Kat mana Buffet Ramadhan BEST KL?
Lokasi pilihan tentunya korang cari yang berada di tengah ibukota metropolitan Kuala Lumpur kann..? Yang senang korang nak tuju – waze jer sampai, yang ada public transport – tak yah hadap jammed, yang parking nya dekat ngan café – tak yah jalan jauh. Betul tak? Kat mana Buffet Ramadhan BEST KL
Buffet Ramadhan 2019 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Meh Nina cadangkan korang berbuka puasa di Buffet Ramadhan 2019 kali ni kat Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Alaaa… yang dekat ngan PWTC atau Sunway Putra Mall tu.. Bohong laaa kalau keje KL tak tau Seri Pacific Hotel, sebelah PWTC kot..
Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman
Tahun ni Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur bertemakan Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman. Macam tahun tahun yang lepas, Seri Pacific masih mengekalkan sajian tradisional mengikut citarasa masyarakat majmuk yang ada kat Malaysia ni. Opkos laaa kan, time Buffet Ramadhan lah seluruh rakyat Malaysia akan menikmati pelbagai hidangan hebat yang ada kat Malaysia.
Sebut aje apa menu yang korang nak makan, gerenti ada time Ramadhan ni! Seri Pacific menghidangkan menu tradisional yang terkenal mengikut 14 negeri yang ada kat Malaysia ni. Bilang aje nak negeri mana, semua ada!
Dari Melaka ke Negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan
Kami ucapkan selamat lah datang
Moga …. Eh! Ternyanyi lak … ok poyo
Asam Pedas Ikan Pari Merliamu dari Melaka ni korang rasa tau! Suka kuah dia…
Okey , ni Antara menu yang Nina dah sempat rasa. Banyakkkkk!
Ayam Panggang Percik – Kelantan >> Paling Nina suka. Susah dah nak dapat menu ni kat KL
Asam Pedas Ikan Pari Merlimau – Opkos Melaka
Telok Itik Masak Lemak Rembau – Negeri Sembilan
Udang Rendang Daun Kunyit – Perak
Ikan Pating Masak Tempoyak Temerloh – Pahang
Nangka Masak Lemak Gelang Patah – Johor
Ayam Pongteh Padang Kota – Pulau Pinang
Terong Goreng Belacan – Kuala Perlis
Nasi Kuning – Kota Kinabalu Sabah
Tak lupa Nasi Putih – negeri mana eh …?? HEhee..
Kat mana Buffet Ramadhan BEST KL
Pelbagai menu dihidangkan kat Buffet Ramadhan 2019 Seri Pacific KL ni, dari Utara, Selatan, Pantai Timur hingga lah ke Barat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak ada! Bukan tu aje… Pelbagai juadah kesukaan masyarakat majmuk Malaysia pun ada. Nak makan apa, ala barat? Jepun? Cina? India? Opkos ada awakkk…. BEST kan…?
Pembuka Selera
Mmmm… Confirm terbuka selera korang bila nengok menu yang rare!
Kitak rasa rindu sama Hinava Ginapan? Ada! Okey … Hinava ni menu Sarawak sedap seyhh… Korang kena rasa tau!
Kerabu Kaki Ayam Kg. Kerinchi dari Wilayah Persekutuan ni pun korang kena rasa. Tak lupa Kerabu Kacang Botol dengan Ikan dari Terengganu ni. Hadoi … Tak cukup ruang perut! Dah kata pembuka selera, risau makan terlebih nanti menu lain tak muat nak rasa! HAhaaa..
Selain tu adaTalang Ikan Masin Cili Bawang pangkor dari Perak, Umai Ikan Merah dari Sabah, Rojak Buah Georg Town dari Pulau Pinang dam Pecal Sayur Aprit Sulong dari Johor pun menu pembuka selera yang ada kat Buffet Ramadhan 2019 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.
Ulam Ulaman
Malaysia memang kaya dengan ulam-ulaman. Nak awet muda, sila makan ulam eh…
Ada macam-macam. Antaranya Kacang Botol, Pegaga, Daun Ceylon, Ulam Raja, Daun Pegaga, Pucuk Gajus, Kacang Panjang, Petai, Jering, Terung Pipit, Daun Kadok, Daun Selom, Ulam Raja, Paku Rawan, Kerdas.. Banyak kannn….? Mana satu favorite korang?
Dah ada ulam opkos laaa kena ada pencecahnya kan.. Sambal Belacan, Cencalok, Budu, Tempoyak, Sambal Gesek, Budu, Sambal Nenas, Sambal Mangga. Hadoi … nak cecah yang mana pun buleh pening! HAhaa..
Stall 1 – Fried Kway Teow Teluk Anson
Kat sini korang jangan lupa terjah lak tau. Nina hampir lupa. Nangis rasanya kalau dah balik lupa singgah pekena Kuey Teow Goreng Seri Pacific Hotel KL. Bukan apa, Kuey Teow Goreng depa ni tak pernah berubah! Serius… Dah 4 tahun Nina dok makan Buffet Ramadhan Seri Pacific KL ni dan rasa kualiti sedapnya sama! Tahniah Chef
Kat area Swimming Pool ni ada beberapa stall pelbagai menu. Antaranya Warong Mee Padang Tembak, Sushi Abang Sai, Sup Gear Box ‘POWER’ dan Sup Ekor Bakar – Jalan Putra, Shell In Pantai Remis, Kambing Bakar Abang Burn.
Sup Bear Box POWER!
Tak dapat dinafikan, Sup Gear Box Power Seri Pacific KL memang power! Nina sukakan rasanya cukup rempah. Sedang hirup kuah dia, terfikir…. “Ada bihun lagi syiokkkk ni.” Ok, dasar Nina ni pemakan.. ! HAhaa.. Wajib rasa tau Sup Gear Box Power Seri Pacific Hotel KL
Kambing Bakar Abang Burn
Sapa laaa agaknya Abang Burn ni eh? Please laaa… Sedap seyh Kambing Bakar awak! Isi nya moist, lembut, asyikkkk….! Kena lak ngan sos yang ada! Perghhh…
Shell In Pantai Remis
Stall ni pun korang wajib terjah dan rasa! Kuah Shell in dia memang in my taste kata omputeh. Menepati selera dan citarasa Nina. Katanya sauce dia style Kam Heong. Dah sapa plak Kam Heong ni? HAhaa…
Kam Heong ni sos maskan style Chinese. Sedap… Korang rasa tau! Seafood pun ada pelbagai. Ada sotong, udang, kepah, pepahat buluh, jagung, ketam, Eh… Banyakkkk lah dan fresh!
Sushi Abang Sai
Hait Arigato..! Pelbagai pilihan sushi ada kat sini, opkos local filling yang pasti menggamit selera korang.
Chennai Banana Leaf Uncle Chandra
Menu masakan India yang ada kat sini antaranya Kari Kepala Ikan, Kambing Varuvel, Ayam Pepper, Tahu Sambal, Raita/Kacang Panjang Goreng, Kobis Kunyit, Papadom.
Ais Kacang Kg. Ulu
Warung Air Bro Zizi
Sapa Bro Zizi tu…? HEhe… Pilihan air pun ada pelbagai. Pilih aje mana mau. Ada Soya Bean, Air Tebu, Air Kelapa, Air Serai, Kai Chee Kang (panas), Sirap Selasih, Air Kiwi, Air Jagung, Air Kurma, Laici… Jenuh type ni, banyak kann…? Jangan minum sampai kembung udah laaa eh HAHA
Air panas – ada Teh Tarik dan Nescafe Tarik. Oh my favorite! Tak cukup 3 atau 4 cawan ni. Ssyyhhhh…. Oh my diet!
Dessert
Ahaaa… Tolong laaaa masuk area sini last sebabnya korang akan teruja nak rasa semua. Cecantik lawa depa dok posing confirm bikin korang tak keruan. Jangan ikut perangai tak senonoh Nina, semua buh dalam piring!
Kueh mueh Tradisional wajib rasa!
Ok, tak mampu nak ungkap dengan kata-kata. Kueh mueh tradisional Seri Pacific Hotel KL memang sedap! Nina paling suka Kueh Tepung Pelita, Kueh Talam Ubi. Tak lupa Kueh Kaswi. Aduyai … lembutnya, lemaknya memang WIN!
Selain tu ada Tepung Talam, Keria, Renggas, Ketayap, Seri Muka, lepat Pisang, Bingka Pisang, Kuih Sago Mata Ikan, Sago Gula Melaka, Cucur Badak, Putu Mayam, Kuih Apam, Kolie Kacang, Onde-Onde, Kuih koci dan Kastard Jagung. Meriah kann…? Rambang mata nak makan yang mana.. Huhuu
Cake Ohhh… Cake
Mini Mango Cheese, Chocolates Torte, Mini Black Forest, Bananamisu, Fruit Flan, Mirror Cake, Chocolate Charlotte, White Chocolate Mousse, Lemon Meringue, Creme Brule, Crucomboush, Assorted French Pastries dan 14 jenis Jelly Pudding.
Fresh Fruit
Jangan lupa makan buah-buahan. Antara yang ada Tembikau Susu, Tembikai Merah, Nenas, Betik, Guava, Nangka, Belimbing, Jambu Air, Dragon Fruit, Rambutan, Langsat, Salak, Duku dan banyak lagi …
Bubur Manis
Tengok ni…? Deretan bubur manis ada dalam bekas rare konon macam artifak gitu. HEhee… Adanya Bubur Kacang Hijau Durian, Pengat Ubi, Pulut Hitam, Bubur Gandum, Pengat Ubi Sago, Bubur Cha Cha, Bubur Kacang Merah, Bubur Jagung, Pengat Pisang dan lagi lagi lagi …. tak ingat derr… HAhaa
Kemudahan lain – selesa
Surau
Kat Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur semuanya lengkap. Selain lokasi yang stategik dan public transport yang memudahkan perjalanan, kat sini pun disediakan surau yang selesa kat tingkat enam sepanjang bulan Ramadhan. Lepas iftar kalau korang nak terus solat terawih ada kat sini.
Public Transport , Parking
Nina datang sini naik Star LRT jer. Korang turun Stesen PWTC, gedek-gedek jalan kaki *jangan ngade nak bayangkan camner jalan gedek-gedek* bababb kanggg. Korang jalan kaki santai gitu, korang ikut jejantas berbumbung (selamat dari kena hujan) dan terus sampai tangga lobby Seri Pacific Hotel. Cepat, murah, selamat! Selain tuu, korang boleh naik komuter – turun PWTC. Pastu jalan kaki sampai sini. Tak jauh gak.
Kalau korang bawak kereta pun tak susah. Parking senang sangat. Banyak pilihan. Samada parking kat Seri Pacific Hotel, kat Sunway Purta Mall, PWTC pun boleh… Ikut pilihan korang nak park kat mana .. .
Kat Seri Pacific Hotel KL ni korang dah ambik tiket, nanti bagi kat kaunter masa nak bayar dapatkan chop dan korang boleh bayar parking flat rate!
Amacam..? dah plan nak Berbuka Puasa kat sini nanti dengan si dia? Ker nak suggest kat office buat majlis berbuka puasa kat sini pun cun gak. Reunion sekolah ke kann…? Kot nak private event pun boleh..
Tengok ni… Syiokkkk kannn.. kat area swimming pool ni terletaknya stall. Tapi sila take note, tak akan adanya orang mandi manda waktu korang berbuka puasa nanti eh.. HEhee..
Harga Early Bird – tempeh sebelum 15hb April 2019
RM90 nett dewasa
RM45 nett kanak-kanak (5 – 12 tahun)
Harga Buffet Ramadhan 2019 Seri Pacific Hotel KL
RM120 nett dewasa
RM60 nett kanak-kanak (5 – 12 tahun)
Tempahan
Untuk tempahan korang hubungi 03-4042 5555
Website : www.seripacifichotel.com
Facebook : www.facebook.com/seripacificofficial
Instagram : www.instagram.com/seripacifichotelKL
Okay … Sebelum balik, kena laaa bergambar kenangan dengan kengkawan. Nanti datang lagi ngan family lak! HEhee..
Selamat menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa! Maaf Zahir dan Batin
best sangat dan dah mula rindu gear box dan juga shell in di Hotel Seri Pacific ni.. fuh mengancammm sedap!
Ummi Nani,
Kannn…. Setuju! Sup gear Box dan Shell In Pantai Remis tu sedap! Suka sos shell in tu…
besnya. dah 2 thn x dpt join. hahahaha
Alahai … tahun depan join eh!
Sedap sedap belakaaaa..
Aben laaa rugi balik awal. Banyak lagi kena rasa tau! HEhee
This Ramadan package send so interesting and I can arrange to have one group with my Muslim client for iftar there! The food in your hand looks yummy!!!
Wahhh pilihan menarik.. sushi pun ada
Aahh… banyak pilihan! Sushi pun ada, local filling gitu. Try laa sedap!
oh my sedapnya asam pedas n sup gear box tu…dah lah tgah hujan ni…lapar pulak dibuatnya…tp serious mmg best lah menu² dia… awesome sungguh
Ahaa… Fareez should datang sini. Memang terbaik laaa Seri Pacific Hotel KL punya Sup Gear Box dan Asam Pedas!
Banyak betul pilihan menu .. rambang mata nak buka posa nanti ..
Salina,
memang rambang mata. Semua rasa nak ambik, nak rasa, nak makan! Akhirnya semua rasa gak , sikit-sikit. Tak rasa rugi lak. HAhaaa
Mak aiii, ada asam pedas ikan pari lah. Itu salah satu menu fav emi. Tapi harga dia boleh tahan jugak ye, RM120. Emi biasa akan lebih utamakan buffet yang harga bawah Rm100 kalau nak pi makan dengan kawan2. Tapi, kalau harga yang dibayar tu berbaloi dengan kesedapan menu2 dan servis dari pihak dorang, why not kan?
Emi,
Yup, ikan pari asam pedas tu recommended you! Wajib rasa tau…
memang sedap makan kat sini! Best yer kalau dapat berbuka kat sini Ramadan nanti
Huda.. tu laaa, dapat berbuka puasa sini lagi syiokkk kan. Bawak family! Dah laaa menu sedap belaka!
Bagusnya dieorang prepare surau terus siap siap sepanjang ramdan nanti. Ye la kan. Makan makan jugak. Solat jangan lupe. Senang sikit bila ada surau dekat dekat. tak payah rushing rushing
Uishh semua nampak sedap! Tapi kuey teow goreng tu lah yg paling menggoda..sedapnyaaaa
sedapnya menu berbuka puasa kat hotel seri pacific. harga pun not bad. craving pulak tengok shell out tu..sedap je dalam gambar. boleh la datang iftar kat sini time bulan puasa nanti kan.
Kita pun suka juga sup gear box kat sini hari tu makan sorang jer habis wakakakakka.. Tapi kat sini memang menarik dan makanan banyak semua sedap-sedap. Cuma mungkin tempat tu boleh di tambah baik dari segi pencahayaan terlalu gelap nak makan ehhehee masa kita datang hari tu lah wakakakkaka..
Ulalalalalala~ Paling suka masakkan tradisi ni sebab lemak cukup, rempah cukup. Haish mengancam gulai nangka tu. Bukan senang nak jmpa kalau pergi kedai makan nasi campur sekarang ni kan. Next place to go for buffet ramadhan kot.
Wah sedap-sedap belaka.. Ada shell kau.. Perghh.. Sushi tu yummy.. Cake ungu tu mcm jelky erk.. Aduh lapr terus
Wah satu Malaysia kau. Setiap Negeri ada signature food memasing eh. sedap nampak kesemuanya. Gear box menggoda sungguh. Tak tahu la mampu ke nak sedut bila dah kenyang dengan menu lain.
ya Allah meriah betul hidangan-hidangan buffet ramadhan di seri pacific kl nie yer. bolehlah nanti nak bawa satu family berbuka di sini. tambah2 dessert table tu. ya Allah dappnya. rasa nak makan semua. harga pon berpatutan. pilihan pon banyak
Sedapnya..sup gearbox tu memang favourite akak..tapi takleh makan selalu..satgi baju raya x muat ahahaha
Sedapnya lauk pauk yang dihidangkan tengk gambar menyelerakan. Nina guna kamera apa ni, very sharp the pics sumenya, I loike
Jom Belajar Buat Blog Untuk Jana Pendapatan
Apa ni entry dimulakan dengan asam pedas!! Nampak sedap gila ui! Nad jarang buka puasa buffet dekat hotel-hotel camni. Tapi kalau sekali sekala nak try tu boleh je.. Lagipun memang nampak menyelerakan.
Shell in tu memang sedap..hr tu berebut gan anak makan shell in tu. Menu yg lain pun not bad, mmg berbaloi buka puasa kat sini
I have not been to Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur for years. miss their ramadhan buffet spread. a lot of choices and the place is quite nice for whole family
ambopi sedap2nya makanan kat sini..terliuq tengok..paling terliuq ikan patin tu adoihai…mengancam betul…suka datang buffet yang banyak mempertengahkan buffet makanan tradisi sebab ikut selera perut orang asia kan
Amboi!! Banyak nya pilihan jika berbuka puasa d sini!! Paling menarik bila tgk sup gear box n shell out tue.. Perghh.. Mengundang selera.. Bila la AM boleh diet kalu menu cenggini.. Bulan puasa tapi berat bdn AM yg naik.. Hahaha
Along Murni, dah sampai sini terus hilang pertimbangan. HaHaa…
Diet pun hilang dari radar. Makan aje! Tak makan rugi.
Wau sedap2 masakan dekat seri pacific hotel ni yea.. menyelerakan semuanya.. kalau dapat berbuka puasa kat sini best ni.. dah lama tak pi.. masa pi dulu zaman kerja je
Alhamdulillah… Dah 4 tahun merasa air tangan Chef kat Seri Pacific ni. So far tak pernah mengecawakan. Try laaa nanti berbuka puasa kat sini
Wah..sedapnya masakan kampung, semua hadoo!!kalau kak klu blh nk rasa semua tp tentu xblh nk mkn semua kan?