Pernah tak mengalami situasi anak yang sukar makan omputeh kata picky eater? Kebiasaan ibubapa akan mengalami situasi begini dan mostly kanak-kanak memang punya sifat begini. Memang bikin stress! Jarang ada anak yang suka makan, tak memilih menu, terima dan makan ajer apa yang dihidangkan… Setuju tak? Hari ni Nina kongsikan resepi Fish Chip Rice Ball Menu untuk Simanja Picky Eater. Cuba laa… Mana lah tau kot berkesan, kena dengan citarasa simanja.
SIMANJA PICKY EATER SUSAH MAKAN
Jangan risau kerana anak yang sedang membesar sedang mencari minat mereka. Ibubapa lah yang harus hormati minat dan citarasa mereka. Tak semua kanak-kanak sama citarasa walaupun mereka adik-beradik. Mereka pun macam kita juga, punya selera dan citarasa makanan yang pelbagai menu, begitu juga mereka. Yang penting, kita harus sajikan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Kadang-kadang memang stress dibuatnya kan…?? But how ….?
Disini Nina sharekan menu yang simple dan berkhasiat untuk simanja anda. FISH CHIP RICE BALL MENU UNTUK SIMANJA PICKY EATER . Ada ikan untuk protien, ada kentang untuk karbohidrat, ada sayuran, tomato dan tak lupa Nina sediakan nasi (makanan utama kita) yang telah Nina kepal-kepal bentuk bebola – comel kann… untuk menarik minat anak-anak. Jom tengok resepinya
RESEPI FISH CHIPS RICE BALL
MENU UNTUK SIMANJA PICKY EATER
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
4-5 keping isi ikan Dory – Nina beli yang frozeen ajer
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
Serbuk Secukup rasa Maggi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Sampingan
Kentang Goreng – Nina guna ready made ajer then goreng garing dan toskan.
Mix Vege – direbus seketika
Nasi – dimasak seperti biasa, kepal-kepalkan
Tomato
& apa sahaja mengikut citarasa masing-masing
Cara masak Fish Chips Rice Ball
- 1- Ikan Dory dinyahbekukan.
- 2- Panaskan kuali dan minyak untuk menggoreng
- 3- Kesemua bahan disatukan dalam pinggan kecuali telur
- 4- Telur dipukul rata dengan menggunakan garfu
- 5- Salut ikan dengan telur lalu golekkan ke atas pinggan yang berisi serbuk tepung pula
- 6- Goreng dalam minyak sehingga masak. Ala-ala deep fried gitu
- 7- Setelah masak rata, angkat, toskan dan ketepikan
- 8- Hidangkan bersama ketang goreng, bahan sampingan lain dan juga sos kegemaran.
Selamat mencuba!
MENU LAIN UNTUK SIMANJA SUSAH MAKAN
Untuk sos, boleh dihidangkan bersama sos pilihan mereka samada cili sos, tomato sos, mayonnaise ataupun thousand Island. Tepuk dada tanya selera
Kalau nak mencuba Lemon Sauce boleh lah singgah GRILLED DORY FISH WITH LEMON SAUCE dan jika inginkan kombinasi pedas terangkat a.k.a Black Pepper Sauce click RESEPI CHICKEN CHOP WITH MUSHROOM SAUCE pula yea…
IBU JANGAN PUTUS ASA
Moga menu ini FISH CHIP RICE BALL MENU UNTUK SIMANJA PICKY EATER akan membuka selera dan minat anak-anak anda untuk makan. Jika anak-anak tak mau juga makan, anda ajer lah yang perabih kan ehhh ….. hehehe
Jangan berputus asa kerana setiap hari adalah pengalaman berharga untuk kita
sedap tu kak Nina..presentation yg mnarik..