Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

October 28, 2015February 15, 2016

Menu breakfast paling mudah dan cepat : Roti Bakar Cheese

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Ada yang bertanya apa menu Nina sediakan untuk baby Eilhan (1tahun++) untuk sarapan pagi dia. Katanya pepagi hari sibuk ngan pelbagai urusan kadang tak terbuat breakfast untuk anak-anak.
 
Ya, betul.. Pepagi lah antara waktu yang buzy menguruskan pelbagai urusan. Bukan aje yang keje kat office, kat rumah lagi kelam kelibut dibuatnya. Nak nak sejurus ‘bos besar’ bangun tido … Focus hanya untuk dia. 
Sebenarnya focus dia hanya kat kita. Dok bully Mama dia. Huhuhuu~
 
Selalunya menu yang simple aje. Rushing kann…?? Konon Hehehee~…
Untuk baby Eilhan menu breakfast dia sangat mudah. Roti cecah susu, roti sapu jem kadang tuu roti kosong aje. Hehee…
Roti aje?? Ya, sebab dia suka roti. Bukan malas ok! Hehee…. Yang penting eilhan harus makan dan ianya berkhasiat!
 
Selain tuu kadang ada gak menu lain. Tak kan laaa setiap hari roti kann~ 
Menu lain boleh refer menu kudap-kudapan kat bahagian search (cari). 
Jom tengok menu breakfast pagi tadi. Simple cepat dan mudah. InsyaAllah anak-anak suka dan akan ada episod siaran ulangan. Silalah rajin melayan nanti ya…
 
ROTI BAKAR CHEESE
Bahan-bahan
Beberapa keping roti
Cheese secukupnya
Magic pan (non-stick pan)
 
Penyediaannya
1- panaskan pan, susun 2keping roti dan Bakar seketika. Balikkan 
2-  letakkan cheese atas roti dan tutupkan dengan roti lagi satu
3-  kemudian tutup pan seketika. Supaya cheese cair dan melekat antara roti.
4- sedia dihidangkan.. Ulang semula bergantung pada berapa set yang diperlukan. ..
 
Senang kan? 5minit pun dah boleh siap….
Setakat gini, Abah pun boleh buatkan lain kali. Iyer dak?? 
“Mama nak 3set ya…” #ehhh… Hihiii~
 
Jangan lak kita diet sampai anak pun kena follow skip makan. Pasti berkeroncong perut mereka. Sian diaaa~ 
Sapa buat gini??? kejamnya. Bababb you!!
 
Walau apa pun menu yang kita sediakan untuk si manja, pastikan ianya berkhasiat. Sesibuk mana pun kita, pastikan mereka diberi sarapan terlebih dahulu. Ini kerana dengan  sarapan yang berkhasiat akan membekalkan tenaga seharian untuk si manja kita. Semua dah cukup tak de laa nanti episod pujuk memujuk, tantrums bagai… 
 
Tips >>> tak perlu menu yang payah lagi remeh untuk si manja,.nanti kalau dia tak mau makan, tak minat dengan menu yang kita susah payah sediakan tu,  kita juga yang frust menonggeng lalu stress. Jangan terjun bangunan lak! Haishh……

Biar simple senang cepat janji berkhasiat dan habis licin! Kita pun happy….  Lalalaaa~
 
 

Related posts:

Jom Masak dan Menang bersama Kicap Mahsuri... RM500 menanti anda setiap minggu!
JK1M JOM KURUS TEAM KLCC KAPTEN BLACK Terbaik laaaa...!!
Kelab Blogger Ben Ashaari : Bloggers DayOut "Family Day" : 1st day aktiviti
Minyak Zaitun AL'ARD pelengkap menu Eat Clean Resipi Salad Ayam Panggang Mudah
Lifestyle Resepi Info - Parentingkudap kudapanmenu anak-anakMenu anak-anak susah makan nasiMenu RingkasResepiresepi mudahresipiWestern Menu

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. yulianto says:
    November 1, 2016 at 11:00 pm

    mantap sekali resepnyaa…silakan kunjungi balik di siniyaakkk..terima kasih

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes