Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

March 7, 2016September 3, 2022

Sambal Telur Burung Puyuh dan Khasiatnya…

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera kengkawan tersayang…. Apa khabar? Moga Semuanya sihat walafiat disamping yang tersayang dan kerja hakiki.  Mak mak tengah buat apa tuu?? Dah masak ke belum? Hurmm… Lagi buntu ehh.. Biasalah tu 😉 kot tak de idea, meh follow menu simple Nina –  Sambal telur burung puyuh. Dah agak lama juga Nina tak masak menu yang kaya dengan khasiat ni.

Isi Kandungan hide
1 Resipi Sambal Telur Burung Puyuh
2 Related posts:

Jangan tak tahu, telur burung puyuh  khasiat banyak untuk kesihatan tau! Makanlah dengan bersederhana. Kaya dengan protein dan sumber kolesterol baik. Korang boleh singgah baca kejap dan dalami ilmu ilmiah perihal Khasiat Telur Burung Puyuh .  Sekurangnya kita tau apa yang kita makan.  Jangan over makan udah ler ya… Berpada-pada dan bersederhana itu sebaiknya!  Dah kasitau ni, dengar cakap tau, bersederhana

Dah dah… Jom tengok resipi campak-campak Nina. Setakat sambal korang lagi terror kot… Tak pe, dah sampai sini, baca jugak tau! Macam ayat paksa kannnn hehee. . . .. #JanganKecamSaya

Sambal telur burung puyuh Dan khasiatnya

Resipi Sambal  Telur Burung Puyuh

Bahan-bahan
15 biji telur burung puyuh – kalau nak lebih ikut suka banyak mana nak masak
sedikit garam – untuk merebus
1 biji bawang merah
2 batang serai
cili blend – Nina campurkan sedikit belacan
air asam jawa
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara penyediannya
1-  Telur dibasuh bersih lalu direbus sehingga masak. Masukkan sedikit garam dan beberapa titik minyak masak ke dalam air rebusan. (supaya senang dikupas dan telur tampak cantik lagi licin) Sesudah telur masak, alirkan ke air paip. Kemudian toskan lalu dikupas kulitnya dan ketepikan.
2-  Panaskan kuali, masukkan minyak untuk menumis. Tumis bawang dan serai hingga kekuning-kuninggan.
3-  Masukkan cili yang telah diblend secukupnya. (kalau mahukan sambal yang banyak letaklah banyak. Terpulang mengikut citarasa masing-masing) Goreng sehingga cili pecah minyak.
4-  Masukkan air asam jawa, kacau rata hingga mendidih. Rasakan  secukup rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
5-  Kemudian masukkan telur burung puyuh yang telah direbus tadi. Biarkan seketika hingga mendidih.
6-  Masukkan bawang potong untuk hiasan. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

Ok laa…. Nak makan ni sama nasi panas! Wallaaa~

Related posts:

Ruam Lampin! Kesian baby. .. Sapa ada Magic Lotion?
Kejam giler! Sinopsis Drama CEMBURU SEORANG PEREMPUAN
Buffet Steamboat + Grill yang sedap, mabeles dan murah! Maharaja Steamboat kat Selayang best!
Day 3 - Eilhan tadika, Mama lak yang syahdu. Huwaaa . . . .
Lifestyle Resepi Tips khasiat telur burung puyuhLauk Paukresepi mudahresipiSambalsambal telur burung puyuh

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. adda syuhada says:
    March 7, 2016 at 4:11 pm

    Thanks share resipi 🙂

    Reply
  2. saidila says:
    March 9, 2016 at 1:15 am

    lama tak makan telur burung puyuh….memang sedap dapat makan ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes