Ending Drama Risik Pada Hati sinonim Mizz Nina dan Noh bercerai ?
Sejujurnya agak terkejut dengan berita ni bilamana Mizz Nina sendiri upload di IG OfficialMizzNina beliau serentak dengan pengumuman Noh. Ok Bukan agak terkejut, memang terkejut! Selama ni mereka berdua cukup menjaga privacy mereka dari sebarang gosip. Masa kawin pun tau tau eh! Mizz Nina kawin dengan Noh Hujan. Ok ok
Apapun, perjalanan penghijrahan Mizz Nina selepas kawin memang ramai yang salute!
Tak perlu hebahan meluas, tak perlu publisiti. Terserlah keikhlasan dari hati. Beliau juga antara insan yang banyak berbuat kebaikan tanpa pengetahuan media. Orang kata YTJT . ok panjang nya = Yang tahu je tahu . . .
Ya Allah sebaik-baik nya perancang
Berakhirnya perkahwinan selama 11 tahun diungkapkan dalam IG Official Mizz Nina , bait-bait ayat yang cukup tersusun lagi indah! Aduyai hebatnya beliau mampu meluahkan sebegitu baik. Kita yang baca pun touching kannnn?
Saya ingin berkongsi pengumuman penting.
“Selepas berfikir dan membuat pertimbangan dengan teliti, kami bersetuju untuk berpisah dan meneruskan hidup mengikut haluan masing-masing.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan kami meluangkan masa bersama selama 11 tahun yang cukup indah, penuh pasang surut dan pengembaraan. Pun begitu, saya tidak mahu peminat bersedih kerana kami tetap berkawan baik.”
Kita yang takde ikatan kekeluargaan pun terasa inikan pula mereka. Dah laa hati ni dok meratap pilu angkara ending Risik Pada Hati. Tup tup hari ni berita sedih bercerai lagi. Huuwaaaa . . .
Berilah mereka kekuatan menghadapi hari-hari mendatang.
Ending Drama Risik Pada Hati sinonim Mizz Nina dan Noh Bercerai
Kebetulan sangat!
Dah lah semalam berakhirnya Drama Risik Pada Hati. Pastu bertimpa lagi sedih kaum kaum isteri ni bila baca pengumuman keputusan perceraian antara Mizz Nina dan Noh. Sedih berganda double triple. Huhuuu…
Kebetulan lagi kannnn, jalan cerita yang sedikit sama dengan drama = ketiadaan zuriat.
Walaupun begitu, sejak hadir nya anak angkat mereka Musa ramai yang turut berkongsi kegembiraan. Serius ramai peminat turut happy masa tahu perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran Musa. Baby yang cukup comel!
Allahualam. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui
Tak mo cakap apa-apa spekulasi , gosip atau andaian punca perceraian Mizz Nina dan Noh. Besar dosa fitnah!
Apapun, pasti keputusan ini yang terbaik telah mereka putuskan bersama.
Ending Drama Risik Pada Hati
Jujur drama ini naskah yang berbeza dari yang lain. Mengisahkan sebuah perkahwinan poligami yang bahagia. Yelah biasanya bila kawin dua aje gadoh, tak bahagia, bermusuhan, tiada keadilan dari suami, anak terabai, nafkah culas dan semuanya porak peranda! Menyampah sakit hati
Baca : Sinopsis RISIK PADA HATI
Tapi karektor Hayfa yang matang, ketua keluarga Adam – suami yang bertanggungjawab dan Aisyah yang amat bertimbangrasa memberi persepsi positif, poligami ni indah je sebenarnya. Yelah, setelah lebih 5 tahun berkahwin belum dikurniakan anak, akhirnya Hayfa sendiri carikan madu untuk suaminya Adam. Besar sungguh pengorbanan Hayfa kann? Dapat pulak Aisyah – madu yang baik. Bahagia lah..
Tapi dalam keindahan dan kebahagiaan berpoligami pastinya ada hati yang memendam lagi terluka. Bukan mudah berlaku adil, bukan mudah mengikhlaskan dan meredhakan rasa hati. Tak selamanya indah, hati diuji dengan perangai toxic BFF Hayfa si Su dan ibu Hayfa sendiri. Geram bethol! Sibuk je.. BFF Aisya juga best
Akhirnya
Hayfa ‘sengaja’ buat Adam marah dengan mencabar Adam melepaskannya. Bersungguh Hayfa marah. Takut lak nengoknya. Hayfa melepaskan semua yang tersimpan dalam lubuk hatinya setelah lama terpendam.
“Let me go!” – teriak Hayfa dengan penuh rasa puas dan lega
Adam pulak dengan keegoannya tercabar, tanpa berfikir panjang terus melafaskan kalimah tersebut. Sedih!
Walau Aisyah pujuk rayu Hayfa agar Hayfa kembali pada Adam, Hayfa tetap dengan keputusannya. Tapi scene Adam pujuk Hayfa tak berapa ummphhh.. Tak cukup bersungguh! Sedangkan masa Aisyah tinggalkan Adam sebelum ni nampak laa kesungguhan Adam mahukan Aisyah kembali pada Adam. Kannnn..?
Episod Akhir Risik Pada Hati , Akhirnya Hayfa
Scene saat Hayfa memberitahu Adam dan Aisyah keputusan muktamadnya untuk mengundurkan diri lagi touching. Matang sangat! Lagi sebak masa Hayfa tunjuk handphone nya yang menggambarkan Hayfa mengandung. Allahu . . . Kesian Adam
Disaat Adam begitu gembira mengetahui Hayfa pregnant setelah 5 tahun mereka menanti, saat tu jugak laa Hayfa menegaskan dia tak ingin rujuk. Kejam jugak Hayfa masa ni kannn?
Tapi memang inilah realiti nya hati seorang isteri. Bukan semua tapi memang ada kannn..? Bila hati isteri terluka dihiris-hiris, memang ada yang tak akan berpaling lagi. Mulanya ingat Hafya akan terima Adam semula sebab kannn Hayfa akhirnya mengandung. Rupanya tidak! Nangis tau scene ni. Jahat drama ni tapi dah nama pun drama..
Lakonan mereka amat bersahaja. Tak perlu beria, dialog yang ringkas padat tapi menusuk hati kita yang menonton. Mainan emosi raut wajah mereka dah cukup buat kita yang menonton rasa sama kekecewaan ,kesedihan, kehancuran apa mereka rasa. Ya sampai ke dalam hati nih! Hayfa pergi tanpa menoleh kebelakang.. huuwaaa
Ending Drama Risik Pada Hati Realistik.
Hayfa undur diri. Kenapa Hayfa bukannya Aisyah ?
“Cinta tak semestinya harus memiliki. Cinta hanya tentang memberi dengan setulus hati. Jika melepaskan ialah bukti keikhlasan cinta i pada you, maka i memilih untuk undur diri. Maaf kan i sayang, i terpaksa buat semua ni demi kebahagiaan you.
Melihat orang yang dicintai bahagia lebih membahagiakan” – Hayfa
Harapnya kegembiraan yang dimiliki Hayfa turut dirasai oleh Mizz Nina.
Bahagia dengan cara mereka walau tidak bersama. Ya be positif. Ramai je single mother yang hidup mereka lebih indah setelah berpisah. Rasa bahagia sangat subjektif, bagaimana mereka menikmati kebahagiaan hanya mereka yang merasainya.
Tahu, Mizz Nina orangnya berjiwa besar, semangat nya hebat. Yakin dengan setiap keputusan yang dia pilih. Masakan tidak, kerana penghijrahan istiqomah beliau sangat dicemburui! Kita hanya mampu mendoakan yang baik-baik untuk mereka. Moga doa yang baik-baik juga berbalik pada kita. Aamiinn..
Semuanya rahsia Allah Yang Maha Besar
Allahuakhbar
Pandemics can be caused by a number of different diseases, including viruses, bacteria, and parasites. They can also be caused by toxins produced by certain plants or animals. The most common cause of pandemics is viral infections, which can spread easily from one person to another due to their airborne nature.