As’salam ….
Esok MONDAY !!. Buat yang bersekolah, esok merupakan minggu kedua persekolahan. Mostly para ibubapa dah tak temankan anak-anak ke sekolah lagi. Kira pandai-pandai mereka lah berdikari dan jaga diri sendiri.
Buat yang bekerja, kebanyakkan esok dah mula kerja setelah lama bercuti tahun baru dan menguruskan perihal anak masuk sekolah.
Dan semestinyer Monday Blues datang lagi ~~~~
Jangan malas-malas kerja yea ….. HEHEE . . .
Jom kita kasi segarkan mata dan cergaskan minda bersama Choc Moist Cake Kak Munira Baharum yang pastinyer gerenti sedapppppp !!! Tarak tipu punyerrrr~~~~
Walaupun pasti ramai dah tahu resepi Choc Moist Cake Kak Munira, kat sini Nina share kan juga resepi nyerr. Pesanan buat penggemar Choc Moist Cake, (seperti Nina) anda dinasihatkan buat double adunan nie sebab gerenti tak cukup!! HAHAA ….
Bila cake Nina dah siap sekelip mata jer dah licin. Entah siapa lah yang makan tu kannnn… hik hik hikkkkk~~~~
CHOC MOIST CAKE
By: Pn. Munira Baharum
bhn2 A:
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
*semua bhn diatas gaul sebati dan masak atas api perlahan hingga pekat.
*rehat sebentar bila bahan telah sebati.
bhn2 B:
tepung gandum 3/4 cwn
soda bicarbonat 1 sudu kcil(sudu kfc)
baking powder 1 sudu kcil (sudu kfc)
*semua bahan nie di ayak
bhn C:
telur 4 biji – blender jer/ dipukul sebati (Nina pakai 3 biji telur ajer)
Bahan hiasan
Nina tak der sukatan, agak-agak ajer…
Masak serbuk coklat, susu pekat dan sedikit minyak masak atas api yang perlahan hingga pekat.
Cara-caranya
- Satukan bahan B dan C kedalam Bhn A….secara berselang seli dan gaul dengan menggunakan senduk jer…
- Bila bahan telah sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak
- Kukus adunan selama 30 -45 minit (bergantung pada saiz loyang)
- Nak tahu samada kek sudah masak atau belum – cucuk dengan lidi, kalau tak melekat itu tandanya dah sempurna masak…
- Sesudah kek masak, sejukkan dan hiaskan dengan topping.
- Sedia dimakan. Ngapp ngappp…!!
*p/s…Panaskan loyang dahulu sebelum masukkan adunan kek tadi.
masa mengukus, balut dengan kain tutup pengukus tersebut
KAK NINA..serbuk coklat 2 serbuk koko ker
Cik Adik ….. (mcm tahu jer kannnn kita nie kakak) Hehhee .. . .
Betul3x… serbuk coklat tuuu sama saja dengan serbuk koko.
Kalau nak sedapp, guna serbuk coklat brand "Van Huntern" 😉
nina nk tanya…
cmana nak buat topping…nina guna coklat apa ek..
Jihan Fahira,
Nina guna coklat masakan jenama Beryl's
Untuk GANACHE
1 cawan Susu Segar atau whipping cream
2 3/4 cawan Chocolate Masakan (Nina guna jenama Beryl's)
Cara-caranya
Chocolate masakan dipotong kecil-kecil
Panaskan susu segar hingga ada buih-buih kecik kat tepi periuk lalu tutup api
Masukkan chocolate masakan tadi dalam periuk dan kacau rata hingga semuanya sebati
Lalu tuangkan ke atas cake tadi
(kalau nak lagi pekat, masukkan sebentar ganache dalam peti ais)
kak nina..panaskan loyang dulu tu cmne? heeee
Aieen Natasya,
apabila air dalam pengukus dah panas, masukkan loyang yang telah disapu minyak sebentar dalam pengukus. Dalam 3-5minit.
Kemudian barulah dituangkan adunan dalam loyang panas tadi 🙂
owhhhh begitu…nasib baik sy x masukkan dlm oven..haha..tq kak 🙂