Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama RISIK PADA HATI
July 1, 2022February 23, 2023

Sinopsis Drama RISIK PADA HATI TV3 Tonton Online

Sinopsis Drama Risik Pada Hati

Selepas tamat sudah drama trending Bisik-Bisik Gelora lakonan Redza Rosli dan Raysha Rizrose , slot Akasia diserikan dengan drama lakonan Alif Satar bergandingan Ummi Nazeera dan Zara Zya. Ketiga mereka ini agak lama dah tak nampak di TV kannn? Rindu lakonan mereka! Ada chemistry ke gandingan ketiga-tiga mereka ini?

Tak silap drama bersiri lakonan Ummi Nazeera yang paling Nina suka adalah Drama Suri Katrina . Best drama ni, berkisahkan bipolar dan dendam. Penuh emosi lakonan Ummi dalam drama ni.

Jom kita kupas sinopsis dalam Drama Risik Pada Hati. Nina dah tonton beberapa episod, sebab menarik dan tertarik baru laa Nina tulis Sinopsis nya.  Drama ini adalah adaptasi novel Risik Pada Hatikarya Hani Ramsul.

Sinopsis Drama RISIK PADA HATI

Sinopsis Risik Pada Hati

Mengisahkan Adam (Alif Satar)  dan Hayfa (Ummi Nazeera)  yang sangat bahagia dengan perkahwinan mereka  namun Hayfa tidak mampu memberikan zuriat kepada suaminya. Pelbagai cara dan rawatan telah mereka usahakan namun masih belum ada rezeki.

Kerana sebab ini, Hayfa begitu tertekan! Emosi nya terganggu, rasa down. Walaupun mertua Hayfa tidak membangkitkan isu anak ini,  tapi saudara sepupu belah Adam suka buat Hayfa rasa tertekan dengan sindiran mereka.

“I love you.”
“Abang cintakan Ayfa. Bermakna abang cintakan wajah Ayfa yang sentiasa cantik ini. Abang cintakan Ayfa yang tinggi lampai ini. Abang cintakan Ayfa yang hidung tak berapa nak mancung ini. Abang cintakan Ayfa yang bila marah, nampak garang sangat ni.” – Spontan bisikan itu menjemput senyum di bibir Hayfa. Adam akan sentiasa menjadi seorang Adam. Adam yang tidak pernah gagal membuat hatinya berbunga-bunga.

Hayfa mengerutkan kening sambil menampar perlahan lengan suaminya.
“Abang nak cakap hidung Ayfa penyet macam ayam penyet? Nak cakap muka Ayfa ni garang?”

Adam menjongket bahu.
“Ya… mungkin tak terlalu sempurna. Tapi sebab itu sebahagian daripada Ayfa, abang tetap sangat cintakan semua tu…”
“Ayfa yang tak mampu mengandung ni pun satu lagi hal yang tak sempurna kan? Dan abang tetap cintakan Ayfa.”

Adam mengelus lembut jemari isterinya.
“Abang dan Ayfa sama-sama tahu hakikatnya. Hakikatnya, kita belum ada anak bukan sebab Ayfa atau abang yang tak sempurna. Sebabnya kita belum ada rezeki.”

“Tapi, dia orang…” – balas Hayfa

Adam menggeleng perlahan.
“Buat apa kita nak jelaskan apa-apa pada orang yang tak akan terima apa pun penjelasan kita? Mereka seronok menilai. Biarkan mereka. Kalau kita lawan pun, kita tak akan menang. Sebab, mereka hanya dengar apa yang mereka nak dengar saja. Tak guna kita jelaskan apa-apa pun.”

Hayfa diam. Kata-kata Adam selalunya akan membuat dia berasa lebih tenang. Membuat dia berfikir semula dengan lebih terbuka. Tetapi selalunya, nasihat itu tidak akan kekal melekat di hatinya. Apabila hati disakiti lagi, dia akan menjadi sedih dan kecewa lagi.

Suatu hari, Hayfa meminta Adam berkahwin lain. Walau mulanya Adam berat hati bersetuju tapi atas pujukan Hayfa akhirnya Adam bersetuju menerima Aisya (Zara Zya) sebagai isteri keduanya. Adam cuba berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Sinopsis Drama RISIK PADA HATI

Demi cinta Hayfa untuk Adam

Kerana besar cintanya, dia rela mengorbankan separuh daripada jiwanya untuk Adam. Demi Adam, dia sanggup lakukan apa saja. Itu bukti cinta seorang Hayfa pada Adam.

“Kenapa uji cinta abang macam ni?” Adam
“Ayfa tak uji cinta abang. Ayfa cuma nak kesempurnaan dalam cinta kita.” – Hayfa
“Saya tak tahu kenapa saya setuju bila Kak Hayfa pujuk. Saya tak patut setuju. Kan?” – Aisya

Selepas kehadiran Umar, kebahagian kehidupan mereka mula goyah. Ada yang cuba menjadi batu api sehingga timbul curiga dan prasangka dalam diri Hayfa dan Aisya.

Layanan Adam yang berubahkah?
Atau keikhlasan Hayfa yang semakin hilang?
Ataupun Aisya yang mula belajar berprasangka? Walau apa pun puncanya, bahagia mereka perlahan-lahan menjauh.

Namun, benarkah pengorbanan yang dibuat akan sempurnakan cinta mereka? Atau pengorbanan itu hanya membuat bahagia mereka semakin goyah?

Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau, hanya perpisahan yang akan menjadi penamat sebuah perhubungan?

Sinopsis Drama RISIK PADA HATI

Sinopsis RISIK PADA HATI Akasia TV3

Tarikh Tayangan: Jun 2022
Episod : 28 episod
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Novelis: Hanni Ramsul
Pengarah: Pali Yahya
Produksi: Zamriez Golden Pictures
Pelakon: Alif Satar, Ummi Nazeera, Zara Zya, Shiqin Kamal, Ifa Raziah, Trisha Ooi, Izzue Islam, Shazia Rozaini

Watak Pelakon
Alif Satar sebagai Adam
Ummi Nazeera sebagai Hayfa
Zara Zya sebagai Aisya
Shiqin Kamal sebagai Suhara
Izzue Islam sebagai Nazim
Ifa Raziah sebagai Mak Ngah Diva
Rahim Omar sebagai Haji Kassim
Haleeda Mazlein sebagai Hajah Wardah
Nasz Sally sebagai Nurhan
Trisha Ooi sebagai Erra
Ikhwan Lein sebagai Farid
Shazia Rozaini sebagai Atilia

Lagu : Seribu Gundah – Hariz & Wanie (LCK3)

Buat yang terlepas episod jangan risau! Korang masih boleh tonton online Drama Risik Pada Hati  di Disney+ Hotstar .
Apa kisah, sekarang ni semua nya dihujung jari. Ada kesempatan masa, boleh laaa marathon kann?

Review Nina
Suka lakonan Ummi Nazeera dan Alif Satar. Gandingan mereka ada chemistry. Sesuai.  Tak lupa opkos lakonan Zara Zya yang bersahaja.  Barisan pelakon lain juga banyak memperindahkan drama ini. Contohnya Ifa Raziah, Mak Ngah Diva yang kepochi  buat kita rasa nak cili-cili kan aje mulut dia! HAhaa

Drama RISIK PADA HATI ini mengupas perasaan 3 hati berkongsi rasa hanya sebab nakkan zuriat dan poligami.  Hayfa yang terpaksa berkorban demi cinta pada suaminya. Katanya ikhlas, dalam hati sapa yang tahu.

Pendapat Nina tak perlu pun. Sebab Adam amat cinta sayangkan perkahwinan mereka yang bahagia walaupun tanpa zuriat. Tapi dah nama pun Drama… HAhaa

Adam ohh Adam. Di mana pendirian teguh seorang suami yang mempertahankan perasaan isteri. Kata sayang laa, cinta laaa.. Entah laaa

Watak Aisyah yang kenapa kenapa haaa… Dah tahu suami orang, jaga laa pandangan dan perasaan agar tidak TERpupuk rasa sayang. Walaupun Aisyah seolah mangsa keadaan selepas berkahwin dengan Adam nak buat camner. Dah ini jalan kehidupan yang dia pilihan.

Korang dah tonton ke?

Related posts:

BEST ke , Bagus ke Anti Wrinkle Premium Cream Himalaya ?
Murah giler weyy.... Korang pi tengok sendiri.. >> SHOPEE BEST ..!!
Best layan Drama BUDAK TEBING .
Kat mana nak beli rumah murah? PKNS tawar diskaun berganda weyhh . . . Cepat rebut peluang ni!
Drama Movie Review Akasia TV3Alif SatarDisney HotstarDramaDrama Adaptasi NovelDrama sangatFull SinopsisSinopsis Drama RISIK PADA HATITonton Drama OnlineUmmi NazeeraZara Zya

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. Pingback: Ending Drama Risik Pada Hati sinonim Mizz Nina dan Noh bercerai
  2. download mobdro says:
    October 6, 2022 at 8:04 pm

    terima kasih atas perkongsian yang menarik

    Reply
  3. Pingback: SINOPSIS DRAMA RINDU KASIH TONTON ONLINE EPISOD 1 - AKHIR
  4. Duck Life says:
    December 8, 2022 at 4:58 pm

    jawatan yang berguna

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes