Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi PASTA POPIA KIMBALL Kompem Gaya Malaysia
December 23, 2020March 30, 2023

Resipi PASTA POPIA KIMBALL Mudah Sedap Sehebat di Restoran! Kompem Gaya Malaysia

Hurmm . . . Sejak wabak pandemic Covid19 melanda , dah agak lama Nina sekeluarga tak makan di restoran. Sebagai ibubapa, opkos adanya rasa risau nak bawak anak keluar rumah terutama di tempat awam.  Sapa yang tak risau weyhh .. Kannnn? Resipi PASTA POPIA KIMBALL Kompem Gaya Malaysia

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Salam Aidilfitri 2012
3 Mustajab DOA sebelum Berbuka Puasa dan Sahur
4 Nasi Impit dan Kuah Kacang
5 RESEPI CUPCAKE PANDAN SEDAP MUDAH MOIST

So kebiasaannya Nina akan masak menu yang sedap-sedap seperti menu kegemaran anak-anak di restoran demi memenuhi citarasa selera mereka. Sekurangnya  lepas laaa rasa teringin anak-anak nak makan kat restoran.

Anak Nina yang paling kecik – Eicha pitty eater! Cerewet sikit banyak bab makan. Dia kurang nak makan nasi. Tak tau laaa kenapa. Asal nampak nasi macam nampak hantu! Geram sungguh dibuatnya. Kalau makan di restoran, biasanya Nina akan order menu western untuk Eicha. Favorite dia  pasta!

Yeehaaa…!!
Baru-baru ni Nina dapat surprise box dari Kimball. Ada pelbagai jenis sos kegemaran Nina ada! Semestinya Kimball pilihan Nina seisi keluarga terutama Sos Cili dan Sos Tomato nya yang lazat, cukup membuka selera sebagai pencecah makanan. Sedap ooii…
Masa buka box, anak-anak pun sama excited dan  Eicha laju jer capai spaghetti.

“ Mama, pasta ni Eicha punya! Nanti mama masak yaaa”

Amboi . . . Sukahati dia terus kata dia punya. HAhaa . . .
Lantas dalam fikiran ni dok terbayang-bayang pelbagai menu kegemaran anak-anak. Memacam menu nak masak untuk mereka. Tapi nak masak apa ya? Nina nak masak something special .  .

Sememangnya dengan Kimball  amat memudahkan urusan keje masak memasak didapur. Selain Sos Cili dan Sos Tomato yang lazat, rangkaian produk Kimball juga ada pasta kering, mayonis, kacang kuda, kadang parang dan paling Nina suka Sos Pasta Asli Tradisional nya  yang memenuhi citarasa Nina sekeluarga.

Cer teka Nina nak masak apa? Jeng jeng jengggg . . .

Resipi PASTA POPIA KIMBALL Kompem Gaya Malaysia

Okies, akhirnya ini laaa bahan yang Nina guna untuk masakan di rumah sehebat di restoran. Idok ler hebat sangat, tapi yang penting anak-anak suka tu dah kira hebat laaa kannn? Budak-budak kann jujur!

Sebab Eicha pitty eater, maka untuk portion karbohidrat nya Nina gantikan dengan pasta spaghetti dari Kimball. Dan gabungan Sos Cili, Sos Tiram dan Sos BBQ buat isi ayam perapan Nina lebih uumphhh!

Jomm tengok resipi nya!

Resipi PASTA POPIA KIMBALL Mudah Sedap

Bahan-bahan
1 biji bawang Holland
5 ulas bawang putih
Isi ayam tanpa tulang secukupnya
Cendawan
Carrots
Daun Ketumbar
Sos Tiram Kimball
Sos Cili Kimball
Sos BBQ Kimball
Pasta Spaghetti Kimball
Kulit popia secukupnya
Sedikit butter untuk menumis
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Air tepung gandum sikit untuk melekatkan popia

Cara masak inti Pasta Popia Kimball

1.-  Gaul rata isi ayam bersama Sos Cili, Sos Tiram dan Sos BBQ Kimball. Perapkan seketika dalam 15 minit.
2.-  Masak air hingga mendidih dalam periuk. Masukkan sedikit garam. Rebus Pasta Spaghetti Kimball hingga masak. Anggaran masa 8-13 minit. Kemudian toskan. Renjiskan dengan minyak zaiton dan gaul rata agar pasta tidak melekat antara satu sama lain.
3.-  Panaskan butter dan tumis bawang holland dan bawang putih hingga naik aroma wangi dan keperangan.
4.-  Kemudian masukkan isi ayam yang dah diperap tadi, goreng hingga isi ayam masak keseluruhannya. Selepas itu masukkan cendawan dan disusuli carrots. Gaul rata kesemuanya hingga masak.
5.-  Taburkan daun ketumbar dan kacau rata. Tutup api dan ketepikan seketika.

Cara lipat dan masak Pasta Popia Kimball

1.-  Bentangkan kulit popia. Letakkan pasta terlebih dahulu dan disusuli dengan inti isi ayam yang dah dimasak tadi. Kemudian lipat popia dan hujungnya digam dengan air bancuhan tepung gandum. Ulang sehingga inti dan kulit popia habis dan ketepikan seketika.
2.-  Panaskan minyak untuk menggoreng. Popia di goreng ala deep fried hingga keemasan. Toskan.

Cara masak Sos Special Pasta Popia

1.-  Tumis sebiji bawang holland hingga terbit aroma wangi dan keperangan.
2.-  Masukkan Sos Tradisional Pasta Asli secukupnya. Boleh tambah sikit air jika mahu.
3.-  Masukkan Sos Cili Kimball untuk memberi sedikit rasa pedas. Seimbangkan rasa mengikut citarasa memasing. Masak hingga mendidih. Tutup api
4.-  Sedia dihidangkan bersama Pasta Popia Kimball.

Resipi PASTA POPIA KIMBALL Kompem Gaya Malaysia

Amacam? Ok tak . . ?
Memang mengasyikkan makan Pasta Popia Kimball ni cecah bersama Sos Pasta Tradisional Kimball.
Mudah senang disediakan!

Menu kudapan gini memang laju anak-anak Nina makan. Mereka kata “seperti masakan di restoran” . Amboi . . . Berbunga-bunga hati hati ini..! Nina lagi laaa seronok sebab dengan adanya Kimball tugasan memasak jadi lebih mudah disediakan. Senang keje omak…

Kata Nina :  
Nina sukakan Spaghetti Kimbal yang kenyal lembut. Eicha suka makan gitu jer..
Pengalaman menarik Nina bersama spaghetti Kimball – Nina pernah terlebih masa rebus pasta. Memula cuak juga. Risau kalau pasta terlebih kembang, nanti lembik.

Tapi dengan pasta Kimball ianya kekal bentuk, masih kenyal walau terlebih masa merebus. Ohsem!

Sos Cili – sejak Nina kecik lagi Mak Nina dah gunakan Sos Cili Kimball sebab ianya tanpa pengawet tambahan sememang pilihan Nina dari dulu hingga kini dan ianya menepati citarasa selera Nina sekeluarga. Stok wajib ada kat rumah ni..

Sos Tiram – dengan jus tiram semulajadi, lebih pekat dan pakai sikit dah cukup menyedapkan masakan.  Kalau masak sayur ke, mee bihun nasi goreng wajib letak Sos Tiram Kimball.

Sos BBQ Kimball – dengan sensasi smoky klasik memang sesuai untuk perapan, masakan dan cicahan. Memang melazatkan lagi masakan.  

Sos Pasta Tradisional Kimball sedap! Rasa kombiasi yang cukup sempurna. Kadang tuu, hanya panaskan dan terus curah atas pasta. Sedia dinikmati. Mudah dan sedap.

Kimball diyakini Halal pilihan Nina sekeluarga

Opkos diyakini! Kimball kan jenama buatan Malaysia yang disahkan halal.
Dari zaman Mak-Mak dolu dah ada jenama Kimball ni. Dan sekarang masih utuh, rasa kelazatannya   kekal sama! Citarasa turun temurun seisi keluarga Nina dan tentunya memenuhi selera rakyat Malaysia.   Dan kita sedia maklum, Kimball diperbuat dari bahan yang berkualiti tinggi bertaraf antarabangsa.

Okies, resipi Nina tu biasa-biasa jer.. Ada banyak lagi resipi yang sedap-sedap #GayaMalaysia ada disediakan special dari Kimball. Korang boleh laaa intai-intai di
Website : https://kimball.com.my/recipe.html
more info tentang Kimball di https://kimball.com.my/
Facebook : Kimball Malaysia Facebook Page

For sure setelah korang cuba resipi-resipi hebat dari Kimball , korang pun mampu memasak di rumah dengan Kimball rasa sama seperti masakan di restoran! Dengan Kimball, Kompem Gaya Malaysia.
Apa tunggu lagi, jommm masak bersama Kimball.

Resipi PASTA POPIA KIMBALL Kompem Gaya Malaysia

Related posts:

Salam Aidilfitri 2012

Mustajab DOA sebelum Berbuka Puasa dan Sahur

Nasi Impit dan Kuah Kacang

RESEPI CUPCAKE PANDAN SEDAP MUDAH MOIST

Lifestyle Resepi Review Citarasa MalaysiaHalalKompem Gaya MalaysiaMasakan di rumah sehebat di restoranmenu anak-anakmenu cepatmenu kegemaran anak-anakmenu kendurimenu minum petangMenu Open HouseMenu sarapanpastaPopiaPopia Pasta KIMBALLresipi mudahresipi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (30)

  1. Wz says:
    December 23, 2020 at 10:07 am

    sedapppppppppppppp, selalu guna sos kimbal nak2 ayam goreng

    Reply
  2. Eiza GreenAppleKu says:
    December 23, 2020 at 10:08 am

    Kimball antara produk kegemaran eiza. Sedap dan ada pelbagai variasi produk Kimball ni. Sos spagetti pun best.

    Reply
  3. Mama Kembar Tiga says:
    December 23, 2020 at 10:22 am

    Uish menarik resepi ni, nampak sedap! I mmg sentiasa ada stok sos tomato Kimball kat rumah ni sebab anak-anak I suka sangat.

    Reply
  4. IQ says:
    December 23, 2020 at 11:11 am

    ermmmm..nampak sedap la kak nina masak…teringin nak cuba!

    Reply
  5. Shamiera Osment says:
    December 23, 2020 at 11:40 am

    Sedap juga resipi kak nina tu. Nanti boleh la try juga. Lama x buat popiah.

    Reply
  6. Khai Artzfar says:
    December 23, 2020 at 2:33 pm

    wow! uniknya popia pasta. first time dengar. selalu nampak orang letak bihun je. nanti nak cubalah. thank you sebab share!

    Reply
  7. nikkhazami says:
    December 23, 2020 at 3:59 pm

    sos kimball ni mmg sedap kalau buat masakan. lain dari yang lain! lauk tu jadi super best

    Reply
  8. farhana jafri says:
    December 23, 2020 at 5:57 pm

    Pernah makan yang orang buat, memang sedap. Kalau guna bahan dari kimball confirm lagi sedap makan panas2 hehe

    Reply
  9. Kak Su says:
    December 23, 2020 at 5:59 pm

    Akak pun suka produk produk Kimball, tapi tak pernah guna untuk bahan masakan. Biasa guna sos cecah cili ngan tomato aja, tak tau pulak boleh diolahkan jadi bahan masakan ya, pandai Nina

    Reply
  10. Ayu Rafikah says:
    December 23, 2020 at 7:13 pm

    Wah ygk.menu ni mmg nampak sedao. Nanti bolehlah cuba sendiri guna produk kimball

    Reply
  11. Tiara Sapphire says:
    December 23, 2020 at 8:52 pm

    wah kreatif juga letak pasta kat dalam tu. kena cuba ni..mesti sedap 🙂

    Reply
  12. mrspip says:
    December 23, 2020 at 9:48 pm

    resepi menarik ni, kreatif…
    kat rumah saya, tiada yang nak melayan spageti,
    lepas ni nak try resepi macam ni pula, kot2 ada geng melayan spageti pula lepas ni.

    Reply
  13. Jenny Tey says:
    December 23, 2020 at 10:15 pm

    Finally ada recipe! Will try this like soon! Nampak easy je!

    Reply
  14. Velez says:
    December 23, 2020 at 10:30 pm

    Information article, it was very helpful! I simply began in this and I’m attractive more familiar with it better! Thanks, keep doing amazing..

    Reply
  15. Yaya Azura says:
    December 24, 2020 at 12:03 am

    Menarik ni kalau buat bekal untuk anak bila buka sekolah nanti. Kenyang lama sikit sebab ada pasta kat dalam.

    Reply
  16. huda halid says:
    December 24, 2020 at 12:30 am

    haish terbaca resepi ni malam pulak. dah lapar terus perut. menarik resipi ni. boleh cuba nanti

    Reply
  17. Grace Ng says:
    December 24, 2020 at 12:30 am

    this recipe is super creative and delicious. cant wait to try it out myself soon. love the sauces too!

    Reply
  18. Ummi Nadrah says:
    December 24, 2020 at 5:02 am

    Saya pernah buat popiah tapi isi dia masak guna sos tiram je, dengan minyak bijan sikit. Nanti nak cuba resepi ni pulak.

    Reply
  19. Rawlins GLAM says:
    December 24, 2020 at 8:40 am

    Rawlins pun pernah try buat untuk anak-anak saudara. Bukan main laju depa habiskan. Maknanya sedap la kan? Budak-budak kan jujur. Hahaha.

    Reply
  20. Sis Lin says:
    December 24, 2020 at 8:42 am

    Sejujurnya Sis memang penguna Sos Kimball, lagi-lagi tomato, sebab Sis tak makan Sos Cili hehehe.. sedap jenis Kimball ni, rasa tomato dia piorr.. nak try laa resepi ko ni Nina..

    Reply
  21. Sunshine Kelly says:
    December 24, 2020 at 11:32 am

    Wah best nyer recipe ni, tal pernah try pasta popiah macam ni, nanti nak cuba buat kat rumah.

    Reply
  22. Marina says:
    December 24, 2020 at 3:40 pm

    Menariknya kak nina menu ni. Boleh cuba nanti guna kimball. Telan air liur tengok

    Reply
  23. Kitkat Nelfei says:
    December 24, 2020 at 3:49 pm

    Banyaknya produk Kimball sis ni.. This is my favorite brand for sos chili o… yang lain tak try lagi.. lepas ni boleh go for Kimball dulu la..

    Reply
  24. Aimi says:
    December 24, 2020 at 9:29 pm

    Resepi ni mcm bes jer.. Dah lam jugak sy x makan spaghetti.. Nnti boleh la try resepi ni

    Reply
  25. mas saari says:
    December 25, 2020 at 1:36 pm

    Wahhh menarik, boleh cuba resepi ni!

    Reply
  26. Nadia johari says:
    December 28, 2020 at 3:11 am

    Sedap sangat tengok tu.. Selalu org buat carbonara popia.. Ni pasta.. Boleh cuba

    Reply
  27. Aisya Ismail says:
    December 28, 2020 at 1:42 pm

    Kimball kena ada kat dapur tu. Masak merah pun onzz!

    Reply
  28. Jueliza says:
    December 29, 2020 at 7:59 pm

    akakkk rajinnya buat.. mesti sedap niii.. aduhh terliur tgk.. tambah guna produk kimball lagi lah kan..

    Reply
  29. Startup Lawsuits says:
    March 27, 2021 at 5:24 am

    Thank you for sharing such a great bog it is very helpful. Be safe

    Reply
  30. david lean says:
    May 23, 2022 at 6:31 pm

    its amazing pasta recipe i hope Malaysian follow your pasta recipe in Malaysian restaurant.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes