Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Sotong REX Masak Sedap
December 21, 2019March 19, 2023

Menu paling Senang Cepat Resipi Sotong REX Masak Sedap

Sapa suka makan sotong? Pernah tak tengok sotong dalam tin warna oren jenama REX? Boleh tahan jugak kayangan harga sotong tin REX ni. Tapi sekali sekala boleh laa, terutama time terdesak, time rushing memang makanan dalam tin perlu ada stok kat rumah kann?  So hari ni Nina share Menu paling Senang Cepat Resipi Sotong REX Masak Sedap style Nina Mirza

Isi Kandungan hide
1 Resipi Sotong REX Masak Sedap
2 Related posts:

Hari ni kelam kelibut sikit. Semua benda rushing nak kena siapkan. Pepagi kena bawak Eilman jumpa pakar orthopedic berkenaan jari ke-3 kaki kanannya yang cedera masa main bola sepak 2 minggu lepas.

Bebudak lelaki kan… main bola sepak kat padang kawasan rumah ni tak pakai kasut, nak tendang bola tak perasan disebalik bola tu ada batu. Maka tersepak laaa batu tu dengan seluruh kekuatan yang ada.

Oouuchhh … sakit bukan kepalang! Bengkak kaki dia. Mujur tak kena simen ker, buh besi ker … Doktor buh kayu antara jari kaki dan balut. Harapnya January nanti xray tulang kaki Eilman dah sambung kembali. Aamiin…

Resipi Sotong REX Masak Sedap

Biasanya sebelum keluar Nina ke mana-mana, Nina akan sesiapkan lunch untuk anak-anak.  Dalam dok rushing kelam kelibut menu paling ringkas cepat mudah Nina akan masak Sotong tin Rex .  Kot korang belum pernah cuba, you should try beb!  Nak masak dia pun senang sangat.

Ni resipi turun temurun so far sotong tin Rex ni Nina masak gini jer, Sotong Tin REX Masak Asam . Menu lain tak pernah cuba sebab mama dok ajar masak gini selama ni dan menu ni dah jadi menu favorite Nina dan anak-anak lak..

Resipi Sotong REX Masak Sedap

Bahan-bahan
2 tin besar sotong tin REX kecik tak cukup lak nanti
1 biji bawang besar – hiris halus
3 ulas bawang putih – Nina ketuk aje
4 inch halia -hiris halus
4 biji cili kering – potong dalam 2inch
5 biji cili padi
Kalau suka pedas berapi, letak lah cili padi. Ikut lah tahap kepedasan anda. Kot nak letak 5 genggam ker… Huh? Fuhh..!!
Bancuhan air asam jawa – sikit jer. (tak pekat sangat dan tak cair sangat)
1 biji tomato – belah empat
Minyak masak untuk menumis

Sotong REX masak asam

Cara Masak Sotong Rex Sedap

1- Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering. Kalau ada cili padi, ketuk lalu masukkan sekali. Tumis hingga berbau wangi.
2- Kemudian masukkan air asam jawa. Masak hingga mendidih.
3- Selepas itu masukkan tomato dan sotong dalam tin bersama airnya sekali. Masak hingga mendidih.
4- Sambil tu, pakai sepit dan gunting sotong tersebut kepada bahagian yang kecik. Sebab sotong tuu memang besar. Kalau tak potong tak cukup oooo..! Harus laaa !!! kalau tak nanti seketul besar-besar tu depa belasah sorang satu. Mana aci !! Share-share laaa kannn
5- Dah cukup masak semua bolehlah dihidangkan bersama nasi panas-panas.

Selamat mencuba!

***Haippp…!! Jangan cilok sotong tepi dapur tuu… Tak baik tau, dosa. Ayoo.. tak tahu. Ingat orang belakang. **sapa tuu?** Hehe..

Oh ya… Sedara mara Nina yang lain ada jugak bilang Sotong Rex ni masak sambal pun sedap. Entah … Nina belum pernah cuba. Sebab kalau sotong  masak sambal Nina suka sotong fresh.

Baca : TIPS masak Sambal Sotong sedap

SOTONG MASAK APA SEDAP? 6 RESEPI MUDAH WAJIB CUBA

Selain Sotong REX Masak Sedap tentu korang ada terfikir sotong masak apa sedap ehh?
Okies, Nina dah pernah share sebelum ni :-
 6 RESEPI MUDAH WAJIB CUBA SOTONG MASAK APA SEDAP ?
Cuba tau! InsyaAllah tidak mengecewakan sebab bila adanya bahan sotong dalam fridge, selalu Nina dok ulang resipi-resipi ni.

Related posts:

Cara buat CILI JERUK HIJAU Homemade. Tips cili jeruk tahan lama tak berkulat
Chocolate Moist Cake versi Bakar
Selagi tak bersalin lagi ... Pekena Nasi Lemak bersama Sambal Sotong Serai
RESIPI Kek Coklat Lembab Moist versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa 🙂
Resepi Resipi cepatresipi mudahResipi senangsambal sotongsotong masak apaSotong tin REX masak asam

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. teddyliza2020 says:
    January 11, 2020 at 7:45 pm

    Nama:Teddy Liza
    status perkawinan: janda
    jumlah pinjaman:3.6 miliar rupiah
    tempat tinggal saya:. Palangkaraya
    email ku:::teddyliza2020@gmail.com
    kesaksian yang memotivasi saya whatsapp :;l+ 6281617538564
    tujuan pinjaman saya :Investasi / hutang

    Halo semuanya, sekarang dari (bahasa Indonesia [baˈha.sa in.doˈne.sja])/Malay, . Saya seorang janda dengan dua anak dan sejak Februari 2019 karena kebakaran dalam bisnis yang membanjiri bisnis saya dan saya mencoba mencari pinjaman dari bank saya, bank mengatakan dengan saya memiliki kredit buruk sehingga saya mencobanya dengan pemberi pinjaman lain di mana saya bodoh. Tetapi seperti yang Tuhan kehendaki, saya membaca kesaksian AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM di majalah bisnis, yang membantu bisnis dan individu dengan pinjaman besar. Saya mengajukan permohonan dan saya telah menerima pinjaman 3,6 miliar rupee dengan tingkat bunga sangat rendah 1% dan rencana pembayaran yang lebih baik. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberi tahu Anda bahwa ada banyak scammer di sini. Ambil permintaan peminjam untuk biaya asuransi, Peminjam tidak memiliki sertifikat bisnis, Peminjam palsu tidak peduli dengan gaji bulanan Anda yang membuat Anda memenuhi syarat untuk mendapat pinjaman, peminjam Palsu tidak memiliki alamat kantor fisik. Peminjam palsu meminta biaya pendaftaran dan biaya pajak, peminjam Palsu tidak memiliki situs web. Jika Anda mencari pinjaman, selalu minta pemberi pinjaman untuk situs webnya, karena banyak pemberi pinjaman palsu tidak memiliki alamat dan situs web. Jika Anda menginginkan pinjaman yang sah,Sukses hanya datang bagi mereka yang percaya pada diri mereka sendiri dan siap untuk menang. Saya tidak mengharapkan apa pun selain yang terbaik untuk Anda. Beralih ke tahap baru dalam hidup bisa menjadi proses yang menantang. Semoga Anda beruntung dalam semua upaya masa depan Anda, Anda akan menjadi hebat. ajukan sekarang.

    Aasimaha adila ahmed kontak pusat aplikasi pinjaman
    E-mail**aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    Whatsapp *********^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^+ 447723553516

    Reply
  2. Pingback: SOTONG MASAK APA SEDAP? 6 RESEPI MUDAH WAJIB CUBA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes