Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

SINOPSIS DRAMA AKU TANPA CINTAMU EPISOD AKHIR
October 12, 2022February 23, 2023

KERANA NPD! SINOPSIS DRAMA AKU TANPA CINTAMU EPISOD AKHIR

Serius benda ni bukan biasa-biasa. Hanya yang mengalaminya aje faham. Bukan mudah! Boleh kemurungan, sakit jiwa stress hadap orang NPD! Ya NPD sejenis penyakit mental  yang ramai tak perasan, ianya dikupas dalam Drama terkini di TV3 .  Selami dalam sinopsis drama AKU TANPA CINTAMU TV3

NARSISME
Merasakan diri dia paling bagus, paling baik, paling penting, paling betul, perasaan kagum yang keterlaluan pada diri sendiri. Hidup dia adalah Aku, AKU, AKU dan AKU.

DRAMA AKU TANPA CINTAMU

Trending giler drama ni, ramai yang menyirap darah tonton drama ni, meroyan, naik hantu! HAhaa
Kalau dulu, watak Ustaz Hamadi dalam Drama Nur 1 berjaya membongkar sisi realiti suami penunggang agama. Sekarang, Zamarul membawakan watak Adam dalam drama Aku Tanpa Cintamu sekali lagi berjaya membongkar satu lagi sisi realiti suami dari neraka yang cukup segala pakej.

SINOPSIS DRAMA AKU TANPA CINTAMU EPISOD AKHIR

Kupasan drama AKU TANPA CINTAMU ini berjaya buat ramai celik perihal NPD. Hebat nya mereka yang  terpaksa mengharungi liku-liku hidup bersama orang yang mengidap penyakit NPD. Nama panjang dia narcissistic personality disorder (NPD)

Apa itu NPD

Citer sikit – NPD ni orang yang rasa diri dia aje yang bagus, hebat, ego tinggi melangit dan pantang sekali rasa tercabar. Mereka ini boleh jadi orang yang sangat baik, penyayang dan tiba-tiba boleh jadi orang yang paling ganas,  merbahaya pada insan yang mereka sayang.  Ya seram dengar kannn? Ketahui lah bukan takat seram, ngeri je malah kita yang berada disekeliling mereka ini umpama nyawa dihujung pisau sentiasa. Dan bukan mudah untuk kita keluarkan diri kita dari dunia mereka ini.

Sinopsis Aku Tanpa Cintamu

Nuha, seorang gadis ceria berusia 20 tahun yang baru berkecimpung dalam dunia laonan bercita-cita tinggi, jatuh cinta dengan seorang pengarah terkemuka, Adam. Jarak usia mereka 30 tahun namun bagi Nuha usia bukan lah penghalang untuk mereka bersama. Adam kemudiannya  mengawal hidup Nuha. Setiap gerak geri Nuha, diatur dan diawasi oleh Adam. Berjayakah dia melepaskan dirinya?

Adam, seorang pengarah drama berusia 50-an mengenali Nuha di set penggambaran. Adam melihat ciri ciri dalam diri Nuha yang menepati citarasanya. Seorang yang mudah dibentuk, dikawal dan mendengar kata. Adam mula memikat Nuha. Adam berjaya memujuk dan meyakinan Nuha untuk melupakan cita-citanya untuk jadi pelakon. Dia menonjolkan segala kebaikan dirinya pada Nuha sehingga akhirnya berjaya mengheret Nuha untuk segera berkahwin dengannya walaupun usia perkenalan mereka masih terlalu singkat.

Setelah berkahwin Nuha mula mengetahui perwatakan sebenar Adam. Nuha mula sedar yang dia terperangkap seperti dalam penjara dalam rumahtangganya sendiri. Nuha mengembalikan semua wang dan hantaran pemberian Adam sebagai menebus talak seperti yang diminta oleh Sarah, ibu Adam. Pada ketika itu, Nuha sedang hamil, namun tidak lagi sanggup untuk meneruskan perkahwinan mereka.

SINOPSIS DRAMA AKU TANPA CINTAMU EPISOD AKHIR

Drama bersiri ‘Aku Tanpa Cintamu’ diterbitkan oleh Wira Nusa Production, diarahkan oleh Emi Suffian akan menemui penonton di slot Samarinda TV3 dan Tonton Online Drama AKU TANPA CINTAMU penstriman Disney+ Hotstar  mulai 15 September 2022. Mengandingkan pelakon senior dan pelakon baru iaitu Zamarul Hisham, Bella Astillah, Jihaa Sham dan Malek Mccrone. Serius cakap, barisan pelakon semua hebat belaka. Gandingan mantap!

Drama Aku Tanpa Cintamu
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 15 September 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Disney+ Hotstar
Idea Asal & Skrip: Orked
Pengarah: Emi Suffian
Produksi: Wiranusa Corporation Sdn Bhd
Lagu Tema (OST): Menahan Luka – Azzam Sham & Sheryl Shazwanie

Watak Pelakon
Zamarul Hisham sebagai Adam
Bella Astillah sebagai Nuha
Malek Mccrone sebagai Hadi
Eizlan Yusof sebagai Idris
Jihaa Sham sebagai Lydia
Mas Anizan sebagai Murni
Shah Iskandar sebagai Syed
Julia Farhana Marin sebagai Fatin
Zarynn Min sebagai Linda
Khaty Azian sebagai Sarah
Bella Rahman sebagai Syura

Okies, macam tak puas kannn? Nina story kan lagi kupasan Drama Aku Tanpa Cintamu Episod Akhir tuk korang. Sambil type ni emosi rasa berdebar-debar semua ada. HUhuu

SINOPSIS EPISOD AKHIR AKU TANPA CINTAMU

Episod nya dah berakhir semalam
Ya, suami karektor narcistic ni sebenarnya bersepah di luar sana. Antara nampak atau tidak je sebab mereka ini memang pandai bermuka-muka. Mereka ni anggap dia saja betul, dia superior dan isteri tarafnya di bawah tapak kakinya yang boleh diherdik, ditengking, dipukul, disepak , diugut, dibuli, diperas dan macam-macam layanan toksik. Kejam amat mereka ini!

SINOPSIS DRAMA AKU TANPA CINTAMU EPISOD AKHIR

Setiap kehendaknya harus akur dan juga menyalahgunakan kedudukan sebagai suami menuntut ketaatan isteri walau dia yang salah. Yelah.. mereka ini mana pernah mengaku salah. Dia aje yang betul kannn

Keganasan Adam makin menjadi-jadi setelah Nuha berani keluar dari rumah. Orang penuh keegoaan ni lagi dicabar lagi membuak amarahnya!. Ada scene Adam datang terjah rumah mak Nuha kemudian pukul Nuha dan dengan mak Nuha pun kena pukul sama. Teruk betul punya perangai! Dah datang ceroboh  rumha orang lepas tu paksa orang ikut kehendak dia. Bila di halang-terus pukul.. Oh sungguh celaka punya menantu yang hantu!

Dalam scene lain ;
Ayah Nuha bersetuju untuk membayar Adam sejumlah wang ( mungkin tebus talak/ Khulu’) agar anaknya dilepaskan cara baik ( which is pada dasarnya si Adam tak nak lepaskan Nuha ). Niat ayah Nuha mungkin tak nak kes itu berpanjangan demi kebaikan Nuha. Inilah yang dinantikan oleh Adam – Dia nak duit!

Actually this part Nina tak berapa setuju  sebab Nuha lak terpaksa bayar pada suami berperangai musibat seperti Adam sedangkan tuntutan fasakh adalah penyelesaian yang sesuai di atas kekurangan/kesalahan dari pihak lelaki.

Ini kerana Adam telah mendatangkan mudharat pada isteri dan isteri ada hak untuk menuntut fasakh seperti apa yang terdapat dalam lafaz Takliq ketika bernikah. Ya, mungkin prosesnya bukan semudah yang disangkakan. Tapi ianya dibolehkan dengan disertakan bukti-bukti kukuh e.g police report, laporan hospital etc.

Tak kisah lah jika ianya mengambil masa asalkan tidak tunduk sewenang-wenangnya pada suami yang zalim.
Jika si Adam dengan bangga mengatakan cerai dan talak itu kuasa dia, dia lupa tentang fasakh yg mana isteri boleh tuntut untuk bubarkan perkahwinan di atas penganiayaan yang dilakukan oleh suami.

Tapi maybe Ayah Nuha malas nak drag lama, so dia layankan aje kehendak Adam. Family berada ok laa kann?
Tak luak pun harta setakat bayar kat Adam tu.
Ok, nama pun drama. Jadi tak perlu fikir detail sangat kan. Sekadar jalan cerita.

WATAK ADAM SEORANG NARCISTIC

Watak Adam lakonan Zamarul Hisham dalam Drama Aku Tanpa Cintamu memang mantap sebagai suami narcistic.
Paling menarik kelakuan psychonya mengacau Nuha dan memaksa Nuha untuk balik pada dia tanpa menunjukkan effort sebagai suami yang ingin berubah.

Pada si Adam, dia nak Nuha kembali ke rumah dan taat pada dia tanpa perlu dia memujuk kerana padanya salah itu dari isterinya yang keluar dari rumah. Tiada istilah suami pujuk isteri. Langit tahap ke berapa lah ego nya tuh kann?!

Lihatlah watak ego orang narcistic ni. Dia yang mendera dan memukul isteri dan kemudian dia menyalahkan isterinya di atas tindakannya keluar rumah . Hakikatnya segala kekusutan terjadi punca dari dia. Dia sendiri mendatangkan mudarat pada isteri. Senang cerita orang narsistic ni tak pernah nampak dia salah. Dia nak orang sentiasa tunduk dan akur.

Segalanya tentang ‘ diri aku’ , kehendak aku, kemahuan aku, kehebatan aku , kepentingan aku. Orang lain tak penting. Orang lain adalah sampah. Inilah sikap orang narcissistic. Mereka juga berhati busuk dan pendendam.

Mereka juga sentiasa play victim kononnya jadi mangsa keadaan. Mereka juga terdorong untuk membuat apa saja agar orang tunduk pada kemahuannya. Jika dia tak dapat lagi mempengaruhi mangsa, mereka cuba mempengaruhi orang lain untuk membenci mangsa. Walau mungkin terpaksa membuat fitnah demi kepuasan hatinya.

Ini kita dapat lihat kelakuan Adam apabila dia sudah tak dapat menakluki Nuha agar akur dan kembali padanya, dia tabur fitnah memburukkan Nuha melalui live steaming. Itu jalan terdesak oleh Adam. Selama ini pun dia menggunakan Nuha untuk kepentingannya saja. Tiada Nuha di sisi, maka segalanya akan berkubur.

Setiap kejahatan ada balasannya.

SINOPSIS DRAMA AKU TANPA CINTAMU EPISOD AKHIR

Ending cerita ni Adam di tangkap di atas tuduhan mencederakan ibu sendiri sehingga koma dan kemudian dalam penjara dia jadi mental cakap seorang diri.

Itulah harga yg perlu dibayar oleh ibu Adam yang juga seorang penghasut, gila duit dan toxic dan akhirnya menerima padah. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Apabila anak itu membesar dengan persekitaran yang toxic, maka hasilnya… seperti yg kita lihat dalam watak Adam.

Itu lah seperti dalam kisah drama AKU TANPA CINTAMU

Hidup bersama seumur hidup itu sangat lame. Keluar lah

Meninggalkan mereka adalah satu kejayaan pada wanita.
Ya, berjaya membuang sampah yang busuk yang menganggu persekitaran dan keamanan dirinya. Semak mata memandang melihat sampah.

Wanita harus berani keluar dari hubungan yg toksik, suami yg abusive..
Sayangi diri sendiri dulu.
Jangan harap suami yang abusive ni nak hargai korang.
Pada mereka pukul isteri adalah perkara yang biasa dalam rumahtangga yg harus diterima oleh isteri.

Anda akan terus dipukul dan dihina selama anda berada dalam perkahwinan. Pergi dan jangan menoleh lagi. Dapatkan bantuan dan sokongan. Jika terus kekal dalam perkahwinan, bukan setakat badan dan hati sakit, tapi kesan jangka panjang pada anak yang melihat bapanya memperlakukan ibunya seperti sampah!

Syabas pada team produksi Drama Aku Tanpa Cintamu. Lakonan mantap dari semua pelakon. Tahniah!
Ianya bukan sekadar drama tapi mesej yang dibawa – create awareness tentang watak narcissistic yang mana wanita banyak menjadi mangsa tanpa sedar dan bagaimana untuk bangkit dan keluar dari perhubungan penuh toxic itu.

Related posts:

Pergghhh ...!! Ayam Goreng RM1 Uncle Boss Sedap
Love it! AZYMACARE Pencuci muka KULIT KERING SENSITIF SELAMAT
Eh! Biar betul?! Pakej bersalin tak de caj tambahan!
Sinopsis Drama BERI SEDIKIT WAKTU TV3 Lakonan Zara Zya dan Aqasha
Drama Movie Review AdamApa itu NPDBella AstillahDisney HotstarDrama AKU TANPA CINTAMUDrama sangatEizlan YusofFull Episod hingga AkhirFull SinopsisJulia FarhanaKhaty AzianMalek McccroneMas Anizannarcissistic personality disordernarsisistikNuhaTonton Drama OnlineZamarul Hisham

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes