Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

SINOPSIS DRAMA RINDU KASIH
November 23, 2022March 23, 2023

SINOPSIS DRAMA RINDU KASIH TONTON ONLINE EPISOD 1 – AKHIR

Tentu ramai tengah layan slot Samrinda TV3 10 pm yang terbaru kann? Sebuah naskah yang hebat, kombinasi barisan pelakon yang mantap. Ketahui lebih lanjut Sinopsis Drama Rindu Kasih ini pasti korang akan lebih feel, stress, kecamuk geram dengan sesetengah watak dalam drama ni saat menontonnya nanti.

Serius Nina rasa teruja sangat bila slot Samarinda TV3 menayangkan Drama Rindu Kasih. Sebab utama barisan pelakonnya yang superb. Paling dinantikan semestinya lakonan Ummi Nazeera yang tak pernah mengecewakan. Makan dalam ooo bila beliau menjiwai setiap watak yang dilakonkan. Natural! Satu Malaya tak lupa watak Hayfa dalam Drama Risik Pada Hati . Payah nak move on. Nangis ooo tengok mainan emosi beliau. Tak lupa Drama Suri Katrina pun best!

Kali ni Ummi Nazeera bergandingan dengan Izzue Islam yang tidak kurang hebat lakonannya. Adakah mereka berdua punya chemistry? Okies jom baca dulu Sinopsis Drama Rindu Kasih

Sinopsis Drama Rindu Kasih

Drama Rindu Kasih mengisahkan tentang Salina lakonan hebat dari Ummi Nazeera. Seorang gadis kampung yang dibesarkan seorang diri oleh ayahnya, Khalid (Arash Mohd). Shida (Amyza Adnan) , Ibu Salina meninggalkan Khalid dan anak mereka Salina yang ketika itu berusia beberapa bulan menyebabkan  kehidupan Khalid menjadi tidak tentu arah.

SINOPSIS DRAMA RINDU KASIH

Khalid perlu bekerja demi menyara anaknya yang masih kecil dan Khalid bekerja dengan rakannya Zamani (Nik Ramly) yang mempunyai perusahaan perikanan di jeti.  Walaupun sejak kecik Salina membesar tanpa kasih sayang seorang ibu, Salina dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh ayahnya. Namun, naluri hati Salina meronta-ronta tetap menginginkan belaian kasih sayang seorang ibu.

Salina berkawan baik dengan Murni (Ezzaty Abdullah) dan Hisham (Nafiz Muaz). Dalam diam Hisham jatuh cinta pada Salina, tapi tak sempat meluahkan perasaannya pada Salina. Murni pula sejak kecil sukakan sepupunya Amir (Izzue Islam)

Ketika ayah Amir sakit dan sedar dari pengsan, Zamani meminta Amir memanggil rakan baiknya Khalid dan Salina untuk bertemu dengannya. Di situ Zamani membuat permintaan terakhir kepada isterinya Halijah (Fazlina Ahmad Daud) agar mengahwinkan Amir dengan Salina.

Permintaan ini amat memeranjatkan semua orang terutama Halijah kerana Halijah amat membencikan Khalid. Walaupun Halijah cuba memujuk Amir agar melupakan saja permintaan ayahnya,  demi amanah bapanya Amir menikahi Salina. Sedari dulu sebenarnya Amir telah lama menyimpan perasaannya pada Salina. Pernikahan diteruskan meskipun tiada restu si ibu.  Apakah suratan tertulis untuk perkahwinan Salina dan Amir akhirnya?

Setelah berkahwin Salina membayangkan dia dapat lah menumpang kasih seorang ibu dari mertua nya namun semuanya hanya mimpi ngeri buat Salina. Halijah sengaja membuat pelbagai helah agar merenggangkan Amir dan Salina. Walaupun Amir berusaha menjaga perkahwinannya tapi beberapa kejadian menyebabkan Amir tersepit antara kasih ibu dan isterinya.

Tanpa pengetahuan Salina, ada sebuah rahsia yang disimpul rapi oleh Khalid tentang ibu Salina yang telah ditahan polis kerana menjual dadah. Akhirnya terbongkar rahsia tersebut membuatkan Salina begitu berazam untuk mendapatkan kasih sayang ibunya, dia sanggup melakukan jenayah hanya untuk menagih kasih ibunya di penjara.

SINOPSIS DRAMA RINDU KASIH

Dalam misi terdesak untuk bertemu dan mengenali ibunya yang dipenjarakan, Salina melakukan jenayah dengan sengaja supaya dia ditangkap. Begitu nekad sekali tindakan Salina!
Apakah punca nya?
Bagaimana kesudahan rumahtangga Amir dan Salina?
Kenapa ibu Amir begitu bencikan keluarga Salina?

Drama bersiri Rindu Kasih ini dibintangi oleh Ummi Nazeera, Izzue Islam, Nafiz Muaz, Ezzaty Abdullah, Amyza Aznan dan ramai lagi, akan disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 16 November ini, pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam.  atau strim melalui platform penstriman

Drama Rindu Kasih
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 16 November 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Disney+ Hotstar
Penulis Skrip: K. Adlie & Shaza Talib
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: P&D Pictures Sdn Bhd

Lagu Tema (OST):
Seandainya – Ariff Bahran
Retak – Aqeesh Aleeya

Watak Pelakon
Izzue Islam sebagai Amir
Ummi Nazeera sebagai Salina
Nafiz Muaz sebagai Hisham
Amyza Aznan sebagai Shida
Arash Mohd sebagai Khalid
Shazia Rozaini sebagai Huda
Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
Ezzaty Abdullah sebagai Murni
Meor Mohd sebagai Iqbal
Ayu Azlina sebagai Siti
Nik Ramly sebagai Zamani
Ikhwan Khairudin sebagai Khalid Muda
Fariza Shafinaz sebagai Halijah Mudah
Iskandar Shah sebagai Amin
Yamin Abu Bakar sebagai Supri
Siti Rohani Dollah sebagai Tini
Elly Suhaili sebagai Sofia
Hairi Ab Ghani sebagai Kamil

DRAMA RINDU KASIH

Tidak dinafikan lakonan Ummi Nazeera memang hebat. Beliau begitu natural menjiwai watak yang penuh emosi sehingga kita yang menonton turut terkesan. Renungan mata nya je dah buat kita rasai penderitaan jiwa yang dipendam. Padu!

Barisan pelakon lain dalam Drama Rindu Kasih ini juga mencantikkan jalan cerita naskah ini. Paling Nina suka lakonan Fazlina Ahmad Daud. Watak Halijah sebagai Mak Mertua Salina memang saja buat orang benci. Jahat nau! Ada aje helahnya saja nak sakitkan hati Salina. Dengki dengan kebahagiaan anak sendiri. Tak faham sungguh!
Tak kurang hebat lakonan Izzue Islam, Ezzaty Abdullah, Arash Mohd dan semestinya Amyza Adnan. Tahniah.

Terlepas tayangan? Dont worries! Macam biasa lah, korang boleh je Tonton Online Drama Rindu Kasih platform penstriman Disney+ Hotstar.  Boleh tonton ulang-ulang sampai stress !! Huhuuu..

Related posts:

Yesszaa! PGMall Proudly Local SALE kaw kaww sampai akhir tahun. Cepat grab!
Ohhh ... Jatuh cinta dengan Tshirt muslimah Hana Tajuddin
Cayalah! CARRIE JUNIOR dah ada refill pack! Lagi jimat weyy....
AEON X OMAR HANA ONIGIRI MENU SIHAT UNTUK KANAK-KANAK
Drama Movie Review Amyza AdnanArash MohdDisney HotstarDrama 10pmDrama bestDrama InfoEzzaty AbdullahFull SinopsisINFO DRAMA TERKINIIzzue IslamNafiz MuazRindu KasihSamarinda TV3Sinopsis DramaTonton Drama OnlineUmmi Nazeera

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. drift boss says:
    December 19, 2022 at 12:14 pm

    I like this film very much. I love the female lead actress. She is so beautiful

    Reply
  2. Khairul says:
    December 29, 2022 at 12:46 pm

    Drama yang best bagi saya.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes