Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Kasut Sekolah PALLAS Back to school
December 8, 2019March 5, 2023

Semestinya Kasut Sekolah PALLAS !!

Cuti Sekolah, mama stress!

Isi Kandungan hide
1 Cuti Sekolah, mama stress!
2 Bijak belanja beli yang berkualiti
3 PALLAS – kasut sekolah pilihan Nina untuk anak-anak
4 Eilhan punya – PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 205-0196BK
5 Untuk Eilyana – PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 204-031BK
6 Eillya, kakak punya – PALLAS JAZZ STAR LO CUT SHOE LACE 407-196ABK
6.1 Tapak kasut outsole getah yang memberi cengkaman lebih kuat dan selamat
7 Eilman cool bergaya dengan PALLAS JAZZ SLIP ON 307-0198BK
8 Kasut Sekolah PALLAS terbaik!
9 Kat mana nak beli kasut sekolah Pallas
10 Senang jer nak beli kasut sekolah PALLAS di online
11 Related posts:

Cuti sekolah dah bermula. Aduhhh … Ruih rendah kat rumah Nina ni. Dah macam taska gamaknya! Paling kesian Adek Eicha sebab kakak abangnya dok sakat usik adek Eicha . Depa ni suka buat adek Eicha nangis. Lepas sorang sorang plak sengaja buat dia nangis. Baby nangis comel katanya. Aduhhh … Mama yang over stress! Huuwaaaa….

Anak Nina yang bersekolah 4 orang. Maka untuk persediaan kelengkapan sekolah depa memang kena perancangan rapi terutama bab bajet. Kasut sekolah antara yang Nina titikberatkan. Orang kata alah membeli menang memakai. Biar berbaloi . . .

Bijak belanja beli yang berkualiti

Yelah… Kalau anak Raja ke, jutawan ker, idok ler kecamuk kena fikir. Kita ni rakyat mahrean aje, kena laaa berpada-pada berbelanja dengan bijak.

Ini lah 4 anugerah Nina yang bersekolah tahun depan. Kakak Eillya form 5, Eilman for 1, Eilyana darjah 5 dan Eilhan darjah 1. Peruntukan memang meriah! Sendiri kira laaa ehh . . . Kalau Nina share mau korang nangis tepi bucu katil nanti. HEhee . . .

Maka bajet yang ada wajib beli yang bagus. Nina tekankan yang berkualiti dan tahan lasak. Tahan laaa sepanjang tahun. Dan semestinya keselesaan faktor paling utama Nina pastikan untuk kasut sekolah anak-anak sebab depa pakai kasut sekolah ni seharian. Harus laaa selesa dan tidak sakitkan kaki. Setuju kann?

PALLAS – kasut sekolah pilihan Nina untuk anak-anak

Nina agak cerewet terutama bab membeli. Maklumlah kita ni surirumah jer maka bajet yang diperuntukan Nina guna sebijak dan sebaiknya. Kasut sekolah pilihan Nina tentu nya dari Pallas untuk anak-anak Nina. Sejak Nina sekolah rendah lagi dah pakai jenama ni. Nina yakin dengan kualiti nya yang amat berbaloi dengan harga.

Kasut Sekolah PALLAS bukan saja berkualiti malah rekaannya yang pelbagai menepati citarasa anak-anak Nina. Yang sekolah 4 orang, macam-macam kerenah ada. Memasing ada pilihan design yang mereka minati. Nak tali laaa, nak zip-on laaa, nak ringan nanti nak lari laju laaa Eilhan laa tu , nak yang cepat kering laaa, nak nampak elegent ala princess laaa.. Hadoi..!! Tabah jer laaa..

Ok, meh nak share kasut sekolah PALLAS anak-anak Nina yang cerewet cam mama dia..!! HAhaa

Eilhan punya – PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 205-0196BK

Yang ini design Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0196BK Eilhan yang punya! Dia laaa yang nak kasut sekolah paling ringan sebab nanti senang nak lari laju katanya. Eilhan ni banyak akal, ada- ada jer alasan dia bila nak apa yang dia suka..!!

Memang design ni lebih ringan better for growing feet, lebih selesa. Comfort gitu kata omputeh. Selain tu design ini punya ventilation system – pengudaraan yang baik. Alas tapak biru tuu boleh dikeluarkan , senang nak dicuci dan material nya memang cepat kering.

Design ni Rebounce Insole memberi lantunan yang lebih baik, lebih selesa. (Better rebounce) dan adanya Arch Support maka ia melegakan ketegangan pada otot kaki. Idok lerrr Eilhan cepat penat nanti ..??

Design velcro strap gini ni sangat memudahkan Eilhan. Jimat masa bersiap ke sekolah nanti. Kadang kat sekolah memerlukan dia membuka kasut untuk aktiviti di surau. Boleh lah dia berdikari dan cepat siap!

Kasut paling ringan antara semua – X-Light (Lightweight) gitu! Yang lain-lain pun ringan, tapi yang ini lagi ringan! Kasut yang ringan, tahan lasak, ada foam lining untuk extra comfort perlindungan amat Nina titikberatkan.

Sebab nya kalau kasut berat bak macam terseret-seret lak anak nak bawak kasut. Kaki pakai kasut ke, kasut pakai kaki? Hah.. fikir fikirrr… Eilhan kannn nak lari laju..!! HEhee . . .

Untuk Eilyana – PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 204-031BK

Kasut sekolah ni pilihan Eilyana yang kecik comey lottey jer orangnya. Masih kekal dengan citarasa design yang sama macam tahun lepas. Dia yang pilih, katanya design kasut sekolah ada span pelapik foam yang lebih tebal lembut dalamnya cukup membuat Eilyana selesa memakainya. Lapisan Canvas lining yang memberi lebih keselesaan dan lebih perlindungan.

Eilyana kata dia suka design zap-on strap gini senang, mudah nak pakai dan lagi jimat masa dia nak bersiap terutama bila adanya aktiviti di surau yang memerlukan dia untuk buka pakai kasut nanti. Design ni pun amat simple dan feminine untuk dia.

Eillya, kakak punya – PALLAS JAZZ STAR LO CUT SHOE LACE 407-196ABK

Tapak kasut outsole getah yang memberi cengkaman lebih kuat dan selamat

Tahun ni kakak Eillya pilih design bertali sepenuhnya. Lebih kurang design yang Eilman pilih tahun lepas. Rubber Insole – lantunan yang lebih baik – better cushioning dan lebih comfort!

Korang tengok pada tapak getah nya yang bergaris-garis (rubber outsole) ini memberi cengkaman yang lebih baik – better grip! So lepas ni kakak Eillya lebih yakin untuk berlari lagi laju masa latihan sukan di padang nanti yaa… InsyaAllah tahun depan kakak akan menangi lagi acara larian peringkat sekolah.

Kakak Eillya suka design ni katanya lebih stylo. Dah remaja ni citarasa dia lebih ringkas, kemas tapi bergaya. Katanya design ni pun sesuai untuk aktiviti outdoor bersama kawan-kawan. Simple but nice kann?

Untuk korang yang punya anak kakinya bersize besar, Design PALLAS JAZZ STAR LO CUT SHOE LACE 407-196ABK ni ada size giant feet sehingga #13

Eilman cool bergaya dengan PALLAS JAZZ SLIP ON 307-0198BK

Tahun depan Eilman bakal masuk ke alam sekolah menengah. Dah remaja anak bujang mama! Tahun ni Eilman pilih kasut sekolah design style slip on yang simple, minimalis , nampak lebih matang dan bergaya. Setuju tak?

Eilman ni karektor nya suka kemas, bersih selalu dan design ni jenis easy to clean by just tap tap on the upper, dust easily clean! Mudah, cepat dan senang dibersihkan. Budak lelaki kann… Tak berapa gemar bab cuci-cuci ni. Banyak step katanya. Kena rendam, cuci, gosok, bilas, jemur. Maka ianya sesuai dengan personality Eilman. Mat smart dia ni… Entah ikut sapa laaa tu

Benefit nya sama seperti design kakaknya . Tapak rubber outsole yang bergaris-garis ini better grip! Sememangnya akan memberi cengkaman yang lebih kuat, tidak licin, tidak mudah jatuh ataupun tergelincir dan tentunya memberi lebih pelindungan keselamatan. Bukan itu saja, design ni pakai bawak pergi jalan-jalan pun sesuai kannn…??

Kasut Sekolah PALLAS terbaik!

Fuuhhh … Lega! Settel sudah kelengkapan kasut sekolah anak-anak Nina untuk tahun depan. Anak-anak pun senyum meleret dah dapat kasut masing-masing. Semuanya berpuashati dan menepati citarasa mereka. Sememangnya kasut sekolah Pallas yang menjadi pilihan Nina buat anak-anak. Yang terbaik semestinya dari Pallas. Jenama yang berkualiti lagi , berbaloi beli dan diyakini tahan lasak nya.

Yeahhh … Kami dah ready nak melangkah dengan yakin mengejar impian dan kejayaan tahun depan!

Kat mana nak beli kasut sekolah Pallas

Memana pasaraya pun ada jual jenama PALLAS ni. Haippp…!! Bohong laaa cakap tak de, sejak Nina sekolah lagi dah ada weyhh.. Jenama yang dipercayai sejak dulu hingga kini. Kalau shopping kat kedai, Nina rekemen korang pi beli kat AEON, Tesco, Sogo, Mydin and Parkson. Banyak pilihan dan design ada kat sana.

Tapi la ni orang lagi suka beli online kann? Tak penat, mudah, jimat masa dan tenaga! Tak perlu bersesak bagai..

Senang jer nak beli kasut sekolah PALLAS di online

Korang boleh beli online. Ya, kasut sekolah pun boleh beli online awakk di …

www.pallas.com.my atau www.wow2wee.com

Senang sangat! Di online lebih banyak pilihan, senang laaa korang membuat pilihan yang bijak seiring dengan kualiti dan citarasa.

Tak payah berasak berimpit-impit, bersesak bagai dengan anak 5 orang yang super duper havoc ni..!! Tenang jerrr emosi tak stress beli online. Paling mudah tak payah lagi fikir bila nak curi masa weekend pegi beli kasut sekolah, nak kena drive, berebut bab parking, pastu dah keluar kena fikir nak makan kat mana lagi, sudah nya penat yang extra! Huhuu… Setuju kann?

Dah dah . . . Pi laaa intai usha yang mana pilihan di hati.. Selamat bershopping!

Related posts:

Biar betul?! ZERO KOS MARKETING buat peniaga kecil yang ingin berjaya. Cepat daftar!
Ohh CHIA SEED. Nak start amalkan semula sebab
Sinopsis Drama ANGKARA CINTA lakonan Hun Haqeem , Meerqeen dan Wanna Ali
Korang tahu tak adanya ZAKAT@FAMILY LZS ?
Lifestyle Parenting Review Tips kasut sekolah cepat keringKasut sekolah hitamkasut sekolah onlinekasut sekolah ringankasut sekolah tahan lamakasut sekolah tahan lasakPallasTips beli kasit sekolah

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (22)

  1. Mama Kembar Tiga says:
    December 8, 2019 at 1:40 pm

    Kasut Pallas mmg the best! Berkualiti & tahan lasak.

    Reply
  2. ummi nani says:
    December 8, 2019 at 3:41 pm

    mmg best kak, since anak darjah 1 dah beli pallas.

    Reply
  3. Lya says:
    December 8, 2019 at 8:50 pm

    Kasut sekolah legend .. Pallas pastinya menjadi pilihan ibubapa utk anak2..

    Reply
  4. ema says:
    December 9, 2019 at 5:13 am

    wah, anak-anak lak Nina semua dah sekolah erkh… banyak berbelanja tu…tapi kasut pallas tu memang bagus untuk anak-anak.

    Reply
  5. azni says:
    December 9, 2019 at 9:25 am

    Elok jer beratur adik beradik nih yer … comey mcm mak dia

    Reply
  6. saljohari says:
    December 9, 2019 at 12:51 pm

    Banyak pilihan Pallas ni . Tu yang Sal suka, ada jenis sarung, bertali, velcro strap …ikut kesesuaian dan keselesaan anak-anak mana yang dyorang nak

    Reply
  7. Bro Framestone says:
    December 9, 2019 at 1:28 pm

    Fuhhh kasut sekolah dia… Eysha & Eyna maybe pakai kasut sekolah tahun nie punya.. Sebab masa beli tempoh hari, memang bajet leh tahan sampai tahun depan

    Reply
  8. cindyrina says:
    December 9, 2019 at 5:08 pm

    I ni kira so old school. Tapi I masih ingat lagi kasut pallas warna hitam I masa I jadi prefect sekolah dulu. Memang tahan jenama ni.

    Reply
  9. Princesa3290 says:
    December 9, 2019 at 5:47 pm

    Tak lama nak sekolah dah semula 🙂 Kasut pun dah ready, bagus2!

    Reply
  10. Auni Muthal'lib says:
    December 9, 2019 at 9:06 pm

    Rindunya zaman sekolah ! Jenama Pallas adalah jenama yang acapkali dibeli Mama Auni dulu. Memang comfy sangat.

    Reply
  11. Fas says:
    December 9, 2019 at 10:17 pm

    Belum pernah cuba jenama ini sebab klu dulu bila cakap faaal kasut sekolah mesti ke BATA haha… apa pun ini satu persaingan sihat. Harga berapa pulak?

    Reply
  12. mekyunie says:
    December 9, 2019 at 10:37 pm

    walaupun Amani baru tadika tapi kat tadika dia dah kuat kuasakan untuk pakai kasut hitam and semestinya pilihan mek juga adalah pallas. daripada dulu lagi pilihan untuk kasut sekolah adalah pallas.

    Reply
  13. Rawlins GLAM says:
    December 10, 2019 at 7:35 am

    Kasut Pallas memang terbaik. Dari zaman dulu kot jadi kegemaran dan kesayangan di hati ini. Now maybe nak bagi anak-anak saudara pun pakai gak, beli sekali boleh pakai lama-lama kan.

    Reply
  14. Marina says:
    December 10, 2019 at 8:28 am

    Pallas jenama legend ni. Ada jugak beli jenama ni untuk anak-anak Marina. Harga pon ok

    Reply
  15. adianiez AIDA says:
    December 10, 2019 at 9:17 am

    pallas ni memang legend kot dlm bab bab kasut sekolah kan.
    sejak aida sekolah dulu hingga kini. trusted brand lah.
    tahan plak kasut nyer tu. bermutu.

    aida pun dah settle bab kasut sekolah anak2, nina.
    sorang 2 psg jugak thn ni. agar selesa,kan… tapi bukan pallas la 🙂
    brand lain. kebetulan last weekend jalan2, terjumpa, harga ok, terus la belikan anak2.
    saiz pun elok elok jer ada semua, kan. alhamdulillah…

    Reply
  16. Mimi Azirah says:
    December 10, 2019 at 9:52 am

    Kasut pallas memang jadi pilihan saya. Memang selesa dan ringan. Dari sekolah dulu memang pilih pallas. Sebab harganya yang berpatutan dan mudah dicari. Anak sekolah pun pakai pallas.

    Reply
  17. budak bandung laici says:
    December 10, 2019 at 10:06 am

    ewah seronoknya anak-anak akak dapat kasut sekolah baru. brand Pallas lagi. rasanya Pallas ni memang berkualiti, tak mudah rosak & koyak

    Reply
  18. Fadzil ahmad says:
    December 10, 2019 at 7:11 pm

    Senang sekarang semua pakai kasut hitam je.senang jaga. Jenama pallas ni konfirm dicari utk anak2 abam

    Reply
  19. Izaramli says:
    December 10, 2019 at 7:52 pm

    Kasut ni memang jenama dah lama kan? Iza mmg nak masuk list kasut ni bila anak Iza sekolah nanti.

    Reply
  20. Ruby says:
    December 12, 2019 at 10:54 am

    Berdebar pula saya baca persiapan akak. Pallas tu kasut kita dari kecil dah guna. Sekarang giliran anak-anak pula merasa. Saya sekolah dulu suka Pallas bertali. Tapi hakikatnya yang tahan lama dan best adalah yang Velcro. So bila turn anak nanti. Saya suggest Velcro!!! Hahaha.

    Reply
  21. Ai says:
    December 18, 2019 at 10:41 am

    Zaman ai school dulu pun dah pemes brand ni.

    Reply
  22. Pingback: KASUT SEKOLAH HITAM TERBAIK BERKUALITI TAHAN LASAK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes