Hari ni Nina nak sharekan Resepi Cream Puff Kastard Cream yang mudah, senang aje buatnya dan amat sedap dinikmati bersama keluarga tersayang. Ditambah lagi dengan inti cream custard nya yang lemak manis pasti menambat hati yang tersayang~ Percaya lah ….!! Dah rasa satu ketul pasti nak dua, dan lepas tuu gerenti nak tiga dan seterusnya…. Buleh bikin tak berhenti makan…!! hehee . . .
Sedap nya! Kena double kan adunan tau… Nanti tak cukup!
Anak-anak punya lah suka ….. tak cukup rasanya satu adunan nie! Nampaknya lain kali Nina kena double kan LAGI adunan nie. Huhuu . . . Gembira rasa hati tatkala melihat Geng dan anak-anak sukakan hidangan kita 🙂
tak terungkap dengan kata-kata. Syahdu syahdan bak ada taman bunga ros mewangi dalam hati. Ok , over. Haha
Resepi ni Nina rujuk dari Yani MyResepi. Terima Kasih Yani… Memandangkan Yani kata resepi nie dapat dalam 10biji, so Nina pun doublekan adunan. (tapi tak cukup juga untuk family Nina) hehee . . .
Mula-mula kena buat cream custard nya dulu yea.. Supaya nanti cream custard dah sedia sejuk dan bolehlah di paipkan terus ke cream puff. Memasak nie kadang kala perlukan perancangan yang betul agar proses memasak jadi mudah, teratur dan seronok 🙂
Resepi Cream Puff KAstard Cream
Resepi Cream Custard
Bahan-bahan
1sdb tepung gandum
1sdb tepung custard
200ml susu segar
4 sdb gula pasir
1 biji telur saiz A
1 sdb marjerin/butter
1/2 sdt esen vanilla
Cara Buat Cream Kastard
1- Satukan tepung gandum, tepung castard dan 2 sudu besar susu dalam periuk. Kacau rata hingga tak berketul
2- Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata lagi.
3- Selepas itu, masukkan kesemua baki susu segar dan gula, masak atas api perlahan sehingga pekat. Sentiasa kacau untuk mendapatkan custard yang licin.
4- Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata.
5- Masukkan custard ke dalam pipping bag dan sedia di paipkan ke dalam cream puff
Resepi Cream Puff
Bahan-bahan
1 cwn tepung gandum -120gm
1 cawan air – 200ml
1/2 cwn butter – 90gm > dipotong dadu
4 biji telur (saiz C) bersamaan = 200ml telur > dipukul sebati
1 sdt esen vanilla
1sdb gula
secubit garam
Cara Buat Cream Puff
1- Panaskan oven pada suhu 200’c. Satukan air & butter dalam periuk, masak hingga butter cair
2- Kemudian masukkan gula dan garam
3- Dengan menggunakan api kecil, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat kat periuk.
4- Tutup api. Biarkan adunan sebentar / suam.
5- Masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. (kalau nak lebih mudah, masukkan adunan dalam mangkuk pemutar dan putar menggunakan mixer hingga sebati)
6- Selepas itu, masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bintang.
7- Paipkan adunan bentuk rosset di atas dulang pembakar dan tekan bucu supaya kejadian puff nanti cantik bulat.
8- Spray permukaan doh/rosset dengan air
9- Bakar pada suhu 200’c selama 15minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180’c dan teruskan bakar selama 20minit hingga keperangan. (Bergantung pada oven masing-masing)
10- Setelah sejuk bolehlah paipkan cream kastard dan sedia dihidangkan.. (Nina tak belah cream puff tapi Nina masukkan cream kastard dalam pipping bag + nozel yang kecil dan cucuk kat dalam cream puff tadi)
Selamat mencuba!
sedapnya cream puff.. dah lama tak wat… nozel lak dah TERRRbuang.. sbb buang cream topping hari tu.. dah lama simpan dlm freeze.. aleh2 angkat skali nozle dia.. uwaaaaa.. bukan sket.. 5 uuuuuu.. esok tu baru teringat… lori sampah pun dah kutip sampah tu..
JaSSNaNi,
sedeyy nyer dengar citer u …. Frust kan?
Jangan sedey ehh, nanti bodeklah En Abg beli nozel 1set.
hik hik hikk~~
Salam kak nina
sy dh 3x bt tp xpenah menjadi
cream xda mslh cuma puff jew huhu
knp ek?
Wasalam Ejah,
Untuk pengetahuan Ejah, kak Nina pun pernah mengalaminya.
Pada pendapat kak Nina, dari pengalaman kak Nina – maybe sebab bahan & sukatan yg kurang tepat,
contohnya sukatan telur amat memainkan peranan. Even terlebih sikit pun
nanti adunan akan cair..
untuk step no.3 – adunan perlu dikacau hingga kental.
untuk step no.5 – kalau menggunakan mixer, jangan pukul terlalu lama, nanti adunan akan menjadi cair.
Moga tips ini dapat menbantu Ejah 🙂
Salam Akak. Kalau saya nak ganti cream custard tu dengan whipped cream + strawberry je ok tak ?
Wslm,
untuk creamnya boleh ajer digantikan dengan whipping cream atau buah-buahan kegemaran
slm..sy br nk mencuba, ada resepi sy terbaca guna tepung naik sndiri (raising flour), mna lbh elok kta guna tepung gandum atau tepung naik sndiri kak..
Sis sdb and sdt tu apa ye?
Monster Muffins,
sdb = sudu besar
sdt = sudu teh
comel..sy baru nak try wat cream puff ni..izin copy resepi sis..tq..
silakan….
Selamat mencuba!
kalau mentega tukar jadi planta boleh ?
satu cawan tepung tu kan..cawan tu besar mana?
Nur Aniza,
cawan yang Nina gunakan adalah cawan untuk baking
boleh dibeli kat bakery. Mostly ramai yang gunakan sukatan cawan ini untuk baking.
Kat hypermarket pun ada jual…
SDB – Sudu Besar
SDT – Sudu Teh
Tak silap lah 🙂
Assalamualaikum,
Thank you for sharing the recipe. Baru jeh buat tadi, first time and menjadi! Happy sangat. Thank you^^
Tapi nak tanya, ada tips tak macam mana taknak bagi cream puff tuh kosong kat tengah? Maknanye cream puff tuh padat. Mohon share kalau tau 🙂
And macam mana ye nak buat cream custard tuh cair sikit? Yang resepi akak share sedap, tapi saya lebih suka kalau cream custard nya cair sikit. Hehe
Papepon terima kasihhhh ^^
salam sis… nak minta share resepi ni di blog saya http://www.edaariff.blogspot.com.
Eda Ariff,
pertama sekali…. maaf bebanyak! Nina baru perasan ur comment.
Silakan… Boleh boleh… Resepi yang ada kat CoratCoret Nina memang untuk dikongsi bersama 🙂
Kak adunan ni dpt brapa bji puff
Hakim,
Adunan ni x dpt byk. Bergantung pada nozel dan size besar Cara kita paipkannya.
Kak Nina punya agak2 besar dpt dalam 10biji ++
Assalamualaikum sis..sy dh try custrd puff sis ni..msa bkar naik elok puffnyer tp bla dh abih bkar kmpis pulak..huhu..knapa ye?
Wa'alaikumussalam mikiorianeko,
Banyak faktor yang boleh jadi punya
Antaranya
Belum cukup masak dah keluarkan dari oven — tambahkan masa
Suhu oven dan kuantiti — kurangkan sikit puff (jarakkan) supaya puff dpt suhu yang rata
Ppsstt >>>> boleh view entry Nina baru-baru tentang tips/cara membuat dan resepi cream puff.
Dari kesilapan kita akan lebih expert nanti 😉
Keep in touch & Good luck
Hehe..tq sis kak nina mirza..nti2 sy try lain..aritu trigin sgt nk mkn custrd puff..tu yg uat tu..tp xjd plak..nti bla uat lain sy ikut tips2 yg kak nina bg..^_^ trima ksih ye..halalkn ilmu yg diberi..
custard cream tu nak cucuk dari ats ke tepi?acanne tu
Nina cucuk dari tepi …
Salam kak.. Nak tanye, resepi ni untk hasilkan brpe biji creampuff ye??
Salam kak nina.tanya.krim puff tu guna kuning telor saja ke?
T.ksh
Wa’alaikumussalam Riffin
Keseluruhan telur. Sebiji
Assalamualaikum kak nina..nk tnye..susu segar gantikan dgn susu cair blh x ? Pastu klau telur saiz c dlm 4bji..klau guna saiz a nk letak berapa biji kak ??
Wa’alaikumussalam Syafika
Boleh ganti susu segar ke susu cair. No problem.
Telur C 4 biji boleh try ganti telur A dalam 3biji. Pecah, pukul semua dulu pastu sukat. InsyaAllah dpt 200ml. Kalau kurang, pepandai adjust tambah lagi sikit eh…
Assalamualaikum kak Nina, td Hana buat..Menjadi Kak…Sedap pulak tu kejap je dah licin..Mohon share resepi kt kwn kwn ye Kak..Terima kasih
Kak nina . Kalau mentega untuk puff tu kita ganti pakai marjerin boleh x ??? Apa perbezaannya ???
Hai Wardina,
Boleh jer gantikan ngan majerin. Tetap jadi puff.
Beza nya guna butter lagi sedap! 🙂
Assalamualaikum kak .. saya dah buat dah .. sedapp.. tapi kenapa dekat bahagian luar puff tu dia jadi mcm keras dan rangup sikit ??
Sedihnyaaa..xjadi guna resepi ni.. 🙁 adunan cair je walaupun dah sukat betul2..
Salam… Kak nina… Nk tnye creampuff ni brp lame die than klu letak icing sugar? Sbb xsmpai sejam icing sugar dh cair.. Plss bantu…
Wa’alaikumussalam Malika,
Atas cream puff tu untuk deco sebaiknya
tabur snow powder. Boleh beli kat bakery. Tahan lama
Hai kak..sy baru try resepi.cream puff akk ni..sedap! Thumbs up! Thank you share resepi ya
Asssalammualaikum. Mohon share resepi creampuff sis ni ye. Terima kasih.
Hi, kalau susu segar ganti dengan susu sejat boleh x?
Hai waaaaaaa, susu segar boleh di gantikan dengan susu UHT atau susu cair.
GI
This blog is definitely entertaining additionally factual.I have picked up helluva helpful tips out of this amazing blog.I ad love to visit it again and again. Thanks!
Mmng xjadi pun resepi ni..kena pandai olah sendirir..cair tambah tepung
Menyesal ikut sebiji2 resepi.. betul la sis nina.. rugi ikut resepi.. kena double suami puji menjadi.. kena buat lagi..
Hi saya nk mintk maaf sblum ni prnh komen ckp x jadi.. lepas bljar buat dkt utube dan tgok resepi ni baru jadi…mintak halal resepi
Alhamdulillah menjadi. Yeayyy… Seronoknya dengar!