Sejak Disember 2019 yang lalu, pandemik wabak covid19 yang melanda seluruh dunia banyak memberi kesan kepada kita semua. Dari segi politik, ekonomi dan juga sosial. Keadaan semakin buruk menghimpit kita semua di kala bulan March 2020. Sinopsis Drama HADIAH DARI TUHAN
Ketika jumlah positif kian meningkat, kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan – PKP. Ianya satu yang baharu buat kita semua. Semua golongan pun terkesan.
Frontliners paling terkesan! Jiwa mereka meronta tanpa henti. Inginkan semua ini berakhir pergi lenyap sepantas nya. Drama Hadiah Dari Tuhan memaparkan kisah realiti yang dialami rakyat Malaysia semasa pandemik COVID-19
Drama sempena Covid 19
Sejujurnya tatkala menonton drama HADIAH DARI TUHAN ini, hati ini semua rasa pun ada. Semuanya di olah jadi sebuah Drama yang amat bagus di tonton kita semua. Penceritaan, kupasan yang cukup jelas!

Drama ini mengisahkan pergolakan hidup tiga remaja daripada latar belakang taraf kehidupan berbeza menempuh kehidupan suka duka ketika Malaysia diambang serangan wabak COVID-19.
Antara pelakon menjayakan drama ini adalah Riena Diana, Syafi Tee, Sophia Barakbah dan Puteri Rafasya.
Sinopsis Drama Hadiah Dari Tuhan
Qul Fattah lakonan Syafi Tee lahir dalam keluarga kategori B40, Ika Nabila lakonan Riena Diona lahir dalam keluarga kategori M40 dan Bella Roselina lakonan Sophia Barakbah lahir dalam keluarga kategori T20.
Qul kematian ibu bapanya sejak lima tahun yang lalu disebabkan kemalangan jalan raya, dia selaku anak sulung lelaki adalah ketua keluarga kepada seorang adik perempuan yang bernama Qas Fatin yang masih bersekolah rendah.
Mereka tinggal bersama nenek bernama Siti Ainum yang kini terlantar sakit tua serta mengalami komplikasi pelbagai penyakit. Sebelum wabak COVID-19 menular, Qul bekerja sambilan di sebuah pasar raya dan menetap dirumah pangsa PPRT
Ika pula anak tunggal kepada Jannah yang bertugas sebagai ketua jururawat di sebuah hospital kerajaan, Ika mempunyai bapa tetapi kedua ibu dan ayahnya telah bercerai sewaktu dia masih kecil.

Bella pula dilihat paling bernasib baik, dilahirkan serba mewah, mempunyai ayah dan ibu yang berpendapatan besar, serta lengkap mempunyai atuk dan nenek. Bella membesar di dalam rumah banglo mewah yang serba lengkap.
Apabila wabak COVID-19 menular, kehidupan Qul, Ika dan Bella berubah dan terpaksa mengharungi pelbagai ujian dan dugaan
DRAMA HADIAH DARI TUHAN
Segalanya berubah tatkala Bella menerima hadiah dari bapanya, sebuah anak patung teddy bear. Bella rasa marah kerana bapanya seolah masih menganggap Bella masih anak kecil. Bella membuang anak patung tersebut dengan mencampak keluar rumah.
Secara tak sengaja, Qul yang sedang lalu ditepi rumah Bella berasa ianya satu anugerah bilamana ketika itu Qul sememangnya sedang berusaha memenuhi impian adiknya yang inginkan sebuah anak patung teddy bear. lalu Qul membawa pulang hadiah tersebut untuk adiknya.
Dengan gembira Fatin seronok bermain dengan teddy bear barunya! Nenek pun sama melayan menemani cucunya main. Tak lama kemudian nenek Qul mula tidak sihat. Selsema dan kemudian demam.
Qul membawa nenek ke klinik. Luruh hati Qul bila mendapat berita neneknya positif Covid19! Ketika ini kerajaan terpaksa melaksanakan PKP bagi membendung penularan ini berleluasa.
Tak lama kemudian, Qul terpaksa berpisah dengan Fatin kerana Fatin juga didapati positif covid19. Qul meminta pertolongan ibu Ika yang bekerja di hospital tengok-tengokkan Fatin bagi pihak Qul.
Terpaksa akur ketentuan
Ika terpaksa akur dengan ketentuannya punya seorang ibu frontliners yang sentiasa sibuk ketika ini. Mujur Ika memahami tugasan ibunya. Dalam pada itu, Ika juga stress dengan keadaan sekeliling di media sosial yang begitu mudah sebarkan maklumat tidak sahih berkaitan covid19 ini.
Bella tertekan dirumah kerana atuk neneknya tinggal dirumah mereka sepanjang PKP. Ada saja yang tak kena dimata neneknya. Gaya hidup yang tidak sama membuatkan mereka sering selisih faham.
Kerana tertekan, Bella melarikan diri dan tinggal dirumah Ika buat sementara waktu. Di rumah Ika, gaya hidup Ika yang serba sederhana membuka minda dan mata Bella dan sesungguhnya Bella lebih beruntung senang hidupnya dari Ika.

Lebih menusuk jiwa, nenek tidak mampu bertahan dan meninggal akibat covid19. Qul dan Fatin dipulau jiran sekeliling. Semuanya marah kan mereka. Apakan daya, ini bukan kehendak mereka. So sad! Tapi ini lah realitinya…
Semua orang tertekan
Bagaimana pula kisah Ika dan Bella?
Siapa pun kita, walau seorang doktor sekalipun terkesan. Dr Zabidi sendiri mengalami kemurungan dan keluarga bahagianya berantakan kucar kacir akibat pandemik ini. Tiada golongan pun yang tidak terkesan!
Adakah kerana pandemik ini bakal merubah semuanya dan membawa hikmah , hadiah terhebat dari Tuhan.
Drama bersiri ‘Hadiah Dari Tuhan’ yang menelusuri realiti kehidupan termasuk petugas barisan hadapan pada era pandemik Covid-19. Menampilkan lakonan Syafi Tee, Riena Diana, Puteri Rafasya, Sophia AlBarakbah, Amy Mastura, Fezrul Khan dan ramai lagi. Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Fairuz Loy. Bakal ditayangkan di slot Lestary TV3 bermula 24 Disember ini.
Info Drama
JUDUL : HADIAH DARI TUHAN
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 30 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Janjira
PENGARAH : Fairuz Loy
PRODUKSI : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Syafi Tee, Riena Diana, Sophia AlBarakbah, Puteri Rafasya, Amy Mastura, Izreen Azminda, Fezrul Khan, Zazly Baginda, Dynas Mokhtar, Zaefrul Nordin, Fathil Dani, Fauziah Nawi, Ku Faridah, Zazly Baginda, Ummar Dzariff, Aryana Amani

WATAK PELAKON
Syafi Tee sebagai Qul
Riena Diana sebagai Ika
Sophia AlBarakbah sebagai Bella
Puteri Rafasya sebagai Fatin
Amy Mastura sebagai Jannah
Fezrul Khan sebagai Dr Zabidi
Dynas Mokhtar sebagai Khatty
Ummar Dzariff sebagai Adli
Aryana Amani sebagai Pika
LAGU TEMA (OST)
Barisan Hadapan – Azlan & The Typewriter
Muhasabah – Alfie Zumi
Sesungguhnya drama HADIAH DARI TUHAN ini menjentik emosi kita semua! Realiti kehidupan setiap golongan dan antara kisah yang dipaparkan kita juga turut mengalaminya. Ya semua orang pun terkesan… Covid19 ini mengubah kehidupan kita secara total.
Baca : buah tangan untuk orang meninggal
Sesama kita selami kehidupan petugas barisan hadapan dan melaksanakan tugas mereka yang penuh dengan risiko hingga boleh mengancam nyawa mereka sendiri.
Terlepas episod, layari tonton drama online di iQIYI Malaysia kalau tak silap Nina laaa… Nanti Nina confirmkan dan update sini yaaa. Stay tune!
Pas drama ni, marathon tonton drama trending jam 10pm BOUGAINVILLEA lakonan Beto Kusyairy, Nora Danish dan Intan Ladyana. Best drama ni!
Sinopsis Drama HADIAH DARI TUHAN
Cerita ni best sbb kite boleh tengok frontliner keje camne hadap perangai pesakit jugak. Kesian doc tu smpai kena covid