Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

October 3, 2012September 3, 2022

KETAHUI KHASIAT TELUR BURUNG PUYUH UNTUK KESIHATAN

Telur burung puyuh….!! Pasti ramai yang kenal akan telur burung puyuh ni kan… Tahu tak Khasiat Telur Burung Puyuh nagus untuk kesihatan ?  Kecik bukan sebarang kecik tau telur ni kerana sebiji telur burung puyuh nie bersamaan dengan 4 biji telur ayam. Dasyat kannn? Sapa lah yang hebat mampu makan sekali gus 4 biji telur ayam. Hehhee…

Isi Kandungan hide
1 Ketahui Khasiat Telur Burung Puyuh
1.1 Related posts:

Telur sumber protein

Telur adalah antara sumber protein yang baik. Menurut satu kajian, pengambilan telur ayam yang bermutu sehari sekali baik untuk kesihatan badan. Sebiji telur mempunyai 75 kalori dan 5 gram lemak namun begitu, kepelbagaian itu penting. Terdapat pelbagai jenis protein yang diperlukan oleh badan dalam membesar dan membaiki tubuh manusia. Makan telur adalah mengambil sebahagian daripadanya. Pengambilan protein dari tumbuhan seperti kacang soya dan spirulina dapat melengkapkan jenis-jenis protein yang diperlukan oleh badan manusia.

Ketahui Khasiat Telur Burung Puyuh 

Khasiat Telur Burung Puyuh

Sebiji telur puyuh mengandungi lebih kurang 13 % protein berbanding telur ayam 11% . Telur puyuh baik untuk perkembangan otak kanak-kanak, ibu-ibu yang menyusu baby dan juga ibu-ibu yang mengandung. Tidak dilupakan bagus juga untuk warga emas.

Kebanyakkan orang takut nak makan telur burung puyuh nie dengan alasan telur nie tinggi kolesterol! Benar ….!! Tidak dinafikan . Sangat tinggi kandungan kolesterol nya TAPI kolesterol BAIK (HDL) dan yang paling penting telur ini tiada kelosterol jahat (LDL) So, bagi penggemar telur burung puyuh nie, makan lah dengan senang hati 🙂

Selain dari itu, disebabkan khasiat yang banyak telur burung puyuh ini mudah dilarut, diserap dalam tubuh dan mudah dicernakan dengan sempurna. Lagi pula, telur burung puyuh nie murah dan mudah didapati disekitar kawasan kita tinggal iatu Malaysia. Setahu Nina, kalau kat kawasan Eropah Barat dan Amerika Utara, telur burung puyuh nie dilabelkan sebagai makanan elit a.k.a makanan mewah untuk orang kaya! Beruntungnya kita

Kanak-kanak pasti suka akan bentuknya yang kecil lagi comel. Mostly telur nie dihidangkan dengan cara sambal tumis, sampingan dalam salad, dalam menu Yong Tau Foo dan yang paling ringkas dan mudah – direbus dan dimakan begitu saja

Kalau anak-anak Nina pula, terutama sekali yang bongsu Yana akan makan berulang sambil teman Nina kupas kulitnya. (Actually, dia dok menunggu mamanya kupas kulit then cepat-cepat masuk dalam mulut dia) Hehhee
Haa.. Alang-alang citer pasal telur rebus, Nina share ngan korang tips masak telur rebus senang kupas kulit cantik licin tak menggerutu . Korang try, gerenti telur rebus korang dapat hasil yang cantik licin masa kupas.

Resipi Sambal Tumis Telur Burung Puyuh

Bahan-bahan
15 biji telur burung puyuh
sedikit garam – untuk merebus
1 biji bawang merah
2 batang serai
cili blend – Nina campurkan sedikit belacan
air asam jawa
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya
• Telur dibasuh bersih lalu direbus sehingga masak. Masukkan sedikit garam dan beberapa titik minyak masak ke dalam air rebusan. (supaya senang dikupas dan telur tampak cantik lagi licin)
• Sesudah telur masak, alirkan ke air paip. Kemudian toskan lalu dikupas kulitnya dan ketepikan.
• Panaskan kuali, masukkan minyak untuk menumis
• Tumis bawang dan serai hingga kekuning-kuninggan
• Masukkan cili yang telah diblend secukupnya. (kalau mahukan sambal yang banyak letaklah banyak. Terpulang mengikut citarasa masing-masing)
• Goreng sehingga cili pecah minyak.
• Masukkan air asam jawa, kacau rata hingga mendidih.
• Rasakan secukup rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
• Masukkan telur burung puyuh yang telah direbus tadi.
• Biarkan seketika hingga mendidih.
• Masukkan bawang potong untuk hiasan.
• Tutup api dan sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!

Related posts:

Roti Canai Kayu Arang Melaka wajib singgah Sarapan pagi sedap
Sinopsis DRAMA PUTERI YANG DITUKAR ASTRO PRIMA
Kat mana Homestay murah area KL ? ShortVacay | Feeling orang kaya stay kat KL Guest House
TIPS Cara Setting AirCond Penghawa Dingin ini dapat Jimat banyak Bil Elektrik
Lifestyle Parenting Resepi Tips Info - kesihatankhasiat telur burung puyuhLauk Paukresepi mudahresipiresipi ringkassambal telur burung puyuhTelurtelur rebusTips masak telur rebus senang kupas kulit cantik licintips masakan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. Marsita yahya says:
    October 3, 2012 at 1:43 pm

    Salam kenal, BW and join sini. Mmg ngancam telur cinonit ni..
    http://my-mintroom.blogspot.com/

    Reply
  2. Rohah says:
    October 3, 2012 at 2:08 pm

    sedap ni haaa..makan ngan bubur nasi..menambah2 gamaknya..

    Reply
  3. Nina Mirza says:
    October 3, 2012 at 4:31 pm

    Salam Perkenalan juga dari Nina
    Terima kasih yea sudi singgah blog Nina yg tak seberapa nie 😉

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    October 3, 2012 at 4:34 pm

    As'salam Rohah ….

    Oooo … Rohah suka makan ngan bubur nasi ehh~
    Kalau Nina suka ngan nasi panas2. Memang tambah tak perasan
    HAHAHAA….!!

    Reply
  5. CT Delima says:
    October 5, 2012 at 9:48 am

    As'salam Nina

    k.ct setahun rasanya makan dan masak telur puyuh ni 2 kali aje. Memang tak percaya masak hanya 10 biji tu pun lambat nak habis. kalau ke pasar tani Shah Alam tu k.ct makan ambil 2 biji saja makan dengan nasi lemak tak boleh lebih bahaya tu hihi

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes