Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 19, 2022

Staycation HOTEL KUALA LUMPUR dan tempat makan sedap murah KL

STAYCATION Hotel Kuala Lumpur dan Makan Sedap Murah KL

Walaupun Nina sekeluarga orang KL, tapi tak dinafikan kekadang kita orang staycation kat KLjugak. Senang! Sapakata nak bercuti kena pi jauh-jauh. Sebenarnya dekat-dekat pun masih boleh feel nikmat bercuti kannn?

Syarat wajib cuti staycation  kena lah dok hotel. Baru lah feel holiday. HEhee
Staycation penting tau untuk merapatkan ikatan kekeluargaan. Saat bercuti kita akan keluar dari rutin kebiasaan dan meluangkan masa bersama keluarga dengan lebih dekat lagi.

Adalah Nina usha-usha  hotel mana yang jadi pilihan Nina sekeluarga. Tapi kannn korang jangan save tau! Baca je ehh  Bukan apa risau lak nanti waktu Nina nak buat tempahan penuh lak. HEhee

Staycation Hotel di Kuala Lumpur

SUNWAY PUTRA HOTEL KL

Nina suka Sunway Putra Hotel KL. Lokasi statergik di tengah bandar ibukota. Sambung ngan Sunway Putra Mall so senang nak window shooping ke, belio keperluan ke dan senang ada banyak pilihan pelbagai restoran dan Cafe dalam Sunway Putra Mall ni.

Bilik pun lawa! Siap ada swimming pool outdoor. Sure anak-anak Nina suka staycation kat sini. Korang dah pernah stay kat sini? Share laaa pengalaman korang.

KOPTOWN EDC Hotel KL

Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur

Tadi Nina share hotel 4 star, yang ni pun dalam short list Nina untuk ulang staycation kat sini. Koptown EDC Hotel KL pun terletak kat tengah bandar ibukota, Jalan Raja Laut KL. Hotel ni dah totally renovation so semua baru.  Bilik bersih, selesa, susun atur minimalis, simple. Jangan tak tahu, Koptown  EDC Hotel Kuala Lumpur ni Hotel patuh syariah!

Surrounding pun best sini. Dekat area Chow Kit. Depan hotel ada banyak kedai mainan! Murah-murah tau.. Kot korang tercari-cari nak belikan hadiah untuk anak-anak, kat area sini memang pilihan terbaik. Ada skuter, segala kenderaan remote control. Geng pernah beli helikopter remote control kat sini. Harga nya murah dari Mall.

Apa yang menarik kat Koptown EDC Hotel KL ni, Nina suka makan kat Sudirman Cafe
Serius sedap! Korang kena cuba makan kat Sudirman Cafe. Makan makan makan makannnnn pastu check in naik bilik tido, rehat, tonton TV, main game ngan anak-anak. Simple tapi pastinya anak-anak enjoy kita dapat spend time together gether. Cuba lah stay sini, luar can biasa-biasa je tapi bila dah masuk dalam hotel ni akan rasa wow! Penuh nostalgia bertemakan sejarah Chow Kit. Bagus untuk anak-anak mengetahui sejarah Malaysia

ZETTER SUITE ARTE MONT KIARA KL

Okey, Nina antara hotel yang trending kat KL. Paling cantik dan berada di carian teratas sebab berkonsep dekorasi nya cukup mewah! Dari saat melangkah masuk kat lobi, tengok atas cantik, tengok kiri kanan cantik, restoran, laluan ke lift, bilik, swimming pool semua kurlasss. Sesuai sangat untuk instagrammer yang suka OOTD.

Sekali sekala nak posing posing sana sini memang sesuai laaa sini. Nanti korang pandai laa google tengok sendiri setiap ruang didekorasi nya yang mewah

Dah jalan-jalan staycation tentu nak jalan jalan cari makan kannn?
KL memang banyakkkkkk sangat restoran, cafe yang pelbagai pilihan. Nak cari yang ala hipster ada, ala warong ada, ada tomyam, chinesse food, indian food, meditarian food semua hado!

Tapi Nina bila staycation prefer yang murah tapi sedap. Kat mana?

Kat mana makan sedap murah KL

Sarapan – Nasi Lemak RM1 Shahrizan
Food truck ni terletak di depan Pasar Pagi Seri Gombak. Walaupun harga RM1 sebungkus, memang puashati sebab sambal dia sedap, siap ada ikan bilis dan telur dadar lagi. Sila order lebih tau! Anak Nina pun sorang makan 2-3 bungkus. Recommended

Laksa Alia Corner
Okies, ikut selera tekak Nina yang cerewet ni kat sini punya laksa memang paling sedap. Kuah nya pekat, banyak ikan, kombinasi masam pedas semua cukup! Selain menu Laksa, kat sini pun ada Mee Rebus, Pasembor, Soto Sup.

AL Azmi Garden
makan sini best! Banyak pilihan dari goreng-goreng hingga lah ke western. Satay pun ada. Puashati makan sini, tempat pun selesa.

Awesome Kacang Pool
Terletak di depan IPD Balai Polis Sentul. Malam je bukak stall ni . Serius korang kena cuba! Tak payah pi jauh ke Johor nak makan kacang Pool sedap. Kat KL pun ada. Roti dia pun sedap korang patut cuba.

Ada kesempatan nanti Nina nak ulang staycation area KL lagi . Dekat-dekat je pun boleh pi cuti kannn?
So boleh laa korang nak usha-usha pilihan dan harga hotel di Kuala Lumpur yang ikut bajet korang. Takyah mahal-mahal, jauh-jauh pun, dekat murah still boleh enjoy. Yang penting saat bersama family!

Related posts:

Apa tu AIR NABEEZ? Banyak khasiat amalkan segelas ketika sahur
Sinopsis Drama ADAM CHEMPAKA TV3
Resepi Kek Pisang Comel Gebu Paling Mudah Tapi Sedap
SAFI BALQIS OxyWhite | Lebih Cerah Berseri Sempurna
Lifestyle Tips Travel Booking OnlineCuti SekolahHarga PromosiHotel Kuala LumpurPercutian last minutestaycationTempat Cuti Budget Besttempat makan bestTempat makan murahtempat makan sedaptips travelTravel Bajet

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (10)

  1. ummi nani says:
    January 19, 2022 at 3:59 pm

    bagus juga i suka dengan sunway outra, shopping complex pun dekat je kat situ senang nak beli belah .

    Reply
  2. Jordan says:
    January 19, 2022 at 6:52 pm

    Great post. Articles that have meaningful and insightful

    Reply
  3. Jordan says:
    January 19, 2022 at 6:52 pm

    Іt’s really a cool and helpful piece of information.

    Reply
  4. Mego john says:
    January 20, 2022 at 2:10 am

    Wow, the post was really nice and amazing. Thanks a lot for sharing that!

    Reply
  5. Dorsett Pink says:
    January 20, 2022 at 9:01 am

    WOW! Memang awesome semua nya. semua sedap dan cantik kak nina

    Reply
  6. Jennifer D Kelley says:
    January 24, 2022 at 6:59 pm

    Very nice blog and articles. I am realy very happy to visit your blog. Now I am found what I actually want. I check your blog every day and try to learn something from your blog. Thank you and waiting for your new post.

    Reply
  7. Ruth D Vice says:
    March 15, 2022 at 3:50 pm

    Very nice blog and articles. I am really very happy to visit your blog. Now I am found what I actually want. I check your blog every day and try to learn something from your blog. Thank you and waiting for your new post.

    Reply
  8. Samuel Hicks says:
    August 4, 2022 at 7:29 pm

    it was really amazing post and this post is very helpful for me this is a really great post thnx for sharing this great post

    Reply
  9. Mitchell Clarey says:
    October 26, 2022 at 6:07 pm

    Awesome Articles! Amazing Post and great content, This is a really amazing idea and helpful article, Thank you for sharing it

    Reply
  10. Emma Sivewright says:
    December 19, 2022 at 12:22 pm

    If you’re looking for a place to stay while in Kuala Lumpur, staycation at a hotel recommended by Ninamirza is a great option! With great deals on food and lodging

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes