As’salam dan Salam Sejahtera … Selamat hari Jumaat …. !!! Pasti ada yang masih berpuasa Rejab hari nie kan?? Selamat Berpuasa Nina ucapkan dan moga dapat menunaikannya dengan sempurna. Bihun Sup simple
Ok laaaa …. Jom tengok Bihun Sup style Nina…
Bihun Sup ajer laaa yea ….
bahan-bahan
1 paket bihun – direndam, direbus dan ditoskan
6 ulas bawang putih – Nina ketuk ajer
1 biji bawang besar – hiris nipis
15 ekor udang sederhana besar
Beberapa ekor Sotong – dipotong bulat-bulat
1 Fish Cake – dihiris nipis
Beberapa ketul Chicken Ball – potong belah 4
Beberapa batang sayur sawi
Air secukupnya
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar serbuk pati ayam Knorr
1 sudu besar Serbuk Black Pepper
1 sudu besar Serbuk Lada Sulah
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Daun Sup
Daun Bawang
Cili Merah & Cili Hijau – untuk hiasan
Bawang Goreng
Cara-caranya
- Panaskan minyak dalam periuk, goreng udang separuh masak dan toskan
- Minyak yang sama goreng fish ball dan chicken ball dan toskan
- Kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga keperang-perangan
- Masukkan sos tiram dan kacau rata
- Masukkan air dan masak hingga mendidih
- Setelah air mendidih, masukkan serbuk black pepper, serbuk lada sulah dan serbuk pati ayam Knorr – kacau rata
- Masukkan udang, fish cake dan chicken ball yang telah digoreng tadi bersama sayur sawi dan sotong serta daun sup
- Tunggu seketika dan tutup api
- Tuangkan kuah diatas bihun yang telah direbus tadi.
- Hiaskan dengan daun bawang, bawang goreng beserta cili merah dan hijau.
Senangkan …… Bihun Sup simple
Buat my Hubby fren Zul,
Lain kali bilang awal-awal nak datang rumah, tak berkesempatan Nina nak sediakan sebaik mungkin sekadar Bihun Sup ajer laaa yea …. Jadi laaa ehh … Tapi nampaknya, menghirup kuah Bihun Sup nie sehingga ketitisan terakhir gitu~~ hehehe . . . .
Moga-moga bekalan untuk your wife Nur cukup ….. (itu ajer yang tinggal) Jangan serik singgah rumah Nina di lain waktu yea … Bihun Sup simple