Sapa suka kopi ? Cer angkat tangan sikit… Ok, Nina antara penggemar tegar kopi aka coffee. Nak kata addicted pun boleh gak tapi tidak laa sampai meroyan kalau tak dapat secawan kopi sehari. Paling Nina suka coffee latte. Tak tau nak citer rasa emosi yang tercipta tatkala menikmati secawan coffee latte… Indahnya perasaan sewaktu menghirup titisan yang pertama. Kadang tuu… rasa tak puas setakat secawan. Kalau boleh mau 3-4 cawan Nina pekena… Ada jin kot! hahaha . .. . Tapi di saat hamil ni terfikir laaa adakah bahaya ibu hamil minum kopi ?
Bila dah terfikir tuu mula lah overthinking! Fikiran kecamuk tak tentu hala sebab benda kita suka memang payah nak tinggalkan . Huwaaa…!! Acaner ni?
Kekadang rasa cam mengidam, kekadang rasa cam daku ni mengade layankan nafsu jer kot ke camner? Aarrghhh . . . Fikir lebih stress lak!

Tapi mengandung ni laa mengidam kopi . Bahaya ke
Tapi, macam Nina yang sedang hamil / mengandung ni boleh ke minum kopi?? Hurmm… Soalan yang normal terlintas kat benak fikiran seorang ibu mengandung yang punya citarasa penggemar kopi tegar. Pernah Nina makan-makan kat luar, Nina order Nescafe tarik nipis. Pastu mereka sekitar saje buat muka pelik. Macam laaa salah besar wanita pregnant minum nescafe! kann…. Apa?? Tak boleh minum ehh…? Kejam tau pandang kita gitu . . . Sian ibu mengandung ni. Huhuuu
Ok, sebenarnya boleh jer kalau nak minum kopi semasa hamil. Kopi juga ada banyak kebaikkan dan khasiatnya yang tersendiri.
Antara khasiat kopi
Kopi memberi kecerdasan dan tenaga untuk tubuh badan kita. Selain memberi rasa ketenangan buat yang menikmatinya. Kopi juga ada khasiat mineral yang diperlukan oleh tubah badan seseorang. Selain membantu membakar lemak, kopi juga antioksidan.
Kopi tak akan membahayakan kesihatan kita dan juga baby. Akan tapi… kita perlu tahu sukatan dan berapa banyak kopi yang boleh diambil dalam sehari. Bukan bedal ikut suka ya… Secawan kopi sehari sudah memadai. Kopi biasa bukan espresso tau!

Sebelum tuu… meh Nina kongsikan info dan fakta yang mungkin akan buat korang terfikir-fikir dua tiga kali sebelum teragak nak minum kopi lepas ni… Bagi takut cuak sikit… hahaa..!!
Bahaya ibu hamil minum kopi ?
1. Keguguran
Hurmm…. Macam takut kann?? Ya.. Keguguran. Kafein yang ada di dalam kopi akan membuatkan badan rasa panas dan terus ke dalam perut atau rahim. Janin yang masih muda biasanya tak kuat dan tak tahan dengan rasa panas. Berkemungkinan janin yang tak kuat akan jatuh. Tak dapat membentuk dengan baik. Sebab tuu lah boleh terjadinya keguguran
2. Kematian Bayi
Jika meminum kopi ketika hamil tua bisa menyebabkan ibu hamil melahirkan bayi yang sudah mati di dalam kandungan. Efek berbahaya dalam kopi bisa membunuh bayi secara perlahan-lahan di dalam rahim ibu hamil. Akibatnya adalah bayi bisa mati di dalam kandungan.
3. Bayi Berat nya Rendah
Sebab apa ini terjadi?? Kafein yang ada dalam badan kita akan menyerap segala khasiat yang ada. Baby akan kekurangan nutrisi dan khasiat yang sepatutnya kita makan dan bekalkan terus pada baby. Tapi dengan adanya kafein, zat khasiat dan nutrisi hilang untuk baby. Huhuuu . . . .
4. Kelahiran Pramatang
Ibu hamil yang addicted kopi dan kafein yang melampau berisiko melahirkan baby pramatang (baby lahir awal dari sepatutnya). Sebenarnya banyak faktor lain juga memainkan peranan. Selain zat kurang untuk baby, aliran darah/ oksigen kurang, denyutan jantung laju dan macam-macam lagi.
5. Aliran Darah Tidak Lancar
Bayi yang dikandung oleh ibu hamil yang kecanduan kopi bisa menyebabkan pembuluh darah di dalam tubuh bayi mengecil. Jika pembuluh darah mengecil akibatnya adalah bayi akan memiliki aliran darah yang tidak lancar. Tidak hanya aliran darah saja yang tidak lancar, oksigen pun juga tidak lancar diedarkan ke seluruh tubuh. Bayi yang kekurangan oksigen dan juga aliran darah bisa terkena berbagai macam gangguan kesehatan.

6. Gangguan Janin
Bahaya kopi bagi ibu hamil yang rutin mengkonsumsinya akan terkena gangguan janin. Ibu hamil yang memiliki janin laki-laki akan memiliki gangguan berupa testis tidak bisa turun dari panggul. Ciri-ciri hamil anak laki laki seharusnya ketika trimester akhir akan mengalami testis turun panggul dalam skrotum.
7. Insomnia
Apa ni?? Insomnia adalah penyakit sukar tido. Kalau ibu dah ketagih kopi susah tido apatah lagi untuk baby dalam perut. Tidak mustahil bila baby lahir nanti baby pun susah tido. Kesian nanti korang dalam pantang baby dok meragam tak mau tido…. Yelah.. sepatutnya baby perlukan tido yang berkualiti untuk membesar dengan sihat.
8. Jantung Berdegup Laju
Kafein merupakan punca jantung berdegup laju. Andai ibu hamil minum terlalu banyak kopi atau kafein, kandungan tersebut juga akan meresap ke baby dalam perut dan terus ke plasenta. Ini tidak bagus untuk ibu hamil dan baby. Jantung laju adalah tidak normal. Laju bersenam bagus sebab kita boleh mengawal keadaan tapi jantung laju sebab kafein siapa yang tahu kadar denyutannya?? Cer fikirkan…..
11. Baby Cacat
Cuba renungnya bahaya kat atas tadi… Dengan kurangnya nutrisi, zat, aliran darah tak stabil, menjurus kekurangan oksigen buat janin…. Berkemungkinan baby lahir cacat samada mental mahupun fizikal.. Semuanya sebab kafein yang melampau! Nauzubbillahh …. Moga Allah jauhkan musibah ini dari kita.
Bahaya ibu hamil minum kopi ?
Walau bagaimanapun, kopi juga banyak khasiatnya. Meh baca Antara khasiat dan kebaikkan kopi.. Bagi reda sikit fobia korang pasal kopi ni. hehee . . . .
Agak-agak korang, dah baca keburukkan kopi kat atas tuu korang nak minum ke tak? Boleh jer… tapi biarlah bersederhana. Jangan sampai ketagih dan melampau. Cukup syarat merasa ok laaa daripada mengidam bagai nak rak bercawan cawan tu BAHAYA!
k.nina jangan minum kopi banyak2..minun susu banyak2 xper:)
Attiey sulu masa hamil memang tak sentuh kopi..hehe..agak penakut sikit. Papepun, semoga baby n mamanya sihat ye.
haa.. ade gak terbaca dlu ‘ibu hamil tak bleh minum kopi’.. tapi.. masa kakak mengandungkan anak kedua dlu, setiap pagi la dok menayang muka kat mekdi sebab nak kan secawan kertas kopi dorg.. sebab tekak mak mak yong ni lain sket.. hee~ nasib tak de pape.. alhamdulillah..
Setelah membaca artikel ni, saya membuat kesimpulan… Kalau nak selamat tak usah minum kopi semasa mengandung…. lebih selamat saya rasa… Betul tak?