Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama BIDADARI SALJU
December 16, 2020January 8, 2021

Sinopsis Drama BIDADARI SALJU TV3

Tamat dah drama trending Amanda Amani dan Fahad! Drama CINTA SEKALI LAGI . Best ke ending? Biasalah tipikal drama melayu tentu aje happy ending. HAhaa.. Walau hakikat ramai yang tak setuju Amanda balik pada Fahad. Tapi nak buat lagu mana, dah nama pun drama kann… Why so stress? Chill laaa Sinopsis Drama BIDADARI SALJU

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Muffin Coklat..... Mmmm.... nyum nyumm
3 Telur Dadar Berinti
4 Sinopsis Drama CINTA SEKALI LAGI gabungan mantap Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha
5 Menu ringkas dan cepat untuk juadah Berbuka Puasa dan Sahur : Daging Masak Kicap Lemak Manis

Slot Akasia diteruskan dengan Drama BIDADARI SALJU. Diterajui oleh barisan pelakon muda cantik kacak belaka – Sweet Qismina, Adam Lee, Zaki Azeman. Terdetik dalam hati ni, eermm… best ke drama ni? Boleh trending ke ehh?

Setelah 2 episod berlalu dan selepas Nina tonton rupanya Drama BIDADARI SALJU menarik. Not bad! Serius tak sangka lakonan dak dak baru nak up ni mantap. Boleh layan drama ni. .. .

Drama Bidadari Salju sebuah Drama Adaptasi karya pertama novelis Mia Kiff di bawah penerbitan SR Publication bakal menemui para peminat mulai 15 Disember 20, menerusi slot Akasia, TV3 Malaysia.

  • Sinopsis Drama BIDADARI SALJU

Novel ni juga merupakan novel pertama yang tebal yang di terbit oleh syarikat penerbitan akak Siti Rosmizah.. 1260 mukasurat! Jenuh nak habiskan baca novel ni.. Jalan cerita dia agak menarik jugalah terutama sekali masa permulaan tu, cuma kat tengah-tengah slow sikit, bila penghujung pulak best!

Sinopsis Drama BIDADARI SALJU

Mengisahkan Kayra lakonan Sweet Qismina yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, muka penuh berjerawat, penampilannya yang selekeh dan miskin. Perjalanan hidup Kayra penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Dia rasa rendah diri dan kurang bergaul dengan rakan sekolahnya.

Adanya Dania lakonan Chacha Maembong, kawan baik yang sentiasa ada disisi Kayra cukup memberikan semangat untuk Kayra menghadapi cemuhan hinaan di sekolah. Kayra terharu kerana Dania tak pernah rasa jijik berkawan dengannya.

  • Sinopsis Drama BIDADARI SALJU

Hariz lakonan Adam Lee, pelajar seniornya selalu mencari pasal dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat.

Lapan tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan.

Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri. Kayra hanya mampu menangis. Kayra trauma, jijik, benci dengan gelaran untuknya semasa remaja dulu. Tak mampu di ingat kembali bila mereka membulinya denga gelaran bohsia, pelacur, perempuan balen. Kayra popular di sekolah angkara dengan gelaran jijik itu!

  • Sinopsis Drama BIDADARI SALJU

Kerana kisah sadis yang menghantui nya, Kayra berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman andai berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri.

Lapan tahun berlalu, Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan tiada yang tahu.

Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga.

Nantikan drama adaptasi novel ‘Bidadari Salju’ karya Mia Kiff di slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Adam Lee dan Sweet Qismina. Drama bersiri 28 episod arahan Riza Baharudin. Bidadari Salju ditayangkan bermula 15 Disember 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.

  • Sinopsis Drama BIDADARI SALJU

JUDUL : BIDADARI SALJU
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 15 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jummaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra
PENGARAH : Muhamad Riza Baharudin
PRODUKSI : Primeworks Studis & A.Aida Production
PELAKON : Sweet Qismina, Adam Lee, Nazrief Nazri, Zaki Azeman, Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Fimie Don, Chacha Maembong, Jaja Iliyes, Zulkifli Ismail, Rosnah Johari, Lisdawati, Lan Zailan, Silfeny Osman, Aqil Taqeeuddin, Siti Khadijah , Nizam Kama, Ainaa Azhari, Puteri A’teeqah, Damia Qaissarah

Sweet Qismina sebagai Kayra
Adam Lee sebagai Hariz
Nazrief Nazri sebagai Wan Hakimi
Zaki Azeman sebagai Aiman
Syazuwan Hassan sebagai Raqib
Jasmine Suraya sebagai Jeanny
Fimie Don sebagai Naufal
Chacha Maembong sebagai Dania
Jaja Iliyes sebagai Anita 
Aqil Taqeeuddin sebagai Hafizan
Siti Khadijah sebagai Marissa
Nizam Kama sebagai Asyraf
Puteri A’teeqah sebagai Athira 
Damia Qaissarah sebagai Yaya

LAGU TEMA / OST
Mimpi – Haqiem Rusli
Pewangi – Zali Rusli
Suratan Luka – Muna Shahirah

Mampukah Kayra menerima jodohnya bersama Hariz?
Bagaimana pula dengan Aiman yang menaruh hati pada Kayra sejak sekolah?
Siapakah Jeanny? Apa muslihat Jeanny? Bagaimana Hariz boleh ditangkap khalwat bersama Jeanny? Angkara siapa?

Korang terlepas episod? Dont worry! Korang masih boleh Tonton Online Drama BIDADARI SALJU di Apps iQIYI atau di WeTV Malaysia .

Related posts:

Muffin Coklat..... Mmmm.... nyum nyumm

Telur Dadar Berinti

Sinopsis Drama CINTA SEKALI LAGI gabungan mantap Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha

Menu ringkas dan cepat untuk juadah Berbuka Puasa dan Sahur : Daging Masak Kicap Lemak Manis

Drama Movie Lifestyle Review Adam LeeDrama Adaptasi NovelDrama sangatiQIYIJasmine SurayaMia KiffNazrief NazriSinopsis DramaSinopsis Drama BIDADARI SALJUSweet QisminaTonton Drama Onlinetonton OnlineWeTV MalaysiaZaki Azeman

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Pingback: Sinopsis Drama RAHIMAH TANPA RAHIM mengupaskan isu MRKH lakonan Puteri Aishah dan Azlee Khairi - Nina Mirza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes