As’salam dan salam sejahtera buat semua yg tersayang ….. ISNIN muncul kembali….. dan esok Selasa public holiday. 1May merupakan cuti umum untuk satu dunia sempena Hari Pekerja. Buat yang tak ambil cuti hari nie, jangan malas-malas kerja yea.. sebab esok nyer – selasa kan cuti….. boleh rehat santai-santai lagi kat rumah~~ (ayat sedapkan perasaan) hehehe . . . .
Cuma lately sejak tahun nie dah lama tak buat lagi… Jantung Nina dok bergerak pantas…. Dup dap dup dap dup dap dap dapppp!!! Kerisauan menghantui diri Nina ……. Bukan apa, remeh dan agak cerewet nak buat macarons nie.
Selepas bersiap-siap nak memulakan operasi, (siap diri cantik-cantik pakai make up segala…) Cantik kerr???? Ahaks! Hehehe . . . ditambah pula aura mood manja-manja, belai-belai plus dodoi-dodoi ~~~~
FRENCH MACARONS
Rujukan : Kak Azlita
Bahan-bahan
2 biji (80gm) telur putih gred A – suhu bilik
60gm gula kastor
80gm almond powder
120gm gula aising
sedikit esen vanila
sedikit pewarna
Cara-cara:
- Sebelum mula, sediakan alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 50 sen atau Nina apa-apa yang berbentuk bulat besar sikit dari syiling 50sen (Nina pakai tutup botol susu) hehee . . . dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu. Nina gunakan silicon sheet – mudah. Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal. Hati2 ye! jangan sampai tercedera pula sebab panas tu (copy paste dari kak Ita)
- Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
- Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek guna spatula ajerr…
- Setelah rata, masukkan pewarna dan kaup balik lagi
- Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) .
- Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Nina guna silicon sheet. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
- Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
- Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. ( Rasa mcm x terlebih bakarlah pulak haritu.. nak kena kurangkan suhu ataupun time tu lain kali ). Nina bakar pada suhu 140 degree
- Pastu sejukkan sebelum letak inti.
Macam senang ajerr kannn …..
Hope u all luv it ….. TQ yea
Assalamualaikum Nina
Waaaaa… rajinnya adik akak ni sorang.. cantik pulak tu kejadian macaroonnya.. geram akak tengok kakinya yang cantik tu..!!
Akak pon dah lama tak buat maaroon, anak akak Azrul yg suka sangat macaroon ni.. dah berapa kali dia minta akak buatkan.. tapi macam ninajugak lah akak kalau nak buat macaroon ni.. aduyaiiii.. jantung memang berdegup kencang.. bimbang sangat kalau dia tak mau keluarkan kaki.. aduyaiiii…
Wa'alaikumussalam kak Ita ….
Kak Ita, jangan lah dok puji tinggi-tinggi kat Nina … (merah pipi Nina nie) Hehhee . . .
Kerajinan Nina bak langit dan bumi dengan kak Ita yang lagi hebat di mata Nina dan blogger yg lain semua.. Kak Ita banyak memberi Nina sumber inspirasi dan semangat utk mencuba yg lebih baik. Bila lah dpt bertentang mata dengan Kak Ita nie……
Masa buat nie, memang jantung berdegup kencang tak ingat punya. Macam berlari 100meter berganti-ganti pun ada….. (setiap kali bila buat macarons) hehehe . . .
Alhamdulillah …. rezeki Nina kejadiannyer cantik.
Anyway, Terima Kasih banyak kak …. itu semua pun berkat tunjuk ajar dan juga tips dari Kak Ita. . .
Salam. OMG…cantiknya macarons you buat. My daughter suka sangat makan macarons…tapi I jarang beli coz teramat mahal kan. Rasa tak berbaloi untuk seketoi kecik tu bayar mahal2. So, dah ada resipi ni boleh lah one day bila rajin I try. Thanks for sharing. Kalau sudi singgah my blog Apa Jadi Kalau Kurang Minum Air Kosong?
Wslm Mysterious Mel,
terima kasih banyak atas pujian tuu…. (malu nie……)
Anyway, selamat mencuba…
ppssttt>>>>> banyak dugaan buat macarons nie, tabahkan hati yea.. hehee
Nina doakan moga semuanya menjadi, Aamin…
salam sis.kalau pakai macaron sheet tu nak paip adunan dlm bulatan kecik ka besar tu.sbb takut dia mgembang ketika bakar