Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

May 3, 2012June 14, 2023

Lala Goreng Pattaya resepi unik wajib cuba! Gerenti tak cukup 1 periuk

Errmm …. Dah lama tak makan Lala. Kebetulan tengah musim lala, kat sana sana sini dok tayang lala. Sudahnya beli lah 2 paket. Kalau tak beli nanti dah sampai rumah dok teringat-ingat. Gitu laa perempuan kann? Tiap kali masak Lala selalu kebuntuan melanda, tak tau nak masak apa dengan Lala ni. Asyik dok masak goreng kunyit serai, Lala Tam Plon bosan jugak. So kali ni Nina cuba masak Goreng Pattaya… Sedap ke?

Isi Kandungan hide
1 Lala masak apa sedap ?
2 Resepi Lala Goreng Pattaya
2.1 Cara masak Lala Goreng Pattaya
2.2 Lala masak apa
2.3 Related posts:
3 10 Resipi BISKUT RAYA Paling Mudah Sedap Kegemaran Ramai Wajib Cuba Buat Sendiri! Sukatan Cawan jer....
4 Roti Goreng Pisang - Rangup !!
5 Nasi Lemak Sambal Udang Serai style Nina
6 Resipi Congo Bar Sedap Sukatan Cawan Wajib cuba! Paling senang resepi ni

Lala masak apa sedap ?

Dah siap masak Lala Goreng Pattaya dan rasa, mmmm… Not bad. Sedap! Buat yg kebuntuan tuu, boleh cuba. Lain dari yang biasa yang selalu korang  masak lala. Ok laa… tak done nak story mory panjang hari ni, masa tak mengizinkan. Jom tengok resepi lala Goreng Pattaya. Jangan tanya kenapa pattaya ya? Mungkin resepi ni berasal dari Negara Gajah Putih kot. 

Resepi Lala Goreng Pattaya

Resepi Lala Goreng Pattaya

Rujukan : Buku Edisi Khas LBM 2003
Resipi Untuk Bulan Ramadhan

Bahan-bahan
300gm Lala dicuci bersih dan ditoskan
4 ulas Bawang putih – diketuk
2sm Halia – dihiris
1 sudu besar serbuk kari ikan 
2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Sos Ikan
1 biji Bawang besar – dihiris bulat
1/2 biji Cili capsicum  kuning/merah – didadu kecil
1/2 Cili capsicum hijau – didadu kecil
segenggam Daun Selasih (Nina tak letak punn …..)
Sedikit tepung jagung dilarutkan dengan air
Minyak untuk menggoreng
Gula secukup rasa
Beberapa tangkai Daun Bawang
Secawan air panas (Nina tambah)

Cara masak Lala Goreng Pattaya 

  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama sos tiram, serbuk kari ikan dan halia
  • Masukkan lala, gaul rata dan tutup sebentar
  • Selepas 2 minit, buka tudungnya, masukkan air tepung jagung, sos ikan, cili capsicum, bawang besar, daun selasih dan daun bawang.
  • Masukkan juga secawan air panas untuk berkuah (Nina tambah)
  • Kacau rata , tutup api hidangkan segera!
  • Pppsssttt ……. Nina doublekan resepi nie dan kuahnya sebab kalau tak memang tak cukupp!!!
    Hehehe . . .

Lala masak apa

Tapi kalau yang suka masakan berkuah, Nina rekemen korang masak Lala Masak Lemak Hijau
Ada Nina kongsikan sekali tips masak lemak sedap. Wajib letak daun teettt __________ lagi kick sedap kuahnya nanti! Apakah? Sila pi korek rahsia Resepi Nina Lala Masak Lemak Hijau
Selamat mencuba!

Resepi Lala Masak Lemak Hijau Mudah



Related posts:

10 Resipi BISKUT RAYA Paling Mudah Sedap Kegemaran Ramai Wajib Cuba Buat Sendiri! Sukatan Cawan jer....

Roti Goreng Pisang - Rangup !!

Nasi Lemak Sambal Udang Serai style Nina

Resipi Congo Bar Sedap Sukatan Cawan Wajib cuba! Paling senang resepi ni

Resepi lala Goreng PattayaLauk PaukreseipiResepiresepi mudahresipi ringkasSeafood

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. zila 4ever says:
    May 3, 2012 at 3:16 pm

    salam nina
    wahhh nak sepiring..lala nie kan klu makan cikit mmg x puas..sbb dlmnya alahaiii ciput btl..:)

    Reply
  2. Nina Mirza says:
    May 3, 2012 at 3:26 pm

    Wa'kumussalam Zila ….

    Sepiring jerr?? Cukup kerr~~~ Hehehe . . .
    A'ahh … kalau masak mmh kena doublekan, kalau tak memang tak cukup.
    Isinya ciput bangat ~~~ 😉

    Reply
  3. Qasey Honey says:
    May 3, 2012 at 4:35 pm

    wah Mirza sedap tgk lauk lala tu…nk juga la sepiring…bagi sma rata dgn Zila tu yer…hehehe

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    May 3, 2012 at 4:47 pm

    As'salam QH,

    Amboi …!!! nak sama rata lagi ~~ Hehehe . . .
    Nina buh lebih sikit tuk QH yea, jangan bilang sama Zila tau~~
    hehehe …

    Reply
  5. Rohah says:
    May 3, 2012 at 10:05 pm

    sedap tu Nina…ratah2 je tak payah makan ngan nasi, kalau tak, takpuas kan..

    Reply
  6. Nina Mirza says:
    May 4, 2012 at 1:41 pm

    As'salam Rohah ….

    Betul3x … kalau makan ratah2 mmg lagi mengasyikkan~~~ hehee . . .

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes