As’salamualaikum dan salam sejahtera…
Eh Ehh….!! Betul ker nie?? Ubat demam boleh jadi racun?
Haishhh….. Bahaya!
Awal pagi tadi Nina ada terbaca kat fb tentang cerita seorang anak kecil yang tengah bertarung nyawa disebabkan makan ubat demam.
Boleh baca kat SINI
Sesudah selesai membaca, Al-Fatihah didahulukan buat si kecil moga segera sembuh dan dipermudahkan segala urusannya.
Lantas Nina whatsapp kat Dr.Mastura aka Adik Ipar Nina tentang ubat demam ini.
Kena lah tanya Doktor kalau bab gini, Nina tak akan terus google pasal kat google ni kadang ada juga doktor tiruan. Many Thanks Adek 🙂
Ibu-ibu, bapak-bapak, mommy/daddy, atuk nenek dan semua penjaga (terutama buat owner taska).
INFO :: Ubat demam selepas dibuka perlu disimpan dalam fridge.
Tetapi, setelah dibuka hanya VALID SEHINGGA `SEBULAN – 6 MINGGU walaupun belum expired date. Sebaiknya dihabiskan dan jika ada balance disarankan supaya dibuang terus.
Kalau antibiotik wajib dihabiskan.
Sila noted!
So, segera lah buang segala ubat-ubatan cecair yang ada dalam fridge yang telah dibuka melebihi sebulan.
Ada juga parents Nina ler tuu yang suka buat stok standby ubat dalam fridge tapi pastikan ubat tersebut belum dibuka seal dan hanya buka seal bila diperlukan sahaja.
Labelkan tarikh ubat tersebut dibuka dan buang ubat tersebut selepas sebulan tarikh seal dibuka.
No wonder kalau gi klinik doktor akan bagi ubat sebotol terus dan sealnya belum dibuka.
Label pengedar, expired date semua sedia ada kat botol.
Kalau zaman dolu-dolu, ubatnya ditransfer dalam bekas lain untuk pesakit. Ada botol besar ada botol kecik.
Lepas nie dah tahu, sila lah noted yea….
Sharing is caring~
### beberapa botol ubatan dalan fridge tadi Nina dah buang. Hanya yang belum buka seal Nina simpan.
Alhamdulillah…..
ujian untuk toksikologi drug ke atas budak itu menunjukkan ia negatif pada PCM,ubat sebenar adalah METHADONE yang mempunyai warna yang sama dengan syp. PCM.
suzana,
Terima kasih banyak update Nina tentang budak tersebut.
Methadone?! Bahaya nya!! Doakannya yg terbaik buat Budak tersebut.
Anyway, kejadian ini banyak memberi kesedaran dan pengetahuan tentang ubatan.