Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resepi Puding Yeogurt bersama Cincau mudah YEO'S
May 30, 2016March 6, 2023

Resepi Puding Yeo’s Yeogurt bersama Cincau | Mudah dan berkhasiat

Tik tok tik tokk Tik Tokkk… Tinggal 6 hari aje lagi kita akan memulakan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang mulia ini. Korang dah ganti puasa? Belum ehh…. Haipp…!! Babab nanti.. Cepat-cepatan ganti ya.. Resepi Puding Yeo’s Yeogurt bersama Cincau mudah berkhasiat antara resipi mudah berbuka puasa yang Nina tak sabar nak buat. Sedap!

Isi Kandungan hide
1 Resepi Puding Yeo’s Yeogurt bersama Cincau mudah berkhasiat
1.1 Resepi Puding Yeo’s Yeogurt Bersama Cincau
1.2 Kenapa Yeo’s Yeogurt menjadi pilihan Nina?
1.3 Related posts:
2 Chicken grill with black pepper sauce ... gggrrrr ~~~
3 MINYAK ZAITUN AL ARD First Harvest jenama terbaik diyakini original | Tak pandang lain dah
4 Sedap seyhh...! Makan BEST di CAMPUR CAMPUR KITCHEN DPULZE, CYBERJAYA
5 Rawatan muka di MBH MEDISPA Wangsa Maju terbaik! Bukan sekadar rawatan muka ....

Biasanya tiba bulan Ramadhan, juadah untuk berbuka puasa pasti ada dessert aka pencuci mulut. Selain kuih muih,  Nina percaya resepi puding yang mudah dan simple menjadi pilihan korang untuk dihidangkan tatkala berbuka puasa nanti kann??

Meh Nina share kat korang resepi paling ringkas, mudah, cepat dan berkhasiat untuk korang cuba nanti. Bahan-bahannya pun tak banyak dan mudah dapat. Hanya 4 bahan aje yang diperlukan.  Jom tengok resepi mudah Nina…

Resepi Puding Yeo’s Yeogurt bersama Cincau mudah berkhasiat

Resepi Puding Yeogurt bersama Cincau mudah YEO'S

Resepi Puding Yeo’s Yeogurt Bersama Cincau

Bahan-bahan
10gm Serbuk Agar-agar atau 6 sudu rata (sudu kecik KFC)
1 liter kotak Yeo’s Yeogurt Asli  (kalau korang suka rasa lain pun ok)
¼ Cawan Gula
400gm Cincau – dipotong dadu atau cincang-cincang aje

Bahan Puding Yeogurt bersama Cincau
Ahaa…. tengok ni. Mudah sangat! Hanya 4 bahan yang diperlukan. Sekotak Yeo’s Yeogurt Asli, serbuk agar-agar, gula dan cincau

Cara penyediannya
1-.  Sediakan acuan dan masukkan cincau yang dah dicincang ke dalam acuan.
2-.   Satukan serbuk agar-agar, gula dan Yeo’s Yeogurt dalam periuk. Masak hingga gula larut dan mendidih
3-.  Kemudian tuangkan dalam acuan yang dah diletakkan cincau tadi. Sejukkan dalam fridge sekitar 3-4jam atau semalaman.
4-.  Sedia dihidangkan…

Nah…. Nina belanja gambar step by step..

Resepi Iftar Juadah berbuka Puasa dessert mudah puding
Memula letak cincau yang dah dicincang dalam acuan. Pastu satukan serbuk agar-agar, gula dan Yeo’s Yeogurt dalam periuk.
Resepi Iftar Juadah berbuka Puasa dessert mudah puding Step by step 3
Masak sampai mendidih. Tutup api. Kemudian tuangkan adunan dalam acuan tadi. Sejukkan dalam fridge. Dah siap sedia dihidangkan… Mmmm…. nyaman masuk tekak! hehee . . .

Mudah kan..?? Tak susah mana pun.. Korang boleh buat malam selepas berbuka puasa atau selepas sahur. Pastu simpan dalam fridge dan sedia dihidangkan sebagai dessert tatkala berbuka puasa nanti.

Kenapa Yeo’s Yeogurt menjadi pilihan Nina?

Sudah semestinya… Jenama Yeos amat dipercayai sejak dulu lagi. Produk Yeo’s telah mendapat pensijilan HALAL daripada JAKIM. Tidak pernah ragu-ragu dengan dengan produk Yeo’s.
Selain tuu… air kotak Yeo’s Yeogurt kaya dengan sumber protein. Maklumlah… Mak buyung memerlukan khasiat lebih bulan puasa nanti.

Selain kaya dengan sumber protein, Yeo’s Yeogurt juga baik untuk sistem penghadaman dan paling penting lagi produk Yeo’s tanpa bahan pengawet. Terbaik laa…!!

Disediakan dengan pelbagai pilihan rasa yang sedap-sedap. Ada rasa Asli, Laici, Mangga, Oren, Apple Hijau dan Anggur. Korang boleh pilih mengikut citarasa pilihan hati korang. Nina sekeluarga paling suka rasa Asli.

Ceria Ria Beramal Bersama Bintang Yeos

“Ramadhan adalah bulan yang dipenuhi dengan amalan-amalan mulia seperti bertindak baik juga beramal dari segi memberi kepada yang memerlukan. Sebagai peneraju minuman dan makanan, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), berhasrat meneruskan kegiatan yang membangkitkan amalan mulia melalui Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua.”

Kempen ini menampilkan Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar & Faizdickie dalam mengumpul nilai derma menerusi pembelian produk Yeo’s. Sumbangan ini akan ditukarkan kepada tunai dan disalurkan ke ENAM buah rumah anak yatim terpilih terletak di kawasan KL & Selangor. Nina sokong actor Shukri Yahaya yang kacak dan Kaka Azraff yang comel sebab tuu beli Yeo’s Yeogurt! Korang pilih sapa?? hehehe . . . .

Dan lagi…. Sesiapa yang menyumbang berpeluang menang duit raya dengan jumlah mencecah RM 58,000! Wahh …. Menarik kan??

Segera terjah  www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828 untuk maklumat lanjut. Jangan lepaskan peluang keemasan ini…

Selamat menyambut Ramadhan…

Related posts:

Chicken grill with black pepper sauce ... gggrrrr ~~~

MINYAK ZAITUN AL ARD First Harvest jenama terbaik diyakini original | Tak pandang lain dah

Sedap seyhh...! Makan BEST di CAMPUR CAMPUR KITCHEN DPULZE, CYBERJAYA

Rawatan muka di MBH MEDISPA Wangsa Maju terbaik! Bukan sekadar rawatan muka ....

Lifestyle Resepi Review DessertInfo - Food ReviewJuadah Berbuka PuasaJuadah IftarMenu buka puasamenu buka puasa simplePencuci mulutPuding sedapresepi mudahresipi ringkasReviewYEO'SYeo's Yeogurt

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (23)

  1. umminani says:
    May 30, 2016 at 8:28 am

    sedapnya nampak
    tgk jer la
    nak masak sendiri tak tau bila… ahakkz..

    Reply
    1. Admin Comel says:
      May 31, 2016 at 9:37 am

      UmmiNani, senang jer buat puding ni…. Buat malam esok dah boleh makan 🙂

      Reply
  2. Julia Johari says:
    May 30, 2016 at 8:59 am

    Sejuk2 masuk anak tekak syok ni…mudah nak buat yeyy

    Reply
    1. Admin Comel says:
      May 31, 2016 at 9:39 am

      Julia …. aahhh… mudah sangat! Nanti try ehh..

      Reply
  3. Hanim Hashim says:
    May 30, 2016 at 9:00 am

    sedapppp! kebetulan anak hanim suka minum air yeos perisa yogurt asli ni. InsyaAllah nak try buat la untuk bulan puasa nanti 🙂

    Reply
    1. Admin Comel says:
      May 31, 2016 at 9:40 am

      Hanim, sama taste anak-anak kita. Sep! Pasni Nina nak try mangga lak..!! Sebab mak nya yang suka
      hehehe . . . .

      Reply
  4. Allene says:
    May 30, 2016 at 9:02 am

    Sejuk tekak nengoknya kak Nina…

    Reply
    1. Admin Comel says:
      May 31, 2016 at 9:41 am

      Allene, slurppp…. laju jer masuk tekak!

      Reply
  5. cik nor says:
    May 30, 2016 at 10:41 am

    yummy..sdapnya ..:)

    Reply
    1. Admin Comel says:
      May 31, 2016 at 9:41 am

      Cik Nor, nyum nyum….. Slurpppppp!! 😀

      Reply
  6. lisa says:
    May 30, 2016 at 12:23 pm

    mudahnya nak buat… gula tu kena guna gula halus ke ?

    Reply
    1. Admin Comel says:
      May 31, 2016 at 9:42 am

      Lisa, kak Nina guna gula kasar/biasa aje…. Gula halus pun buleh…
      Kalau tak suka manis, tak payah letak pun tak apa…

      Reply
  7. adda syuhada says:
    May 30, 2016 at 2:21 pm

    sedapnyer….yummy..

    Reply
    1. Admin Comel says:
      May 31, 2016 at 9:44 am

      Adda, nanti try ehh …. sejuk nyaman tatkala berbuka puasa 🙂

      Reply
  8. YB Shehan says:
    May 30, 2016 at 4:50 pm

    tertarik. dah la mudah. adoi la kak nina. tlg buat buku tau. ini arahan. ekekek

    Reply
    1. Admin Comel says:
      May 31, 2016 at 9:43 am

      Shehan, hahaha . . . .

      Reply
  9. Anuar says:
    May 31, 2016 at 12:23 pm

    Wow… Resepi ni memang sesuai sangat untuk juadah berbuka puasa…. Terima kasih…

    Reply
    1. Admin Comel says:
      June 8, 2016 at 8:32 am

      Sama-sama Anuar.. Nanti leh laaa minta mem buatkan… Terima Kasih yaa awak selalu sudi singgah teratak Nina yang tak seberapa ni.. Nina hargai sangat… 🙂

      Reply
  10. Hafiz Rahim says:
    May 31, 2016 at 1:17 pm

    Macam best je puding tu. tapau sikit plss

    Reply
  11. Nadhie says:
    June 1, 2016 at 7:12 pm

    Nampak sedap dan mudah. bulan puasa ni bole la try buat 🙂

    Reply
    1. Admin Comel says:
      June 8, 2016 at 8:31 am

      Nadhie, nanti try ehh…. selamat mencuba! senang ajerr…

      Reply
  12. Rara says:
    June 7, 2016 at 12:00 pm

    sedapnyaaaa, mst masam2 kan. nt leh cuba.

    Reply
    1. Admin Comel says:
      June 8, 2016 at 8:30 am

      Rara, preggy mum mesti suka rasa Yeogurt Asli Yeos. Aaahh…. Ada masam-masam sikit. Kak Nina pun suka!

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes