Salam Ceria buat semua …..
“Abang, balik nanti tolong belikan setin Air Coke yea …. “
Bukannya Nina tak boleh nak beli sendiri, tapi cuaca tak mengizinkan. Payah nak keluar rumah hujan-hujan gini dengan bawak sikecik Yana semata-mata nak beli setin Air Coke. Nak tak nak, terpaksa lah menunggu Hubby balik nanti.
Sambil-sambil tuuu, nyanyi lagu Rossa – Ku Menunggu ~~~
hehehee .. . .
Sesampai Hubby kat rumah, dia pun bertanya dengan nada peliknya….
“nak buat apa ngan air Coke nie? Minum ker??” Heran dia dibuatnya.
Mahu tak, tak pernah-pernah Nina minta air Coke! Lepas Nina jawab untuk buat masak ayam, lagi lah Hubby pelik bin ajaib. Kesian dia~~~~ heheee . . ..
Ayam Masak Coke?? Pernah dengar tak? First time Nina dengar dari Chef Arm.
Pada mulanya agak nervous juga nak menggunakan air Coke untuk masakan.
Maklum lah …. air berkabonat nie Nina tak berapa minum sangat. Apatah lagi nak buh dalam masakan. Kalau pegi fastfood pasti Nina akan minta tukar air berkabonat tuu kepada ais lemon tea/milo/ribena …. (terasa bagai ala-ala kanak-kanak riang sewaktu minum ribena… hehehe)
Disebabkan rasa ingin mencuba, Nina tutup ajer mata masa nak buh air coke tuu dalam periuk. (tutup mata tipu-tipu laaaa, kalau betul-betul tutup mata mahu berkecah dapur Nina. Nina gak yang nak ngemas nanti…)
Sesudah siap semuanya …. Nina pun merasa sesudu kuah Ayam Masak Coke nie… Padahal, sebelum-sebelum nie jarang sekali Nina merasa masakan setelah siap.
Hrrmmm ….. not bad! Sedapp juga rasanya. Manis-manis itu… Terima Kasih Chef Arm.
Kalau terasa nak sesuatu kelainan untuk masakan ayam, boleh lah cuba! Kekadang tu nak bosan dok fikir nak masak apa lah ngan ayam nie …..
Balik-balik – Ayam Goreng, Ayam Masak Kurma, Sup Ayam, Ayam Kicap Bersantan, Ayam Masak Halia dan lain-lain lagi~~
So, pas nie ada menu baru dan lain dari yang lain. Selain dari itu, resepi amat lah mudah dan cepat penyediaannya. Untuk makluman, air berkabonat keluaran bumiputera ada banyak dipasaran.
Jom tengok resepinya …. Nina share kat sini yea Chef 😉
Ayam Masak Coke
Bahan-bahan : –
1 Ekor Ayam ( Dipotong Kecil )
1 Sudu Teh Garam
2 Sudu Besar Minyak Masak
6 Ulas Bawang Putih ( Dititik )
1 Tin Coca-cola
1 Sudu Teh Serbuk Pati Ayam
2 Sudu Teh Gula
1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk halus *** Nina tambah
Cara Penyediaannya : –
- Perap ayam dengan garam selama 3 jam.
- Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan masukkan ayam.Kacau selama 2 minit.
- Masukkan coca-cola, serbuk pati ayam dan gula.
- Biar mendidih hingga sos menjadi pekat.
- Dihidang panas bersama nasi putih.
Selamat mencuba!
psstttt >>>>> Walaupun semua sedia maklum air coke tak bagus untuk kesihatan tapi Nina ada satu info yan ingin dikongsi bersama
***** Jika kita mengalami batuk berpanjangan, boleh lah mencuba ….
Masakkan secawan air coke sehingga mendidih, tunggu suam lalu diminum.
Insya’Allah batuk akan berkurangan.
***** Jika kita mengalami batuk berpanjangan, boleh lah mencuba ….
Masakkan secawan air coke sehingga mendidih, tunggu suam lalu diminum.
Insya’Allah batuk akan berkurangan.
Terima kasih banyak-banyak kerana sudi mencuba resipi saya.Actually coke ini adalah penganti kepada bahan yang beralkohol.
sama-sama Chef 🙂
suka resepi nie!!