As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Mood Ramadhan hampir tiba. Buffet Ramadhan merupakan pilihan utama warga kota di Kuala Lumpur ni. Biasanya tatkala berbuka kita nak kan menu rutin harian yang biasa kita makan. Gerenti masakan ala selera kampung antara menu yang kita dok teringin. Ala-ala masakan mak gitu. Almaklumlah, dah dok kat Malaysia tentunya selera tekak dan citarasa kita bukan menu obersi sangat kann… Tak payah bohong laaa.. kann..?? Buffet Iftar Ramadhan 2016 Selera Kampung di Grand Campbell Hotel
Jumaat lepas, Nina di undang untuk merasai sendiri preview Buffet Ramadhan 2016 yang bertempat di Grand Campbell Hotel, Jalan Dang Wangi Kuala Lumpur. Tahu tak kat mana..?? Alahai… Dekat sangat ngan Pertama Kompleks, SOGO, Jalan TAR (syurga beli-belah time Ramadhan). Senang citer bersebelahan dengan Balai Polis Dang Wangi.
Hotel ni baru dua tahun beroperasi. Hotel baru…! Cantik! Dan tahun ni merupakan tahun ke-dua mereka turut sama memeriahkan acara Buffet Ramadhan.
Bertemakan Selera Kampung. Vavavaa . … Masakan kampung di tengah ibukota Kuala Lumpur. memang rare…!! Menyajikan pelbagai menu yang menyelerakan dan akan membuat korang terkenang-kenang kampung halaman. Sambil berbuka puasa syahdu teringatkan terkenangkan suasana mandi sungai, panjat pokok curi buah rambutan, pegi sembahyang terawih usha awek #ehh …. Merapu sudah Nina ni… hahaha . . .
Ok laa… Meh tengok menu-menu yang bakal disajikan kat The Grand Campbell Hotel tahun ini..
Menu Utama (Wajib ada setiap hari)
Antara menu masakan utama yang disajikan kat The Grand Campbell Hotel adalah Kambing Golek bersama sos Black pepper dan sos Rosemary. Nasi putih bersama lauk pauk yang menggugat selesa – Daging Salai Masak Lemak, (empuk lembutnya daging dia), Asam Pedas Ikan Pari dan paling kick adalah Ikan Siakap Tiga Rasa. Tak lupa….
Bubur Lambuk Special dari air tangan Chef Mohammad Noor yang telah berkecimpung selama 40tahun dalam bidang Kulinari. Otai tuu…. Memang unik rasa bubur lambuk mereka. Pertama kali Nina tengok bubur lambuk yang menggunakan pelbagai daun-daun ulaman dalamnya. Tak sangka lak sedap! Serius unik dan sedap!
Sup ekor pun ada…
Menu Mee
Menu Mee yang bakal disajikan adalah Mee Kari. Nina sukakan kuahnya yang tak berapa pedas, syiokkk hirup-hirup kuahnya. Selain tuu, Bihun sup juga akan silih berganti setiap minggu.
Menu Ulam-ulaman dan sambal pencecah
Tak sah kalau menu selera kampung tak ada Ulam. Iyer tak? Ulam-ulaman segar dan pelbagai jenis kerabu dihidangkan bersama ambal pencecah. Antaranya Sambal Tempoyak, Sambal Belacan, Budu dan macam-macam lagi…Pertama kali Nina makan kerabu sotong. Tak sangka ianya sedap! Tak liat, fresh, tak bau sotong dan ralit dok gatah kerabu siting dia. Sedap!
Menu pencuci mulut aka dessert
Ahaa… paling menarik Bubur Kacang Durian. Sedap! Juga disajikan puding roti bersama sos kastard vanila, rojak buah (sedap sos rojak buah dia), Aneka kuih muih tradisional dan tak lupa buah-buahan tempatan. Ada duku langsat, rambutan **yang korang teringat panjat pokok tadi**erkk… Dan siap ada dodol tau!
Minuman
Akan dihidangkan 2 jenis minuman sejuk dan juga air panas.
Ahaaa… betul tak Nina cakap macam-macam ada…!! Samada korang larat tak larat je makan nanti. Sebaiknya ambik laa sikit-sikit dan dapat merasa semua. Jangan membazir ehh…. (tu kan amalan syaitonnirrajimmmm) jangan ikut naa…
Surau
Kat The Grand Campbell Hotel ni disediakan surau. Samada korang nak solat kat tingkat satu boleh ataupun kat Ballroom yang sama juga disediakan ruang bertutup dihujung ruang makan untuk solat. Sambil makan nak solat dulu pun boleh dan kemudian sambung makan kembali… hehee .. Sangat memudahkan cara! Terbaik laaa….
Parking
Tak payah risau… Walaupun korang kat tengah ibukota yang sesak, di Grand Campbell Hotel menyediakan ruang parking yang luas dan banyak kat basement. Korang boleh dapatkan flat rate parking. Lepas makan berbuka, korang dapatkan chop pengesahan kat kaunter lobby dan dapat harga parking hanya RM5 per sessi. .. Murah dan mudah kann??
Ruang Makan
Hurmm… Besar tau Ballroom Dewan Bunga Raya ni. Boleh menempatkan sekitar 200-300 tetamu. Ruang yang luas, selesa dan santai. Sesuai laa kalau office buat jamuan berbuka kat sini.
Harga
RM65.00 (Dewasa)
RM35.00 (Kanak-kanak)
** promosi – beli 10 pax percuma 1 pax** wahh… jimat ni! Lagi ramai, harga boleh dirunding….
Promosi
Ditawarkan kupon tempahan awal hanya berharga RM55 nett
Bermula 26th May – 31 May 2016 *** sekali stok masih ada***
Ianya kepada 200 pax terawal. Ahaa…!! Tawaran hebat ni.. cepat book…!!
Untuk tempahan hubungi :-
03-2694 1717
019-648 0454 (Shanie)
017-616 7895 (Zaid)
Website : www.grandcampbellhotel.com
Alamat
Campbell Complex
98, Jalan Dang Wangi
50100 Kuala Lumpur
** tak susah pun nak ke Grand Campbell Hotel ni, korang boleh naik public transport LRT turun kat Bandaraya. Atau bawak kereta korang waze jer pastu terus parking kat basement hotel. **
Lepas berbuka, korang boleh lah memulakan aktiviti bazar Ramadhan paling havoc kat Jalan TAR – tepi hotel jer… Meriah seyhh…!!
Usha baju Raya tuu belikan lah tuk Nina selai… hahaa . . . **tak malu**hehehe . . .
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak
lala oh Lala…. Fuh sedapnya lala tu… Dah lama tak makan Lala ni… 😉
selamat berpuasa kak ninaaa 🙂
Terbaiklah. Rs nk g mkn lg..