Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

August 19, 2014January 11, 2016

Bahaya ker baby walker? hhrrmm…..

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera…

Semalam pagi di MHI ada topik Bahaya Baby Walker. Eermm… menarik nie!
Terasa nak share INFO bagus nie untuk semua.

Asalnya Nina memang jarang sekali on TV waktu pagi. Memang tak on pun selalunya
Kebetulan semalam MyGang onleave so dia laaa yang selalunya on Tv.

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Demam Kepialu / Typhoid
3 Dan akhirnya ..... Kek Lapis Cheese Persona
4 MENU BARU MARRYBROWN EATALIAN SEDAP! PUASHATI MENEPATI CITARASA FAMILY
5 Nak KURUS vs Sihat?? Iyer ke minum air rebusan Serai dan Halia boleh kurus? Apa khasiat nya..

cantik kan? gambar dari Mr.Google



Baru-baru Nina memang ada plan nak beli Baby Walker untuk Eilhan.  Walaupun Eilhan dah anak ke-4 dan sebelum-sebelum ni tak pernah pun beli baby walker tetiba terasa macam keperluan lak untuk Eilhan memandangkan Eilhan dah semakin lasak, suka sangat diri sana diri sini, paut sana paut sini… 
kadang tu terjatuh sana terjatuh sini. Risau dibuatnya…..
takut cedera kalau asyik terjatuh kan…. (mama mana yg tak risau, iyer tak?)


TAPI….
bila dah dengar penjelasan Doktor kat MHI pagi semalam  tentang bahaya baby walker terus cancel niat dihati. 

Kenapa??
– Baby yang diletakkan dalam baby walker lebih cenderung bahayanya berbanding dibiarkan kat lantai ajer

Sebab?
– Bila baby diletakkan dalam baby walker, baby akan bergerak lebih pantas dan ianya akan lebih bahaya kerana baby walker bergerak diluar kawalan kita sendiri. Siapa yang kawal? Baby laaaaa~~
Ada ker baby walker yang ada remote control……  adjust by km/per hrs, distance, GPS??  
hehehe . . .
Fakta : Meletakkan bayi dalam walker sama seperti membeli seorang remaja Ferrari – risiko bahaya. Inilah sebabnya, bermula April 2007, Canada telah mengharamkan penjualan walker bayi.
Ferrari tuh?? Berdesup laju>>>
Penyelesaian: Ikat tali supaya baby tak pegi jauh. 
Jalan-jalan sangkut, jalanjalan sangkut…. sian lak >>>  pastu ngamuk nangis!


– Kemalangan dan kecederaan disebabkan kejatuhan apabila walker tertonggeng dan baby terpelanting. Lebih haru kalau terpelanting jatuh ke bawah tangga!
merempuh perabot, terlanggar bucu dinding dan sebagainya. 
– dalam walker baby lebih mudah nak capai sana, capai sini terutama sekali tempat yang lebih tinggi. 
Contohnya tarik alas meja >>>> kebabommm semua jatuh atas baby dan kalau ada air panas camner?
capai-capai barang sekali tercapai minyak wangi ker, battery ker, pen, atau peralatan lain yang kita rasa tak bahaya …… hakikatnya bahaya yg tak terfikir.
Penyelesaian: pastikan baby walker yang dibeli sangat besar. 
Tak melepasi pintu, meja yg lebih besar dari jangkauan tangan baby ke arah persekitaran luar. (tak sampai nak capai luar)
ermm…. ada jual ker besar gabak gitu?


Baby cepat jalan kalau dok dalam walker!
SALAH salah salah…!! itu hanya rumors semata-mata
 – Ini kerana otot-otot baby terpaksa bekerja keras untuk support berdiri bila dok dalam walker terutama kaki dan pinggang sedangkan otot-otot baby belum bersedia. 

“Tengok ok jerrr baby  diri dalam tu, siap boleh jalan ke hulu ke hilir? “
Yea… nampak jelas baby macam  OK jer stay alone dalam baby walker & look sangat happy kan? Siap tetiba jer baby terus pandai menapak bila dok dalam walker kan?
Tapi hakikatnya, kita tahu ker bila otot2 terutama kaki dan pinggang baby ready untuk berdiri sendiri dan yang penting bukan secara paksaan. 
Katanya lagi, baby yang dok dalam walker akan lebih lambat pandai jalan. Ini akan merencatkan perkembangan asas  tumbesar baby untuk pandai meniarap, mengengsot, merangkak, duduk dan bebas bermain di atas lantai. Satu per satu otot baby perlu  kuat dan bersedia ke peringkat seterusnya.
Penyelesaian: walker sesuai untuk baby yang dah pandai merangkak, berdiri.
Dah besar pandai diri baik tak payah beli.

Baby lebih baik (dok diam aka ralit) pandai main sendiri, tak merengek, selamat dok dalam walker. Mama senang nak buat keje 🙂
– BETUL  tapi hanya disarankan dalam jangka masa yang sekejap. Tidak melebihi 20-30minit.
Nanti baby kurang perhatian dan sudahnya kita akan lupa nak peratikan baby. 
Penyelesaian: set timer! hehee . . . ingat ini macam baking cake ker?? Oh No!
pastinya baby akan ‘ter’lama dok dalam walker sebab keje memang tak akan pernah habis. Dok kejap jer baik tak payah beli.


Nak citer panjang lagi memang tak sempat pasal Nina tengok MHI tu pun separuh ajer lepas tu dah keluar ada urusan lain. Rugi lak rasanya tak tengok sampai habis…..
Nanti boleh google  pro contra baby walker nie~~ semua pun dihujung jari.

Kesimpulan Nina, tak jadi beli sebab bila difikirkan semula  anak-anak Nina yang no1,2,3 pun tak pakai baby walker. Ini kan pula no.4… iyer tak?
Alah bisa tegal biasa~~ 
Pokok pangkalnya, terpulang pada penilaian setiap individu itu sendiri. Tepuk dada (tepuk pelan-pelan ehh….) tanya selera~
Yang penting :: Safety first


Kalau terasa nak sangat praktikkan baby jalan, dicadangkan guna moonwalk walker.
ini gambarnya… ambik dari Mr.Google
















Related posts:

Demam Kepialu / Typhoid

Dan akhirnya ..... Kek Lapis Cheese Persona

MENU BARU MARRYBROWN EATALIAN SEDAP! PUASHATI MENEPATI CITARASA FAMILY

Nak KURUS vs Sihat?? Iyer ke minum air rebusan Serai dan Halia boleh kurus? Apa khasiat nya..

Lifestyle Ceritera NinaInfo - kesihatanInfo - ParentingTips dan Petua

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. asyifa mustaffa says:
    August 20, 2014 at 8:55 am

    Since anak no.3 x guna walker dah…mmg biar aje dia di bwh…ok la…

    Reply
  2. Nina Mirza says:
    August 20, 2014 at 4:57 pm

    Sama laaa kita
    Baby lebih cerdas bila bebas main kat lantai

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes