TIPS PEMILIHAN PAKAIAN YANG SESUAI MENGIKUT SAIZ BADAN DAN MAJLIS
Tadi (5/9/15) bertempat di De Palma Hotel, Ampang Selangor – Nina telah berpeluang menghadiri bengkel ‘Stylo Workshop Wawa Idris bersama Kelab Blogger Ben Ashaari’.
Dibengkel ini Puan Wawa Idris telah berkongsi kepakaran beliau bersama kami. Lebih kurang 30 bloggers kesemuanya.
Ada tema pakaian lagi tau bengkel ni..! Smart & Santai gitu… Dan kami diberitahu ada pemenang hadiah pakaian terbaik Ratu & Raja untuk sapa yang follow tema. Dasat kannn??
Pastu lagi, kami diminta bawa 2set persalinan untuk sesi Mix & Match.
Aduyaii~ Ini yang bikin Nina pening tetiba migrain pastu muntah-muntah loya. Hahaaa Alasannn….
Puas laaa semalaman dok fikir nak pakai baju apa datang nanti. Nak bawak baju apa… Dah laa Nina surirumah aje, mana lah ada baju keje, baju dress ke yang lawa kebabomm..
Tak kan nak bawak kain batik kann…?? Erkkk….. reti ke Nina pakai kain batik?? hahaa..
***ppsstt >>>> tak reti punnn, jangan cakap orang ehh….***
packing dok packing sampai tertido, sedar dah pagi kelam kelibut bawak aje baju yang ada. Terasa nak bawak gobok pun ada..!! haha
Nina pasti rakan-rakan blogger KBBA yang lain pun turut mengalami fenin lagi stress yang sama. Tak yah lah bohong bilang tak risau kannn…. kak Nina tauuuu sangat!
**Jangan bohong, dosa!** hahaa…
Itu cabaran sebelum pegi bengkel. Cabaran lah sangat~ hehe
Sekitar jam 10pagi bengkel bermula. Sebelum tuu ada breakfast sikit buat isi perut. Sapa sampai awal dok ulang makan aje nampaknya… hehee ** sapa lah tuu**
Ada juga dok selfie memanjang. Biasalah blogger kann~ mana kan berpisah ngan smartphone. Nina punya semakphone aje. Huhuu~
Jadilah buat snap-snap gambar, untuk kenang-kenangan abadi… **Bukan Abby Abadi yaa**
Ini lah Puan Wawa. – in real –
Alahai…. bergetar gigi (gigi berlapis kannnn) tengok Puan Wawa yang amat cantik lagi stylo!
“Giler tak cantik kann”
Seronok sangat bengkel ni sampai nak mula citer dari mana pun tak tahu…. Huhuu~
Banyak tips dan ilmu tentang fesyen, penampilan, bentuk badan, cara pakaian, warna yang sesuai, jenis kain, dress code, aksosesi, fesyen makcik-makcik…. #Ehhh~ hahaa
Haishhh…..!! Banyak sangat! Giler tak seronok…!!
Nina kongsikan serba sikit ehh….. Kalau semua mau 3 hari 3 malam tak sudah Nina type sampai kejung jari-jemari ‘beta’ nanti… Ahaks! Beta konon… Hahaa
***Tak perli sesapa punnnn*** Ampun kan patik~ hehee (Gurau aje)
Ok, Nina ringkaskan serba sikit – Konsep berpakaian ada ke orang tak pakai baju? Oopsss…!!
Bila kita nak ke sesuatu tempat, kita haruslah tekankan 3 perkara dibawah. Senang jer nak ingat. Ingat baju ingat sabun basuh baju TOP. ** Bukan promote ehhh**
TIPS PEMILIHAN PAKAIAN YANG SESUAI MENGIKUT SAIZ BADAN DAN MAJLIS
T – Time ( samada siang atau malam)
O – Occasion (untuk event apa? makan-makan, meeting, outing)
P – Place (hotel, kenduri bawah khemah, pantai, office, taman permainan, taman bunga #ehh… itu dating) hahaa….
So, jangan lah waktu siang dok pakai baju ala baju tido, pastu lak kalau ke meeting sebaiknya pakai blazer/jaket (bukan jeans), dan kalau ke hotel jangan laaaa pakai selipar!
Sikit info >>> antara kasut lelaki. Untuk yang berkejaya. Sila pakai Oxford Shoe ya… INi akan menambahkan ke’macho’an anda bersama baju kemeja dan blazer. Tetiba jadi smart, gaya mutu keunggulan. Chewah…. |
Bak kata Puan Wawa : First impression is the last impression
Walau dah jumpa seseorang itu sejuta kali atau 2.6billion kali, namun tanggapan penampilan dia semasa pertama kali memula kita nampak itu lah yang akan kita ingat sampai bila-bila…..
Contoh nya >>>> Memula jumpa kita nampak
## kat baju dia ada kicap – “Eeee…. Baju dia kotor!”
## Kat gigi ada cili – “Alamak…!! Spoil”
## Lupa jip seluar dia – “Oh Tidakkkkkk…” OOpsss…!! **buat-buat tak nampak jer laaa** Hahaa
Bak kata pujangga ~ dari mata lah turun ke hati.. Chewahhh ~~ **kengkonon romantik**
HAh! Sila jangan senyum atau muntah yaaa… sekali sekala you
Ok, Selain tuuu…. penampilan juga semudah ABC yang harus kita titikberatkan. Tak berat mana punn, tak perlu pikul punn.. Take noted aje! hehee…
Simple ok tapi jangan lah selekeh. Dah selekeh ada lak tambahan pengotor! No no no…..
Konsep ABC atau konsep 3K yang perlu diambil kisah ya Tuan-tuan dan Puan-puan 😛
A – Appearance | Keterampilan
B – Behavior | Kelakuan
C – Communication | Komunikasi
kalau uollss dah hensem , macho, bergaya, smart lagi sado tapi selekeh, bengis, sombong, cakap macam nak makan orang >>>>> terus nampak dah macam Squidward si kawan Spongebob tuuu..!! Kenal tak… tak kenal sila google ya. hehe…
TIPS PEMILIHAN PAKAIAN YANG SESUAI MENGIKUT SAIZ BADAN DAN MAJLIS
Tapi . . . . walaupun berpakaian simple tapi nampak bersih, kemas, baju yang bersesuaian majlis, muka ada senyum, focus bila orang bercakap, duduk sopan, tak ketawa mengilai macam hantu >>>>> terus kalah CheTa tau!
Setuju tak?? hah! betul kann~
Kot laa ada nak tambah ilmu kecantikan disarankan pi lah tuntut Teknik Asas Makeup Class . Setidaknya idok ler rupa tu pucat lesu macam Hantu Kak Limah.
Puan Wawa banyak menurun kan ilmu dan tips… Nina berbesar hati (besar lah sangat Nina kannnn) hehe….
Gambar atas kiri : Hah..!! Mula-mula sesi checking dress code. Adakah pakaian kita bersesuaian dengan bentuk badan dan imej kita.. Barulah tahu selama ni pakai sesuai ke dakk~
Gambar bawah kiri : Sesi Oh My Body! Ukur jangan tak ukur… Kata Puan Wawa, “Jangan ukur ikut cm, nanti terkezut beratus-ratus, sila ukur ikut inci yaaa…” Hahaaa…
Gambar kanan : Pemilihan baju yang blogger bawak. Puan Wawa ajar nak mix dan match baju yang ada.
Rantai mutiara. Cantik kann? Menurut Puan Wawa : setiap wanita harus ada seutas rantai mutiara. Ini akan membuatkan anda tampak elegent dan exclusive.
Orang yang berbadan besar aka gemuk
– Sila elakkan baju berlapis-lapis.
– Sebaiknya pakai kain siffon. Lembut dan cantik terletak jatuh kat badan. Insya’Allah boleh laaaa nampak kurus sikit. Oh Ya, Siffon tidak sesuai dipadankan dengan seuar jeans. Sila noted.
– Pakai warna gelap dan berpakaian warna ton senada. Bukan warna yang bercanggah sangat. Macammm…… Blue/Orange
– Pakai pakaian yang bersaiz sebenar. Bukan one size bigger gelebeh sana gelebeh sini (dah macam hantu ponti siang hari) or one size smaller – ketat yang amat sampai dah macam korset kat luar (nangka/cempedak bungkus lagi cantik). **Tetiba teringat cempedak goreng. Hhmm…. sedapnya makan panas-panas! **laa plak***
– Elakkan pakaian bercorak melintang.
– Elakkan baju yang kembang belah bawah. Lagi nampak kembang semangkuk. **Maaf yaa.. tidak bermaksud** sekadar menerangkan dengan jelas lagi terang. Gitu
Double chin | Muka bulat
– Elakkan pakai T-Shirt round neck. Sila pakai kemeja atau T-Shirt V Shape.
– Muka bulat tolonglah elakkan pakai aksesori atau apa saja yang berbentuk bulat atau corak bulat. Contohnya brooch bulat, (pasni cari yang design petak, bujur), tudung ada corak bulat-bulat, dot-dot,
Tapi . . . . . . kalau kat perut ada itu bulat, Mr.B (buncit aka boroi) terserlah ombak-ombak rindu bagai – enggak bisa buat apa-apa dong~ hehee…. ** Tak gelak ehh, Nina tutup mulut jerr**
Kecik molek petite macam Nina
– Pakai warna senada. Dari tudung hingga lah ke kasut. Contras colour akan memotong ketinggian anda. lagi nampak pendek. Oopsss…!! Comel yaa
– Jeans/seluar > jangan lipat kat bahagian bawah. Ini juga akan memotong ketinggian kaki anda. Sila potong seluar bukan kaki. Ehhh….. alter hantar laa kat tailor atau rajin jahit sendiri. Sikit jer kann….. iBab jahit Nina malas! hehee . . . Sapa nak jahitkan sila pm whatsapp. Nina bagi upah 🙂
– Yang penting sekali > Sila pakai kasut tinggi. Hah! Ini yang Nina kena ubah sesangat sebab Nina tak gemar berhigh hill, risau jatuh terplecuk betul ker ejaan ni? Malu oooo…..
Cer bayangkan …
∆∆ kalau tengah elok-elok jalan, orang lak tengah usha . . . . pastu jatuh tergeliat!
“Oh Tidakkkkkkkkk…”
Mau rasa nak bungkus semua keseluruhan diri masuk dalam handbag you. Muat ker??~
Ok… Buat masa ini, setakat ni perkongsian Nina. Ada masa nanti Nina share lagi ya..
atau uollss yang rajin ada masa banyak tuu kat office sila lah usha-usha timba ilmu baca kat web Puan Wawa di www.wawaidris.imejpatik.com atau facebook beliau Wawa Idris ImejPatik.
Pihak-pihak korporat, office, individu yang berkerjaya, yang ingin berjaya, mahupun surirumah macam Nina memang disarankan joint bengkel sebegini. Insya’Allah… bengkel seperti ini pasti akan memberi keterampilan imej yang lebih baik untuk setiap individu itu dimasa akan datang teruatama buat pekerja kerana tips pemilihan pakaian yang sesuai mengikut majlis dan saiz badan amatlah penting.
Bila imej sesedap mata memandang, kita juga akan lebih yakin dan bersemangat menghadapi hari-hari mendatang. Usah usia melangkaui personaliti diri... (Ini ayat Nina yaa – memandai jer kann….)
Belum tua dah nampak macam Atok bukan Dato ya. hehee… . .
Bestnya lagi masa bengkel ini berlangsung, ada lucky draw. Nina tak de lah verangan nak dapat apa-apa pun…. sebab selalunya memang tak lucky punn…
Tapi . . . . . tak sangka lak kali ni Nina amat bertuah. Yeah yeahhh…..!! Dapat spek mahal you~
Terima kasih penaja 🙂
Kan memula tadi Nina ada citer bengkel ni ada tema ‘Smart & Casual. Ada best dress code tau! Ini lah pemenang nya….. Dapat hadiah best lagi…!! Beruntung uolls~
Hurmm….. biasalah…. snap picture! Acara wajib setiap event. Untuk kenang-kenangan~
KBBA best!
sedikit info :
Sepanjang bengkel ini,
Live photo update : UncleKay Photoworks (www.instagram.com/unclekayphotoworks) sangat efficient. Memang sangat live update! Suka…
Video by : KAIO Studio (www.instagram.com/kaiostudio) cantik-cantikz gambar dia snap tau! Love it
Yang best nya lagi….. banyak sponsor!
Terima kasih banyak yang tak terhingga buat
Ratu Jannah – Best tau produk ni…. nanti Nina sambung citer pasal ni. Tungguuuuu~
Kapt Jai
Salees☆Food Authentic Malaysian Halal Food Made Easy!
MBH_MEDISPA
Chemboja
#EyeMasterOptometrist
#OptometristWan
Disini Nina nak share >>>>
Wawa Idris akan mengadakan seminar bertemakan Kebangkitan Hero Niaga aka Seminar SuperHeroes pada 7 November 2015 nanti.
hah..!! Kot yang mana berminat nak jadi The Best Super Hero Yang Berjaya sila lah layari dan follow kat bawah ini untuk info lanjut ya~
Instagram WawaIdris_ImejPatik
Facebook Wawa Idris ImejPatik
Web : http://www.wawaidris.imejpatik.com
WOW Virtue Training & Image Consultant
Suite : 33-01, 33rd Floor
Menara keck Seng
203 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel: +6019.236.3907 / +603.2116.9619
Fax: +603.2116.5999
Terima kasih banyak semuaaaa…..!!!