Menu sahur paling cepat simple yang Nina nak share hari ni berasaskan sotong. Tapi sebelum tu opkos lah korang kena tahu tips cara masak sambal sotong sedap tak liat sebab sotong ni kalau tak kena caranya memang lah liat. Boleh tercabut gigi palesu. Sadis! Hari ni nak share resepi sotong goreng kunyit, menu favorite yang Nina suka masak sebab menu ni paling cepat simple dan ringkas. Sesuai lah untuk menu sahur. Waktu sahur kan rushing. Huhuu
As’salamualaikum … Hari ni dah masuk hari ke-6 kita menunaikan ibadah puasa. Anak-anak dah mula biasa dengan rutin bangun awal pagi buta. Sian gak nengok anak-anak ni… ngantuk-ngantuk , mata tak larat nak bukak macam ada gam dinasor, kaki melangkah longlai seretttt ke dapur, duduk lak macam tak jejak, nak tak nak turut kan aje mama suruh sahur. Nasi makan macam tak nampak nasi. Tabah laaa sayang.. Banyak nau intro nya! HAhaa
Menu sahur paling simple sedap cepat masak
Mak nya lah kena bijak sediakan menu yang anak gerenti makan. Kengkonon kena lah masak menu yang boleh buat depa teruja nak makan walau tutup mata. Hahaa… Bijak laa sangat! Sebenarnya mak nya pun ngantuk nak masak sahur. Hahaa.. Nasib baik dengan mak nya tak de #dramasangat kalau tak haru dibuatnya!
Ketahui TIPS MASAK SOTONG TAK KECUT HANYIR
Okies, ini tips petua yang korang kena buat sebelum masak sotong.
Cuci bersih sotong, potong sesiap dan kemudian korang rebus sotong bersama asam keping seketika. Tak perlu sampai sotong masak sepenuhnya. Teknik ini menyejat air hanyir sotong, mengekalkan size sotong dan sotong pun jadi lebih kenyal, tak liat selepas masak. Toskan dan sedia masak!
MENU SAHUR PALING SENANG CEPAT SOTONG GORENG KUNYIT
Maka .. Nina masak menu paling senang, cepat, simple – Sotong Goreng Kunyit. Sekali harung semua Nina masuk dalam satu kuali. Sotong bersama sayur-sayuran bertaburan memeriahkan suasana. *Kononnya*. Yang pasti , gerenti ada insan yang gigih sanggup besarkan mata dok asingkan sayur! hehe… *taktik mak gak tu, luaskan pemandangan!*
MENU SAHUR PALING SENANG CEPAT
RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT
Bahan-bahan
500gm sotong sederhana besar – cuci bersih dan potong bulat 2 atau 3
1 biji bawang besar – hiris nipis
3 ulas bawang putih – Nina ketukkan aje
2inch halia – hiris nipis
Sayur kacang buncis secukupnya – potong serong
Carrot – potong kecil
Bunga kobis
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara penyediannya
1- Sotong yang telah dibersihkan dan dipotong lalu diperap bersama serbuk kunyit dan sedikit garam lebih kurang 20minit.
2- Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3- Kemudian masukkan sotong goreng hingga masak.
4- Masukkan sayur kacang buncis, bunga kobis dan carrot, gaul rata hingga masak.
5- Perasakan dengan garam secukup rasa. Nina tak letak pun sebab tadi masa perap dah letak…
6- Tutup api dan sedia dihidangkan bersama nasi panas-panas! Wallaa
Selamat bersahur!
Selain Sotong Goreng Kunyit, sotong masak apa sedap ehh? Nina dah pernah share :-
6 RESEPI MUDAH WAJIB CUBA SOTONG MASAK APA SEDAP ?
Cuba tau! InsyaAllah tidak mengecewakan sebab bila adanya bahan sotong dalam fridge, selalu Nina dok ulang resipi-resipi ni.
Korang share laaa selalu korang masak apa paling cepat tuk menu sahur… Nanti Nina share kan lagi menu lain lak ehh… doakan nina rajin update yaa *bulan puasa ni mood dok pi laut mana tah.. Korang pun ada tak alami rasa gini.? Huhuu
Doa Ramadhan Hari keenam
اَللَّهُمَّ لاَ تَخْذُلْنِيْ فِيْهِ لِتَعَرُّضِ مَعْصِيَتِكَ وَ لاَ تَضْرِبْنِيْ بِسِيَاطِ نَقِمَتِكَ وَ زَحْزِحْنِيْ فِيْهِ مِنْ مُوْجِبَاتِ سَخَطِكَ بِمَنِّكَ وَ أَيَادِيْكَ يَا مُنْتَهَى رَغْبَةِ الرَّاغِبِيْنَ
Ya Allah, jangan Kau hinakan aku di bulan ini karena keberanianku bermaksiat kepada-Mu, jangan Kau cambuk aku dengan cambuk kemurkaan-Mu dan jauhkanlah aku dari (segala perbuatan) yang menyebabkan murka-Mu. Dengan anugerah dan kekuasaan-Mu wahai Puncak Harapan para pengharap.
Simple dan sedap. Yang pasti membuka selera. 🙂
sedapnya kak nina!
Walaupun simple, tapi nampak menarik dan menyelerakan…
Sotong goreng Kunyit tu… Yummmy…
Sepanjang bulan puasa ni tentu ada banyak resepi masakan yang akan dikongsikan di blog ini..
Dah lama tak makan sotong, teringin laa plak