As’salam dan salam sejahtera ….
Apa khabar semua …..?? Moga-moga sihat walafiat hendaknya. Sempena public holiday – Hari Pekerja semalam pasti hari nie yang bekerja moodnya agak liat (malas-malas gitu) tuk melunaskan tanggungjawab dipejabat kann?? Biasa lah tuu …… mood cuti masih bertahta diminda~~ Nina pun pernah mengalaminya satu ketika doluuu …. (Doluuu?? macam lah dah lama sangat tak keje …. Hehee . . .) So, cergaskan minda dan rajin-rajin keje yea….
Sambil belek-belek peti ais pagi semalam, Nina tengok ada banyak lak stok carrot dalam peti ais. Ikutkan hati nak diblend ajer carrot tuu dan campur dengan ais tambah susu =
Ice Blended Carrot Susu !! Arrghh …… sejuk nyerr tekak ~~~ nyaman sekali~
Akan tetapi, disebabkan keadaan kesihatan Nina yang kurang sihat ketika nie, Nina membatalkan sajer niat dihati nak minum Ice Blended Carrot Susu. Takut nanti makin menjadi-jadi lak sakit tekak dan berpotensi ke arah batuk nanti. Nina nie pula, kalau batuk payah nak sembuh. … so sebaiknya dielakkan saja …
Hrrmm …… Carrot ?? Mau dibuat apa dengan carrot yang banyak nie….?
Eermmm …… Apalagi, kalau tak dibikin jadi Heavenly Carrot Cake !!!!
Wahhhhh…… belum buat dah terngiang-ngiang bau kewangian aroma & kesedappan nyer nanti…. Masih tak boleh lupa aroma nyer disaat Heavenly Carrot Cake sedang dibakar.. memang semerbak bau wangi satu rumah.
Kali nie, Nina tak akan lupa nak buatkan ole-ole untuk isteri kawan Hubby Nina yang sedang sarat mengandung anak ke-3 Pn.Azreen atau nama glamournya Bunga Oct. Masa Nina first time buat Heavenly Carrot Cake nie dulu, dia sangat teruja tengok picture Nina dan kebetulan katanya Carrot Cake nie antara cake kegemaran dia. Dan masa tuu dia ada minta Nina sepotong Carrot Cake buat dia merasa ……. Malangnya masa tuu, Hubby Nina pegi kursus so tak dapat lah nak sampaikan buat Bunga Oct…. Terkilan rasa hati Nina masa tuu, yelah…. ibu mengandung takut kempunan lak nanti ~~~
Kesempatan yang ada kali nie, Nina tak akan lepaskan… Selesai siap ajer, terus Nina minta tolong kat Hubby tuk hantarkan Nina ke rumah kawannya. Kesian Hubby Nina … tetiba rasa pelik cuz Nina minta dia hantarkan Nina ke rumah kawan dia. Hehehe . . .
Dan akhirnya ….. Syukur Alhamdulillah …..Lega rasanya niat dihati kesampaian~
Moga-moga Bunga Oct sudi dengan pemberian ikhlas Nina ..Tidak lupa juga Nina buatkan ole-ole utk Mak Anjang Nina sekeluarga …
Ok lah …. dok story mory panjang lak hari nie. Sebelum nie Nina dah pernah post resepinya dulu kat SINI. Eermm …. kerajinan yang ada, Nina copy paste lagi resepinya kat bawah ….
Cuma kali nie, gambar tak berapa menarik sebab masa nie cuaca hujan diluar…
sekadar mengharapkan cahaya neon di dapur Nina sahaja ..
Heavenly Carrot Cake
sumber : KakJee
Bahan2nya:
1 cawan tepung gandum *
1 sudu kecil double action baking powder * (atas saranan kak Jee)
½ sudu kecik soda bicarbonate *
½ sudu kecik garam *
1 sudu kecik serbuk pala
1 sudu kecik serbuk kayu manis * (semua bertanda * disatukan & ayak)
2 biji telur gred A
¾ cawan minyak jagung (kak Jee guna canola)
¾ cawan gula halus (kak Jee guna gula perang)
1¼ cawan carrot sagat ( guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
½ cawan nenas tin (cincang kasar2 & toskan)
½ cawan oats
½ cawan walnut (bakar sekejap)
Bahan cream cheese topping:
½ ketul mentega
½ ketul philadelphia cream cheese
beberapa titis vanilla
3 sudu besar gula icing
Cara membuatnya:
- Panaskan oven 180C. Kemudian ambil loyang empat segi 7x7inci dan letak sedikit minyak dan dialaskan dengan kertas minyak. Jika tidak, tabur sedikit tepung setelah diminyakkan acuan itu.
- Telur dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati.
- Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula.
- Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula.
- Akhir sekali masukkan kacang walnut yang telah diramas sedikit hingga pecah-pecah.
- Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam.
Cara membuat cream cheese topping:
- Satukan semua bahan2 dan putar sampai sebati dan halus. Kemudian sapu atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu. jika terlalu pekat dan susah nak disapukan atas kek, tambahlah sedikit susu segar.
Selamat mencuba!! 😉
Mmmm….absolutely irresistable with lipsmacking flavors..nicely done..:)
Tasty Appetite
As'salam Nina
Tak sihat ke yanggg..kalau k.ct sakit tekak k.ct makan ais krim dalam mangkuk tu gerenti cepat baik.
dah lama mengidam nak makan carrot kek ni tapi bila kenangkan takut anak2 tak gemar pendam ajelah niat tu. Tapi carrot banyak juga beli tu..hehehe
Thanks a lot Jay ~~ Nyummy!
Wa'kumusslam Kak CT ..
Alhamdulillah masih sihat cuma sakit tekak ajer kak… Cuaca panas sangat agaknya. Takut nak makan ais krim kak, takut menjadi-jadi ~~
Kak CT, cuba laaa…. mmg meletop kesedapan Carrot Cake nie
Insya'Allah.. tak akan mengecewakan 🙂
rajinnya,,,,berkat tu mudah-mudahan.
As'salam Rohah ….
Terima Kasih yea ….
besar jugaak nampak kek ni ye nina… ish ish memang kek yg sihat ni. mcm2 buah adaa..lawo jek texturenya tu kan. ada jugak combine carrot ngan pisanag kan. mcm nak cube. banyak2 kek, kek2 gini mmg saya tak pernah try. sebab takot tak de sambutan. tuan badan jek karang kene perabihkan. hehee
Izah ….
tak juga besar Carrot Cake nie… Kalau Nina tak cukup!! Nina ajer dah berslice-slices. Hahahaa . . .!!!
Combination carrot , nenas, oats & walnut – BEST !!
Cuba lah … Insya'Allah pasti tak akan menyesal~ 😉