As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Apa khabar mummy semua? Oppss…!! Apa khabar kengkawan semua? hurmm… Mungkin juga para bapa pun ada baca coretan Nina.. Mana lah tahu kann…. Ker tak de sapa sudi baca blog Nina.. huhuuuu . . . . nak majuk laaa.. Ok poyo! Penting catat carta pergerakkan tendangan baby
Ada antara kengkawan Nina sedia maklum, sekarang ni Nina sedang mengandung kali ke-6 untuk anak ke-5. Ehh… nape ke-6 dan ke-5?? Ok … Nina pernah gugur sekali masa mengandungkan anak ke-2. Hurmm… Pengalaman ngeri! Lain kali ada masa Nina citer ehh…
Hari ni Nina nak kongsikan serba sedikit apa yang Nina tahu perihal pentingnya catat tendangan baby. Ada yang terfikir-fikir samada ianya perlu ke atau sekadar nak kira pergerakkan setiap hari. Apa perlunya? Kalau catat tipu ok ker? Hehee . . .
Bila kita boleh mula merasai pergerakkan baby?
Biasanya sekitar minggu ke-20 kita dah boleh merasa tendangan kecil dalam perut kita. Buat yang pertama kali mengandung, mungkin lambat sikit tapi buat yang macam Nina dah beranak beberapa kali mungkin lebih awal dah boleh rasa tendangan baby.
Bergantung juga pada ketebalan lelemak yang terkumpul kat perut korang. Hehe …. Serius tak tipu! Tapi … pabila saat merasai tendangan pertama nescaya korang sangat teruja tak terkata. “Yeayy…!! ada sesuatu bergerak dalam perut. Itu lah baby saya!”
Bila mula catat carta pergerakkan baby kat buku pink?
Biasanya bila korang dah ada buku check up mengandung aka buku pink, sekitar bulan ke-7 atau minggu ke-28, nurse akan suruh korang mulakan catat kiraan tendangan baby kat carta yang disediakan kat buku pink. Macam gambar atas carta yang perlu di isi tempat kosong. Kiranya ini keje sekolah setiap hari gitu. hehee . . .
Apa yang nak di catat kan?
Selama 12 jam sehari – contoh mula 9 pagi – 9 malam perlu ada 10 tendangan. Dah cukup 10 tendangan, korang catat masa kat hujung kotak. Contoh jam 5 petang. **Rujuk gambar atas sekali. Carta buku pink Nina**
Bagaimana cara untuk merasai tendangan baby?
Ini bergantung pada diri masing-masing. Semua orang tak sama. Adakala baby terangsang dan memberi tindakbalas tendangan bila adanya bunyi yang kuat.
Ada juga baby respons tendang ketika korang sedang makan, tengok TV *slot drama kegemaran*, mengemas, memandu dan kadang tuu di kala baru nak melelapkan mata. Hah..! masa ni laaa baby bergerak laju… seolah-olah baby tak bagi korang tido. Baby suruh korang nikmati tarian zumba mereka. Heheh . . .
Macammana kalau baby tak bergerak?
Ok, kalau korang dapat rasakan hari ni baby kurang bergerak dan berzumba kat dalam perut, korang cuba berbaring mengiring ke kiri. Dengan mengiring ke kiri juga memberi peredaran darah dan oksigen yang lebih baik. Ini juga akan merangsang baby untuk bergerak aktif dan bangun dari tido.
Selain dari tu, kalau korang dah biasa rasa baby bergerak masa bunyi kuat, korang buka lah TV kuat-kuat, atau tetiba saja cakap kuat-kuat kat En. Suami “sayangggg awak!” pastu nanti dia lak cakap “buang tebiat apa sayang hari ni?” hahaha . . . . Ok, gurau jer.. jangan buat!
Atau kat pejabat, selalu nya time bos marah kita, baby pun sama bergerak laju ala larian marathon, korang cari pasal buat bos marah kat korang. Nescaya baby akan memberi respon tendangan penalti gitu! Ok idea merepek! Hehehe . . . .
Cara lain, korang lakukan aktiviti senaman ringan. Bukan skipping ehh… sekadar jogging, berjalan laju-laju atau menyapu rumah ker, mop rumah ker… lagi bagus! Rumah pun bersih.. kannn…?? Ini betul-betul serius.
Dan lagi … kalau korang tengah duduk, tukar posisi ke berdiri dan berjalan-jalan sekitar. Atau makan apa-apa seperti biskut, minum jus, makan kurma. Kemudian baring mengiring sebelah kiri semula dan mulakan catat pergerakkan baby.
Apa perlu buat jika baby tak cukup pergerakkan dalam tempoh 12 jam sehari?
Kalau biasanya jam 5 petang baby dah cukup 10 tendangan, tapi tetiba lak hari ni baby kurang bergerak, korang tunggu sampai jam 9 malam. Bukan apa, kadang kala baby tido atau time kita rehat/tido masa tu laa baby bergerak kita lak yang tak perasan. Buat sesuatu bangunkan baby supaya dia bergerak. Cara atas tadi…
Andai dah sampai jam 9 malam masih tak bergerak, segera ke hospital. Tetapi …. Andai jam 5 petang adalah normal rutin baby cukup 10 tendangan setiap hari tapi kali ni korang rasakan pergerakkan baby menurun dengan drastik tidak seperti hari biasa dan lepas tuu plak hati berkata-kata, naluri tak sedap.. Dup dapp dup dapppp …. Tak salah korang pergi jer hospital untuk tindakan susulan. Naluri ibu selalu kuat! Lebih baik berjaga-jaga.
Nanti sampai hospital, doktor akan periksa kadar denyutan jantung baby dan rawatan selanjutnya. Jika tiada apa yang perlu dirisaukan, mungkin di saat baby bergerak, mungkin korang jer tak perasan. Ker korang terlebih tido ehh…?? Hehehe . . .
Sampai bila perlu catat carta tendangan baby?
Bermula minggu ke-28 hingga lah lahirnya baby. Anugerah terindah yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Dengan mencatat carta tendangan baby, kita akan dapat suai kenal masa baby bergerak, berzumba dan rehat. Kengkonon korang praktis rutin harian bila baby lahir nanti. Contohnya korang dah sedia maklum baby peka pada sesuatu bunyi, suasana dan juga suara kita. Indahnya saat tuu nanti ….
Nanti saat melahirkan akan tiba… meh baca Tips untuk bersalin dengan mudah. Moga ianya memberi sedikit pendedahan untuk korang nanti.
Jaga diri . . .
penting sebenarnya rekod pergerakkan bayi. atleast kita tahu dia aktif.
kak sangat penting, tapi tak sempat hahaha alasana…but okay , nani dah lepas stage pregnancy.. all the best to u kak..jaga kandungan baik2..
saya.. bapa yg selalu membaca entri terbaru di blog ini.. Syukur Alhamdulillah, saya dah ada 4 orang anak.. dah biasa tengok isteri catat rekod tendangan baby.. 😉