As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Dah aga lama juga Nina tak dinner kat luar. Hati meronta-ronta dok kata tak mau masak. Bukan malas ehhh … Hehehe.. Dalam bayangan di minda ni dok kerinduan terbayang-bayang akan Kambing Bakar bersama sos black pepper. Suka sangat menu ni time bulan puasa. Tapi >>>>> Kat mana ada kambing bakar sedap?? Tak mau jauh-jauh sangat. Selalunya masa kenduri orang aqiqah ke, open house ke adalah menu kambing style gini.
First step kena lah tanya Gang dulu… Pujuk-pujuk dia kasitau yang Nina dok ngidammmm sangat nak makan kambing Bakar style grill bersama sos black pepper. Yelah, nanti dah usha tempat bagai, berangan-rangan sekali dia bilang tak mau bawak kan ke tragis! Oh tidakk….. Tak mau keciwa
Kat mana Kambing bakar sedap?
Akhirnya pucuk dicita ulam mendatang. Chewah.. Green light! Apalagi, berdesup Nina tanya kengkawan lokasi Kambing Bakar Grill yang sedap! Risik punya risik, kata dah di ikat, janji dah sepakat akhirnya kami pun sampai ke hari yang di nanti.. Kat mana? kat mana? …. jeng jeng jeng
Kambing Bakar AA Super Grill di U5 Subang Bestari
menyajikan Kambing Bakar Grill bersama sos black pepper yang di idam-idamkan. Tempatnya sempoi ala food court (open air) yang amat santai dikelilingi banyak lagi stall yang menyajikan menu yang menarik juga. Dari rumah Nina(Batu Caves) sekitar 25minit perjalanan. Nina ikut laluan Sg.Buloh dan follow waze type aje ‘AA Super Grill’ korang akan dibawa terus ke destinasi.
Sampai aje sini terus Nina ke stall AA Super Grill Kambing Bakar. Vavavaa…. Tepat! Sasaran dikesan. Ini lah menu yang dok bermain dalam kotak kerinduan Nina. Tengok sikit sos dia …. Ahaaa .. Black pepper sos! Yeayy yeayy …. Over exited kalahkan Eilhan dapat mainan gamaknya!
Haishh …. Tak sabar nak order ni..!! Terus order 3set untuk Nina sekeluarga. Dup dap dup dappp menanti dengan penuh debaran. Sedap ke tak ni? Menepati selera ke tak ni?? Tapikan usai masuk ke kawasan food court ni, bau kambing bakar depa memang meruntum jiwa raga. Aroma yang amat membangkitkan selera. Cer dok dekat-dekat stall sambil tengok depa bakar. Aduyai …. “kecur ayaq liuq bak ang”

Mmmmm …. menyelerakan. Ada Bawang Holland, capsicum bersama roti you.. perfect kombinasi. Terbaik!
Ni nak story, portion ni hanya RM10 aje tuk 200 gm. Berbaloi-baloi.. Memang kena ngan trademark mereka “Mok kita maroh jual mahal” Cayalah!
Ok, tak mau citer panjang berjela. Meh Nina citer tatkala pekena gigitan pertama. Jeng jeng jeng >>>>> Walawei …. lulus dengan jayanya! Mabeles.. menepati selera orang cerewet macam Nina. Syabas! Kambingnya lembut, empuk dan moist. Sos black pepper dia pula, memang kena ngan selera tekak Nina. Tak pedas berapi macam sesetengah tempat tuu. Boleh hirup-hirup lagi. Syiokkk..!! Tiap gigitan membuakkan keinginan nafsu! Meronta-ronta makan nak lagi, lagi, dan lagi …!! Tetiba …. “Haipp..!! Dah dah .. tak yah makan banyak-banyak! Yang ni kita share jer.. ” huhuuu … Alaaaa, Gang suh share ngan dia aje. Dia kata dia dah orderkan tuk Nina Nasi Ayam. Pulak?? huhuuu … keciwanya sampai menusuk dalam lubuk sanubari ni tau :p
Korang nak tau nape? Hanya suami tercinta aje aje faham kerenah bagai-bagai isterinya ni. hehehe… Nina ni kan, kalau dah ngadap kambing bakar memang tak ingat dunia. Nak pula sos black pepper yang sedap tu kan… Hantu kambing! Kalau dibiar, gerenti Nina aje dok perabih kesemuanya! Tak ingat orang belakang. Pastu cer buat-buat tak nampak, berdesup Nina order lagi berset-set. Hahaa..!! Sebelum orang nampak, baik dia sound awal-awal. Suh sedar diri! hahaa… tolonglaaaa jangan citer kat orang naaa Ssyyhhh~
Anak-anak pun puji akan keenakkan kambing bakar dan sos black pepper AA Super Grill. Anak-anak Nina taste makan depa macam maknya juga. Cerewet sikit banyak sebenarnya pastu terus terang complain kalau tak sedap. Yelah, anak-anak kann bila berkata-kata jujur dari hati. kalau derang cakap sedap memang sedap lah tuu…!!

Nak kasitau, AA SuperGrill sedia menerima tempahan utk majlis korporat, jamuan hari raya, rumah terbuka, majlis kahwin, majlis tunang dan lain-lain.. Selain tu kan, depa pun ada jual Sos Black pepper yang sedap tuu dalam botol.
Dengar citer kan…. Bos dia nak buat Lunch Box delivery tuk area Shah Alam. Wah! Beruntung laaa sapa yang keje/dok area Shah Alam ni. Boleh merasa sendiri keenakkan kambing bakar AA Super Grill tanpa ke stall mereka. Rajin-rajin laaa korang usha fb & IG mereka untuk info lebih lanjut ya..
IG : https://www.instagram.com/aa.supergrill/
Fb : https://m.facebook.com/aasupergrill/
En Aslam (owner) : 019-6340294
Waktu operasi : Isnin- Khamis 630ptg-1030mlm
Jumaat -sabtu 630ptg-1200mlm
Ahad tutup
Alamat : Food Court Tat Nasi Ayam, U5 Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor. (dekat ngan LEMBAGA GETAH MALAYSIA dan HELP UNIVERSITY)
Dah sedap gini, pasti Nina kembali lagi. Tahniah AA Super Grill. Moga terus sukses…
terbaik la.. cik en memang suka makan cmni
terus terliur tengok…..x sabar nak pergi 18hb nanti…
Takde rezeki lagi nak kesini. Ritu sesat T.T
Sedap sangat dah try makan hari tu memang akan repeat lagi… dapat roti free lagi..
Sedap nya..meleleh kak…