Tamat sudah Drama grene psiko thriller yang menarik perhatian ramai, DRAMA MISTERI MONA lakonan Janna Nick, Redza Rosli dan Elisha Sandha. Walaupun drama ini hanya 8 episod namun olahan menarik part kesinambungan setiap episod membuatkan penonton tertunggu tunggu apa akan jadi episod seterusnya. Masa nonton hati ni dok berdebar-debar, seriau jer .. Terbaru baca Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA
Mana yang terlepas Drama Misteri Mona, rekemen korang tengok jangan tak tengok. Memang superb best drama ni. Berkisahkan personaliti disorder . Kena tonton baru dapat faham dan selami apa yang depa rasakan.
Next slot Samarindra di hiasi dengan Drama BOUGAINVILLEA gandingan lakonan hebat Beto Kusyairy, Nora Danish dan Intan Ladyana. Semuanya dah agak lama tak muncul di kaca TV tapi memasing punya aura yang tersendiri.
Sinopsis DRAMA BOUGAINVILLEA
Mengisahkan kehidupan Aryanna (Intan Ladyana) dan Adrian (Beto Kusyairy) yang bahagia bersama anak-anaknya. Adrian seorang arkitek yang berjaya namun beliau sangat workaholic! Sentiasa sibuk dengan kerja nya aje.
Namun Aryanna sangat memahami kesibukan suaminya itu walaupun adakalanya dia terasa hati dengan Adrian. Banyak tugasan anak-anak Aryanna yang uruskan dan dia melaksanakannya dengan sempurna.
Bibah (Ziema Din) dan Mimie (Nora Danish) tinggal di sebuah rumah kampung. Mimie mempunyai seorang kawan baik, Ali (Ameerul Asyraf) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Mimie selalu berangan untuk berkahwin dengan lelaki kaya yang boleh memberinya keselesaan dan kesenangan. Ianya turut disokong oleh mak ngah nya, Bibah.
Mimie juga sangat mengagumi keluarga Adrian dan Aryanna. Baginya keluarga itu begitu sempurna dan sepadan sangat. Hazira (Hanna Aqeela) pula kawan Aryanna daripada zaman kolej. Dia sangat rapat dengan keluarga Adrian dan anak-anak Aryanna serta bebas untuk keluar masuk ke rumah pasangan itu.
Perkahwinan bahagia Adrian dan Aryanna diuji apabila suatu hari Aryanna kemalangan dan tidak sedarkan diri ketika pulang daripada medical checkup. Atas nasihat ibu dan mertuanya, Adrian kemudiannya telah mengambil Mimie sebagai jururawat peribadi untuk menjaga Aryanna demi keperluan dan kebajikan anak-anaknya.
Kebetulan pula Mimie baru sahaja berhenti kerja. Mimie menjaga dan menguruskan keperluan Aryanna dengan baik malah selalu membantu Mak Leha. Sikap Mimie itu amat menyenangkan Adrian tetapi segala-galanya berubah selepas itu.
Sikap Adrian yang penyayang, baik, lembut dan setia terhadap isterinya telah menambat hati Mimie. Dia mula jatuh cinta dan berusaha menjadikan Adrian miliknya. Bermula laaa obsesif Mimie pada Adrian.
Mereka akhirnya ditangkap khalwat dan perlu berkahwin tetapi Adrian masih mencintai Aryanna. Mimie yang tidak berpuas hati kemudiannya berusaha mencari jalan untuk memisahkan mereka.
Suatu hari, Aryanna tersedar daripada koma dan berpura-pura hilang ingatan setelah dia mengetahui tingkah laku Mimie yang begitu obsesif terhadap suaminya dan berbahaya.
Apa yang berlaku seterusnya?
Sampai bila Aryanna berpura-pura hilang ingatan?
Mampukah Adrian mengotakan janji nya pada Aryanna setia hingga hujung nyawa?
Apakah Hazira benar-benar ikhlas berkawan baik dengan Aryanna?
Apakah yang Mimie lakukan bila mengetahui kebenaran tentang Aryanna?
Banyak nau dok konflik!
Kupasan menarik antara cinta, kasih sayang, curang, ujian perasaan antara suami isteri, kawan baik dan sikap obsesif yang keterlaluan hingga memusnahkan segalanya. Stay tune!
JUDUL : BOUGAINVILLEA
EPISOD : 15
TARIKH TAYANGAN : 28 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
IDEA ASALL : Raja Azidah
PENULIS SKRIP : Lynnda Sharudin
PENGARAH : Ayie Mustafa
PRODUKSI : Sha’s Media Sdn Bhd
PELAKON : Beto Kusyairy, Intan Ladyana, Nora Danish, Hanna Aqeela, Wan Nor Azlin, Kirana Batrisyia, Mior Darwish, Ameerul Asyraf, Ziema Din, Jasper Supayah
WATAK PELAKON
Beto Kusyairy sebagai Adrian
Nora Danish sebagai Mimie
Intan Ladyana sebagai Aryanna
Hanna Aqeela sebagai Hazira
Ameerul Asyraf sebagai Ali
Jasper Supayah sebagai Ilyana
Ziema Din sebagai Bibah (Mak Ngah)
Kirana Batrisyia sebagai Alisha
Mior Darwish sebagai Azief
LAGU TEMA (OST) Boneka – Ernie Zakri
Kita mencintai seseorang bukan kerana dia sempurna tapi kita kena belajar memahami dan melengkapi ketidaksempurnaan dia – Aryanna
Kot korang terlepas episod, dont worry! Korang boleh marathon tonton Online Drama Bougainvillea secara percuma di aplikasi iQIYI
Comments (2)