Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

July 8, 2015January 11, 2016

OPPO R7 Series : Best ker?

As’salamualaikum….

Semalam, tarikh yang cantik 7 Julai  2015
Nina berkesempatan bersama-sama #KelabBloggerBenAshaari ke Majlis Pelancaran telefon pintar terbaru keluaran Oppo Malaysia  iatu R7 Series di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.

Model yang dinanti-nanti akhirnya menjelma kini. 
Nina dimaklumkan acara pendaftaran bermula sekitar 4pm. Dalam hati dok fikir, camner laaa Nina nak joint nie~ Bukannya boleh bawa baby gi event. 
Bersungguh-sungguh Nina nak turut-serta. Dan akhirnya, Nina naik LRT dari rumah 2pm, bawak sekali baby Eilhan pastu pas baby Eilhan kat MyGang. Baby Eilhan ikut abahnya gi keje! hehee….. (kejap boleh laaa kan, dengan harapan menggunung tinggi baby Eilhan tak nakal dan dok diam  baik-baik kat office abahnya) 
**siap pesan kat Eilhan masa dalam tren** macamlah dia faham Hahahaa…
  
Ok, Nina dah sampai ….!! Selfie dulu… Mana yang lain nie >>>>>>
1st Batch team KBBA dah sampai …. Yeah…!! 
Gambar ini ditaja oleh TAG BOOTH
Selfie ngan maskot Oppo Malaysia – #Ollie
Gambar ini ditaja oleh TAG BOOTH

Pertama kali Nina joint event gadget dan terasa kemeriahan dan keterujaan mengetahui fungsi-fungsi terkini yang ada kat #R7Series. Dengan theme #StyleInAFlash amat menawan hati Nina. Seronok seyhh….. dapat pengalaman pertama merasai , meng’explore’, godek-godek smartphone baru yang belum ada kat pasaran. Bohong lah kalau bilang tidak kannnnn~

hehehe…
Meh Nina citer sikit perihal R7Series ni…  sikit jer ehh~
Ada R7Lite dan R7Plus
Dua-dua pun canggih, upgrade lagi up to date. Tapi kann….. Nina lebih terlebih magnet melekat kat R7 Plus! Poyo ayat kannn…. hehee

Oppo R7 Plus skrin besar 

–  bersaiz 6-inci dengan paparan HD penuh dan berasaskan AMOLED untuk paparan gambar yagn tebih terang dan jelas. Gempak! Seronok buat tengok youtube nie!  
–  memori 3GB RAM membolehkan pengguna menjalankan pelbagai aplikasi dengan lancar – mahupun membuat multi-tasking. pasni senang laaa nak update entry dari smartphone aje. 
– Untuk ruangan storan, Oppo R7 Plus menyertakan ruangan sebesar 32GB, selain boleh diperluaskan sehingga 128GB menggunakan mikro-SD. lagi banyak boleh simpan sorok dalam ni… HAhahaa bukan gelak jahat ehhh… Hahahaa…. gelak lagi~ OOpsss!
–  ciri-ciri tambahan, termasuk bateri berkapasiti 4100mAh dan dilengkapi sokongan pengecasan pantas VOOC.  
Ni nak citer, charge 5minit boleh cakap hingga 2jam. Wow! Memang memudahkan cara….
–  Ada pengimbas cap jari pada bahagian belakang Ciri keselamatan ni… Anak-anak, sorry.. tanpa cop jari mama tak boleh main smartphone mama. Hahahaa…. Saya suka , saya suka….. sangat!!
–   ditawarkan dalam warna emas sahaja di Malaysia untuk permulaan. Cantik, elegant & Exclusive. 

Best kann….?? Harga ***jeng jeng jenggg***
Hanya RM1998 termasuk GST 


Tak aci kann….. citer pasal R7 Plus ajer, hehee….. R7 Lite juga hebat dengan harga mampu milik RM1298 juga termasuk GST


Kedua-dua nya  akan dijual bermula 11 Julai 2015. Sila lah terjah mana-mana booth Oppo Malaysia atau boleh aje book online. 
Selfie ngan Oppo R7 Plus… mana tau malam ni tido esok bangun dah ada sebelah katil. Ahaks! hahaha….


Gambar ni original dari Oppo R7 Plus. No edit. Cantik kann…?? **Perasan lebey sudaaa**

Keseluruhan, model terbaru R7 Series Oppo Malaysia memang menarik minat ramai yang hadir. Fungsi-fungsi terkini yang diperbaharui berjaya menambat hari ramai. Nina ler tuu… hahaa
Paling best –  bab charge bateri nya. Masa yang diperlukan amat singkat dan ini sangat memudahkan segala urusan. Praktikal
Maklum laaa, yang sekarang ni asal charge aje memang sampai penuh pastu asal on data ajer sekejapan dah blink-blink tinggal 6%.
WhatsApp berasep-asep masyuk. camner?? Oh tidakk….!! 
Macam biasa …. Acara penutup sebelum balik, snap gambar kenang-kenangan bersama-sama.
Yeahh…. KBBA terbaik!

Terima kasih Oppo Malaysian di atas jemputan. Lain kali ajak lagi naaa….. Best arr~

Memandangkan Nina tak cerita banyak pasal spesifikasi Oppo R7 Series, sila lah rajin-rajin baca dan  layari 

Web : www.oppo.com/my 
Facebook , OPPO Malaysia .


ppsstt >>>> nak selit sikit
Ada 2 gambar yang cantik kat atas tuu ditaja oleh TAG BOOTH
cantik-cantik gambar mereka dan banyak prop yang ada. Mereka lak sporting lagi friendly …
Keterangan lanjut hubungi

KIM
012.231.0613
email : sales@tagbooth.com.my
www.tagbooth.com.my
www.facebook.com/tagbooth
www.instagram.com/tag.booth




Related posts:

Nina Mirza Cheese Cake Leleh sememangnya Awesome!! iyer ker nie....???
Day4 NUGGET AYAM HOMEMADE Bekal Sekolah Eilhan
Kuey Teow Goreng Bodo pun sedap!
Hadoi . . . Dia dah buat perangai!
Lifestyle EventInfo - SemasaReview

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes