Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama MARRY ME SENORITA
February 5, 2021February 5, 2021

Sinopsis Drama MARRY ME SENORITA . Ada chemistry ke lakonan Janna Nick dan Dini Schatzmann?

Tamat sudah drama TERCIPTA SATU IKATAN lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam. Hebat lakonan mereka. Hannah sweet sangat sejak dah bertudung kannn? Sinopsis Drama MARRY ME SENORITA

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis MARRY ME SENORITA
1.1 Sinopsis Drama MARRY ME SENORITA
1.2 Related posts:
2 Alhamdulillah.. TAHNIAH McDonald's ..!!
3 Lembaga Zakat Selangor - Iftar Media dan Blogger di Pusat Jagaan Warga Emas Bait Al Mawaddah Shah A...
4 FARM IN THE CITY TEMPAT BEST DAN BERBALOI bawak anak-anak jalan CUTI SEKOLAH
5 Part-2 My Baby Sos Carbonara Nina Stlye

Slot Megadrama diteruskan dengan Drama romantik komedi lakonan Janna Nick bersama pasangannya Dini Schatzmann. Sejujurnya asyik typo eja nama Dini Schatzmann. HAhaaa . . . Agak-agak korang, ada chemistry ke derang berlakon sesama ehh? Yelah, pasangan kekasih in realiti dibawa ke drama bukan mudah kannn? Lagi pun drama adaptasi novel selalunya memang best di layan. Boleh meroyan dibuatnya! HAhaaa

Sinopsis MARRY ME SENORITA

Sinopsis Drama MARRY ME SENORITA

“Marry me, senorita.” – Isa Alejandro.

Tak habis-habis lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehingga gadis itu kusut dan serabut dibuatnya! Takkanlah nak terima lamaran lelaki yang baru dikenalinya tak sampai seminggu itu? Sudahlah lepas laku. Pengetahuan agama lelaki itu pulak boleh dikatakan zero!

Atuk dan nenda pun susah nak percaya yang cucu mereka mahu memilih gadis Muslimah seperti Sofiy sebagai bakal isteri.

“Lain pulak taste dia kali ni, abang….” – Engku Zaharah.

“Boleh percaya ke cucu bertuah awak tu nak kahwin dengan gadis begini?” – Engku Aziz.

Isa Alejandro hadir saat Sofiy Leia tidak mempunyai siapa-siapa dan berada dalam bahaya.

“Tak ke awak rasa pernikahan ini tak akan diberkati? Satu masa nanti awak akan tinggalkan saya, kan? Sebab awak tak cintakan saya. Perkahwinan sepatutnya menjadi satu ibadah. Kita harus ikhlas bernikah kerana Allah.” – Sofiy Leia.

“Berkat? Well, terus terang aku tak arif tentang itu. What I know, we’ll make a good pair and this is a win-win situation. Kau tolong aku dan aku tolong kau.” – Isa Alejandro.

Sinopsis Drama MARRY ME SENORITA

Terpaksa atau rela? Itu bukan soalnya. Persoalannya sekarang, dapatkah perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhirnya? Sudahlah mereka berasal dari dunia yang yang terlalu jauh berbeza. Si perempuan Sepanyol celup, Rosa Arabella a.k.a Rosmina Sukardi pun turut sama menagih cinta Isa Alejandro. Belum lagi bercakap tentang mama dan papa Isa Alejandro yang sukakan pelakon ‘sendu’ tu.

Dalam kekusutan, ada gelora cinta yang semakin membahang. Namun, bahagianya cuma sementara. Badai yang melanda memisahkan dua jiwa yang sedang asyik dilamun asmara.

Namun, benarkah apa yang telah ditakdirkan untuk kita, akan tetap menjadi milik kita akhirnya?

“Now pandang sini dan bagitau abang yang Sofiy tak cintakan abang.” – Isa Alejandro.

“Benarlah garis waktu tak akan mampu menghapuskan rasa itu.” – Sofiy Leia.

Masihkah ada harapan untuk cinta mereka mekar semula?

Korang rasa tak macam apa yang Nina rasa, macam over lak kannn rapat-rapat, dekat-dekat sangat Janna dan Dini ni berlakon? Eeerrkkk . . .

Sinopsis Drama MARRY ME SENORITA

Sinopsis Drama MARRY ME SENORITA

Nantikan drama adaptasi novel ‘Marry Me Senorita’ karya Suri Ryana di slot MegaDrama Astro Ria. Manemukan gandingan Dini Schatzmann dan Janna Nick. Disiarkan mulai 2 Februari 2021, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria.

JUDUL : MARRY ME, SENORITA
EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 2 Februari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis, Dayang Kartinah
PENULIS NOVEL : Suri Ryana
PENGARAH : Nur Ain Sharif
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Dini Schatzmann, Shaza Bae, Siti Khadijah Halim, Dato Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Asha Merican, Yasmin Hani, Natasha Elyzza, Razman Mahayuddin

WATAK PELAKON
Janna Nick sebagai Sofea Leia
Dini Schatzmann sebagai Isa Alehandro
Shaza Bae sebagai Rossa Arabella
Yasmin Hani sebagai Engku Marini
Dato Jalaludin Hassan sebagai Engku Aziz
Fadilah Mansor sebagai Ungku Zaharah
Yasmin Hani sebagai Ungku Marini
Siti Khadijah Halim sebagai Tina
Natasha Elyzza sebagai Shelli
Asha Merican sebagai Edora

Kalau korang terlepas episod dont worry! Korang boleh jer tonton Online Drama MARRY ME SENORITA . Segala nya dihujung jari!

Rekemen korang tonton sebab barisan para pelakon semua best-best! Bukan jer palakon utama hebat, gandingan pelakon lain yang buat drama ni sukses! Tak caya tengok aje Kak Engku, memang mak ko hijo! Meroyan tengok dia. HAhaa..

Related posts:

Alhamdulillah.. TAHNIAH McDonald's ..!!

Lembaga Zakat Selangor - Iftar Media dan Blogger di Pusat Jagaan Warga Emas Bait Al Mawaddah Shah A...

FARM IN THE CITY TEMPAT BEST DAN BERBALOI bawak anak-anak jalan CUTI SEKOLAH

Part-2 My Baby Sos Carbonara Nina Stlye

Drama Movie Lifestyle Review AstroDini SchatzmannDrama 10pmDrama Adaptasi NovelDrama bestFull EpisodFull Episod hingga AkhirJanna NickMARRY ME SENORITAMegaDrama Astro RiaRaja AzuraSinopsisSinopsis DramaTonton Drama Online

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. Showbox says:
    February 13, 2021 at 3:31 pm

    You may feel that things you did in the past will make you unlovable, or that you have too many problems to be lovable. Untrue. Accept the things that happened to you, forgive yourself, and move on.

    Reply
  2. Tutuapp says:
    February 13, 2021 at 3:32 pm

    Work on your self-confidence by accepting your past and moving forward.

    Reply
  3. Kodi says:
    February 13, 2021 at 3:32 pm

    If you have problems loving yourself, then work hard to build yourself up.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes