Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 19, 2015January 11, 2016

Nasi Goreng Ayam Leftover buat Bekal Sekolah.

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Tempat Makan BEST Senawang | KoffeeKabin Cafe sedap berpatutan
3 PROMOSI BUFFET RAMADHAN Masakan Kampung Sejati' di Kuala Lumpur International Hotel
4 Sinopsis Drama PIA TV3
5 KASUT SEKOLAH TERBAIK. KENAPA PILIH PALLAS ?

Kalau ada makanan tak habis u all buat apa? 

Buang?? Biarkan aje atas meja sampai basi? Bagi kucing makan? Simpan dalam fridge or freezer? 
Hhrrmm…… Setiap orang pasti ada jawapan sendiri kan?
Terpulang lah kat u all nak buat gi mana balance makanan yang tak habis tuu~ 
Sebaiknya janganlah dibazirkan. Itukan amalan syaiton nirojimm. Fuh fuhhh…!! 
Selisih malaikat empat puluh empat. Mintak dijauhkan dari kita semua.

Ok, hari nie Nina sharekan menu yang sangat jimat. Semuanya leftover food. Leftover?? Erkk~
Hello…. Walaupun left over food tapi still boleh makan tau cuma paling penting kita kena tekankan cara penyimpanan yang betul. Sila simpan dalam bekas kedap udara yang bersih dan kering, jangan pegang dengan menggunakan tangan sebab haba tangan kita akan mengaktifkan bakteria tapi gunalah penyepit ke, senduk ker dan yang paling penting jangan dibiarkan begitu saja atas meja makan. Simpan dalam fridge jika nak digunakan esok.

Contohnya nasi lebih semalam, sebelum tido Nina akan simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam freezer ataupun chiller aje  andai nak masak untuk esok.

Sebelum nak masak nasi goreng, nasi semalam Nina akan kukus terlebih dahulu. Ini untuk nasi lebih tahan lama dan sedap. Sampai ke petang nasi goreng masih elok. Tips nie Nina dapat dari Wani. Sebelum nie beliau tokey kantin sekolah. Dia yang ajar Nina supaya kukus dulu nasi sebelum buat nasi goreng dan ternyata memang ada perbezaannya. Maklumlah, penyediaan untuk pelajar sekolah perlu lebih dititik beratkan. Thanks banyak Wani….
Nina panjangkan petua Wani kat sini untuk mereka yang memerlukan..

Jangan tak tahu, kat luar Negara siap ada restoran yang menyediakan makanan berasaskan sumber dari Leftover Food. Eeeee…….


Jangan nak “eeee……” sangat ehh..
Kisah benar nie tau! Nina tonton segmen nie TV last year.

Kebanyakkan restoran lain yang ada leftover food akan hantar lebihan makanan asas mereka kat restoran tersebut. Contohnya roti, isi ayam, daging, 

sayuran, sausage, cheese, sos dll. 
Eh ehh…. Jangan salah sangka lak, bukan lebihan orang makan tau tapi lebihan stok kat restoran mereka. Pastu restoran  tu akan make over makanan tersebut dan dijual pada pelanggannya. Dan lagi….. mahal lak tuu

Make over? Ceh ceh cehhh…. Macam make up lak~ hahaa….
Tapi.. serius cantik dan menyelerakan lepas di make over kan~ 

Macam orang gak, lepas make over kan cun, cantik, manarik, tertarik kau memang de bomb!
hahaha…!!

So pengajaran kat sini, Jangan membazir… Di ulang Jangan, jangan = JANGAN MEMBAZIR!

Fikirkan orang yang tiada sumber makanan, perlu berusaha keras nak cari sesuap nasi, nangis nak cari makanan….
Kita lak jangan lah sewenang-wenangnya sesuka hati buang rezeki yang ada. Nangis nasi tuu tau… 

Kalau tetiba terasa sentap  dengan penulisan bebelan Nina nie kira nasib lah yea….. 
Serius Nina memang marah dan tak suka pembaziran. Please laaaa…
Sebolehnya kita elakkan lah yea. kalau degil juga, tak mau kawan! hahaaa~



Nasi Goreng Ayam Leftover
Bahan-bahan
4 cawan nasi putih
4 ulas bawang putih – diketuk dan cincang halus
1 labu bawang besar – dipotong dadu

beberapa ketul ayam goreng leftover – dipotong kecik-kecik
3 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil serbuk pati ayam – ganti perasa (tak letak pun ok)
3 biji telur – goreng bersama 1 sudu mayonnaise hingga jadi ketulan-ketulan kecil.
2 fish cake – dipotong dadu
1 sayur kacang panjang – hiris halus
minyak masak/ mentega
garam secukupnya

Cara penyediannya
1- Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng telur bersama 1 sudu mayonnaise hingga menjadi ketulan kecil dan ketepikan.
2- Cairkan mentega masukkan fish cake. Goreng seketika.
3- Masukkan bawang putih, bawang besar, isi ayam goreng dan sos tiram. Kemudian masukkan nasi, telur, sayur kacang panjang dan digaul rata.
4- Perasakan dengan serbuk pati ayam atau garam secukup rasa. Goreng lagi hingga masak.
5- Sedia dihidangkan…

Tips :: Nasi lebihan yang disimpan dalam fridge sebaiknya kukus dulu supaya tahan lebih lama dan nasi lebih sedap. Kalau u all rajin. Hehee….

Antara menu Nasi Goreng yang Nina selalu masak boleh refer sini

– Nasi Goreng Ikan Goreng
– Nasi Goreng Cina
– Nasi Goreng Yunan Chinese Style
– Nasi Goreng Simple

Apapun, sebaiknya elakkan pembaziran…


senyum sikit~ peace no war


Related posts:

Tempat Makan BEST Senawang | KoffeeKabin Cafe sedap berpatutan

PROMOSI BUFFET RAMADHAN Masakan Kampung Sejati' di Kuala Lumpur International Hotel

Sinopsis Drama PIA TV3

KASUT SEKOLAH TERBAIK. KENAPA PILIH PALLAS ?

Lifestyle AyamNasiTips dan Petua

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes