Dah lama anak-anak dok merengek nak Bubur Biji Nangka. Bukan susah pun buat nya cuma bila di kenangkan nak kena gentel satu persatu biji tu buat rasa malas sangat! HAhaa.. Sejujurnya, Nina bukan rajin mana punnn.. Resipi BUBUR BIJI NANGKA
Akhirnya, Ku turutkan…
Bagi resipi pada Kakak Eillya, minta dia bancuhkan dan uli. Nina intai-intai jer dari balik tirai kamar . Hahaa..
Selesai jadi doh, ajak team tentera ku gentel sesama biji ni.
Hambik… Banyak tangan maka banyak laaa rupa bentuk yang hado!
Lonjong ada, silinder ada, bulat bolat ada, leper ada. Haaa lantak!
Buat makan sendiri asal jadi sudah.
Anak-anak pun enjoy!
Dak Eicha Eilhan ingat adunan ni doh ni playdoh. Awat satu warna jer? Hahaa..
Dah siap masak puashati anak-anak makan dengan penuh kegembiraan kepuasan sebab depa yang buat sendiri.
Yesszaa… #ParentingIsFun
Main masak-masak, main kemas-kemas, main cikgu-cikgu.
Dan Opkos walaupun sambil main, watak Mak tetap jadi Mak. Scene kena marah tetap hado! HAhaa
Resipi BUBUR BIJI Nangka Lembut Mudah Sedap
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung beras
3/4 cawan air suam dicampur sedikit pewarna hijau
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh air kapur cair
1 helai daun pandan
Untuk kuah:
2-3 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 cawan pati santan
Secubit garam
Cara masak BUBUR BIJI NANGKA Lembut Sedap
1. Masukkan tepung pulut, tepung beras, garam dan air kapur ke dalam mangkuk. Campurkan air beserta pewarna hijau sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.
2. Ambil sedikit tepung, dan bentukkan menjadi bulat bujur. Tapi anak-anak Nina ni ikut suka depa nak bentuk apa. Lantak laa… Kita yang makan. Susun di atas pinggan/ talam yang ditabur sedikit tepung. Buat hingga habis.
3. Didihkan 2-3 cawan air bersama daun pandan. Masukkan kuih yang siap tadi dan masak hingga timbul seperti memasak buah melaka. Dah timbul angkat , toskan dan rendam dalam bekas berisi air biasa. Ini untuk mengelakkan semua biji nangka tu menlekat antara satu sama lain.
4. Kemudian, masak air hingga mendidih. Masukkan santan, kacau rata. Masukkan gula, Biji nangka. Masak hingga kuah mendidih. Perlahankan api. Masukkan sedikit garam dan kacau hingga pengat mendidih sekali lagi. Matikan api dan sejukkan sebelum dihidang. Nyummy!
Amacam ? Mudah jer kannn?
Kebanyakkan menu bubur memang mudah. Sedap pun sedap. Lemak berkrim gitu. Sesuai dimakan samada semasa panas mahupun sejuk.
Tu laaa Malaysia, syurga makanan! Korang suka Bubur apa?