinasi barisan pelakon lain seperti Redza Rosli, Syazwan Zulkifly, Fify Azmi, Jasmin Hamid, Iman Suhana, Aleza Shadan turut buat drama ini sebuah naskah yang hebat. Jom nonton!

Related posts:

Kat mana beli kelengkapan sekolah, baju sekolah berkualiti, harga mampu beli?

TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu . . . .

Ya awak.. !! Nasi Lemak ni RM1 jer... Sedap beb! Pegi beli rasa sendiri...

DURIOO PLATFORM KANAK-KANAK MENERAPKAN NILAI ISLAMIK

Drama Movie Review AKU YANG KAU SAKITIDrama 10pmDrama TV3Fify AzmiFull Episod hingga AkhirIman SuhanaiQIYIJasmin HamidRedza RosliRita NadiraSamarinda TV3Sinopsis DramaSyazwan ZulkiflyTonton Drama OnlineZamarul Hisham

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. anamizu says:
    August 4, 2023 at 12:05 pm

    wahhhhh ada zamarul hisham mmg tak rugi tengok hehe

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 22, 2023 at 4:20 pm

      Ahaa.. kena tonton! lakonan beliau memang menjadi je kann?

      Reply
  2. Pingback: PEMBURU RAHSIA Drama TV3 Full Sinopsis - Akhir - Nina Mirza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes