Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sotong REX masak asam
October 29, 2015April 5, 2023

Sotong tin REX masak asam.. Menu mudah lagi nostalgia

Sapa pernah makan sotong dalam tin warna oren tuu? Kat luarnya tulis jenama REX. Ada logo ala-ala crown permaisuri gitu.. Tahu tak? Pernah nampak? Rugi tak tahu sebab femes sungguh sotong tin REX ni, tak tau sila google tau. 
 
Kalau nak tahu, sotong dalam tin ni sangat nostalgia buat orang dolu-dolu. Menurut citer Abah Nina, Atok Nina dulu polis dan tika dulu mereka diberi subsidi bahan asas keperluan. Antaranya adalah sotong dalam tin jenama REX ini. 
 
Resepi ini pun olahan dari zaman atok nenek Nina dulu. Sekarang menu ni antara menu kegemaran Nina sekeluarga. Paling best penyediaannya sangat cepat dan mudah.  Lebih tepat menu malas masak! Hehee….Ssyyyhh…. Jangan cakap orang ehh.!! Pecah lobang. Hahaa..!!  (Idok lerr malas mana pun – ayat sedapkan hati) hihiii~
Resipi Sotong REX Masak Sedap
 
Ok, menu ni juga sesuai buat menu lauk bubur nasi terutama buat orang sakit, tak de selera makan, tekak tawar dan pelbagai sakit yang seangkatan dengannya. •••sakit hati pun boleh try•••
Sebab…. 
Kombinasi kuahnya yang masam, masin, lagi pedas memang sesuai terutama sekali buat yang demam kus-kus. Demam ngada-ngada nak kena ketuk ketampi. Sapa tuu? Bababb dia~ ahaks!!
 
Deras-deras (cepat-cepat) **bahasa orang Johor** nengok resepinya sebelum banyak lagi rahsia lain pula terbongkar. Oopsss…!!

Resepi Sotong REX Masak Asam

Isi Kandungan hide
1 SOTONG REX MASAK ASAM
2 Related posts:
Sotong REX masak asam
 

SOTONG REX MASAK ASAM

Bahan-bahan
1tin besar  sotong tin REX kecik tak cukup lak nanti
1biji bawang besar – hiris halus
3ulas bawang putih – Nina ketuk aje
4inch halia -hiris halus
4biji cili kering – potong dalam 2inch
Kalau suka pedas berapi, letak lah cili padi. Ikut lah tahap kepedasan anda. Kot nak letak 5 genggam ker… Huh? Fuhh..!!
Bancuhan air asam jawa – sikit jer. (tak pekat sangat dan tak cair sangat)
1biji tomato – belah empat
Minyak masak untuk menumis
 
Cara penyediannya
1- Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering. Kalau ada cili padi, ketuk lalu masukkan sekali. Tumis hingga berbau wangi.
2-  Kemudian masukkan air asam jawa. Masak hingga mendidih.
3-  Selepas itu masukkan tomato dan sotong dalam tin bersama airnya sekali. Masak hingga mendidih.
4-  Sambil tu, pakai sepit dan gunting sotong tersebut kepada bahagian yang kecik. Sebab sotong tuu memang besar. Kalau tak potong mana nak cukup! Harus laaa !!! kalau tak nanti besar dia belasah sorang. Mana aci !!
5-  Dah cukup masak semua bolehlah dihidangkan bersama nasi panas-panas.
 
Selamat mencuba!
 
***Haippp…!! Jangan cilok sotong tepi dapur tuu… Tak baik tau, dosa. Ayoo.. tak tahu. Ingat orang belakang. **sapa tuu?**  Hehe..
Selain sotong masak asam, selalu sotong ni Nina masak sambal. Ketahui Tips masak Sambal Sotong Sedap tak liat .. Oh ya, sotong masak apa sedap ehh?
Nina dah pernah share :-
 6 RESEPI MUDAH WAJIB CUBA SOTONG MASAK APA SEDAP ?
Cuba tau! InsyaAllah tidak mengecewakan sebab bila adanya bahan sotong dalam fridge, selalu Nina dok ulang resipi-resipi ni.
SOTONG MASAK APA SEDAP? 6 RESEPI MUDAH WAJIB CUBA

Related posts:

Resepi Bihun Sup Sedap Sempoi Chinese Style ala kuah KungFu Kantonis Mudah Senang
Akhirnya..... Tauhu celop tepung ajer. Senang!
10 Resipi BISKUT RAYA Paling Mudah Sedap Kegemaran Ramai Wajib Cuba Buat Sendiri! Sukatan Cawan jer....
Puding Oreo
Resepi Lauk PaukMenu mudahMenu RingkasResepiresepi mudahSeafoodSotong tin REX masak asam

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. saidila says:
    January 20, 2016 at 8:36 am

    tak pernah cuba lagi apa2 sotong dalam tin…..time nak cuba tapi elergik pulak…..

    Reply
  2. Surihati says:
    April 19, 2018 at 7:43 pm

    Utk msk sotong ni..Mmg xpyh ltk perasa garam atau gula ke?? Sbb dia da ori rsa sckop rsa??

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 20, 2018 at 8:12 am

      Hai surihati
      Up. To you…
      Kalau kak nina, memang tak letak garam atau gula. Rasa dia dah cukup rasa.
      Kalau selera you more masin, buh laaaa nanti.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes