Tahun baru , azam baru, bajet baru! Huhuu… Semestinya persediaan kelengkapan sekolah anak-anak termasuk dalam bajet tahunan. Agak gembira bila Menteri Pendidikan kata boleh pakai baju sukan lagi tahun ni, tapi uniform sekolah tetap kena ada sebab kena pakai jugak 2 hari dalam seminggu. Apapun Kasut Hitam Sekolah tetap kena sediakan! Tiada ganti, tiada kompromi. Syarat tetap sebagai pelajar sekolah adalah kasut hitam sekolah.
DAH DAPAT DUIT BAP Bantuan Awal Persekolahan
Lega! Alhamdulillah tahun ni sekali lagi, kerajaan baik hati semua pelajar sekolah kebangsaan dapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP) , setiap pelajar diperuntukkan RM150 seorang.
Bagusnya inisiatif kerajaan! Sejujurnya buat keluarga yang punya ramai macam Nina memang rasa lega sangat. Sedikit sebanyak memang meringankan bebenan bajet persediaan Back To School anak-anak. Kalau tak de bantuan, memang cecah beribu . Yelah semua pun mahal sekarang ni. Bertabah laa..
Tentunya MakMak sibuk dok kira-kira bajet belanjawan sekolah anak-anak kann?
Maka , kena lah bijak berbelanja, beli barangan yang berkualiti, tahan lasak, boleh pakai lama! Tak kira lah anak sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Alah membeli, memang memakai. Setuju?
KELENGKAPAN SEKOLAH , KASUT HITAM SEKOLAH WAJIB ADA!
Ini lah 4 ketul yang masih bersekolah. Sesi persekolahan 2024 nanti Eilman form 5, Yana form 3, Eilhan darjah 5 dan Eicha paling kecik tuuu dah naik darjah 2.
Kakak Eillya yang sulung masih meneruskan pembelajaran di Politeknik. Dia punya bajet usah tanya, nangis korang dibuatnya kalau Nina list kan. Huhuu.. Apapun semuanya rezeki anak-anak. Usahakan sehabis baik yang mampu. Semua parents pun akan berbuat perkara yang sama kann?
Bijak belanja beli yang berkualiti
Bila cerita bab kelengkapan sekolah anak-anak memang Nina tekankan yang berkualiti dan tahan lasak. Selain baju sekolah , kasut hitam sekolah sangat lah penting. Kasut yang selesa amat penting untuk anak-anak pakai sepanjang hari. So kena lah beli yang betul-betul berkualiti. Bukan apa, tak mau laa baru pakai beberapa bulan jer dah rosak. Rugi weyh… Kalau beli barang yang murah tapi takde kualiti, cepat rosak kena beli lagi dah double triple budget nya kann… So, pada Nina biar lah alah membeli menang memakai. Haa gitu..!
KASUT HITAM SEKOLAH PALLAS TETAP JADI PILIHAN
Kasut hitam sekolah pilihan Nina tentu nya dari Pallas. Sejak Nina sekolah rendah lagi dah pakai jenama ni. Dan sekarang, anak-anak pun pilih kasut sekolah Pallas. Antara sebab utama adalah kasut jenama Pallas selesa, berkualiti, anak-anak Nina sukakan design nya yang cantik, menarik. Berbaloi beli!
Selain tu, paling best sebab kasut Pallas boleh beli online. Dah bertahun Nina beli online, mudah sangat!
Jom Nina kongsikan kasut hitam sekolah untuk anak-anak Nina tahun ni.
PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 204-031BK
Kasut hitam sekolah ni pilihan Eicha!.
Eicha yang pilih design ni sendiri. Senang katanya!
Design ini ada span pelapik foam yang lebih tebal lembut dalamnya cukup membuat Eicha rasa selesa memakainya. Lapisan Canvas lining yang memberi lebih keselesaan dan lebih perlindungan. Rasa lebih selamat!
Eicha kata dia suka design zap-on strap gini senang, mudah nak pakai dan lagi jimat masa dia nak bersiap terutama bila adanya aktiviti di sekolah yang memerlukan dia untuk buka pakai kasut nanti. Design ni pun amat simple dan feminine untuk Eicha kannn?
PALLAS JAZZ SCHOOL SHOES SINGLE VELCRO STRAP 205-0216 BLACK
Velcro strap design yang ringkas, simple dan lebih ringan untuk Eilhan.
Menariknya dia ada kelebihan – Coolling feet with the unique ventilation system designed; upper design made by mesh combined with PVC. “Better Rebound” insole cushion for reduced pressure on the foot with natural shock absorption. Alas tapak biru tuu boleh dikeluarkan senang nak dicuci dan permukaan kasut dengan material mesh cepat kering. Menarik kann?
Kasut paling ringan antara semua – extra superlight weight X-Light gitu! Yang lain-lain pun ringan, tapi yang ini lagi ringan! Kasut yang ringan, tahan lasak, padded collar dan foam lining untuk extra comfort dan perlindungan kaki bila dipakai seharian.
Antara kelebihan lain design ini adanya Arch Support.
Kasut sekolah Pallas ini dengan adanya special insole cushion with “Arch Support” memberi melegakan ketegangan pada otot kaki dan . Yelah anak seharian dok berada kat sekolah kann..
PALLAS JAZZ SCHOOL SHOES LO CUT SHOE LACE 7328 BLACK
Yang ini untuk Yana! Signature and unique Jazz lace up design
– Padded collar and footbed for supreme fit and shock absorption
– Durable canvas upper for long lasting wear
– Canvas lining for excellent breathability and extra comfort
– Rubber insole with arch support for superb comfort fitting
– Rubber outsole for excellent grip
Ahaa… Nampak benefit kasut untuk Yana adanya canvas lining untuk pengudaraan dan keselesaan yang lebih baik. Design yang sama tahun lepas! Bila dah suka, selesa, memang design ni jer jadi pilihan Yana.
Tumit kasut getah memberi lantunan yang lebih baik dan gerbang sokongan melegakan ketegangan otot kaki
Adanya arch support yang amat penting untuk support kaki dan ianya bertindak melegakan ketegangan otot kaki. Tidak laa Yana cepat penat, lenguh bila melakukan sebarang aktiviti di sekolah nanti. Yana kata dia selesa sepanjang hari dari pagi hingga ke petang pakai kasut hitam sekolah Pallas design nih!
Dan lagi, ada nya rubber insole bukan sahaja memberi lebih keselesaan malah memberi lantunan yang lebih baik. Insole daripada getah adalah yang terbaik berbanding yang lain ianya memberi lebih keselesaan.
PALLAS X SERIES SCHOOL SHOES LO CUT SHOES LACE PX37-104ABK
Eilman pun sama, dia pilih design yang sama tahun lepas!
Katanya design bertali sepenuhnya ni dengan depannya ada lace up with metallic eyelets nampak smart. Ya mama pun setuju!
Korang tengok pada tapak getah nya yang bergaris-garis (rubber outsole) warna merah tampak menawan ini memberi cengkaman yang lebih baik – better grip!
Menurut Eilman, design ini adanya canvas lining memberi pengudaraan lebih bagus dan lebih keselesaan, tahan lasak untuk long lasting wear. Bukan tu aje, design ni lebih ringkas, kemas tapi bergaya. Selalu je dia pakai kasut ni untuk aktiviti outdoor bersama kawan-kawan. Simple but nice kann?
Kat mana beli kasut hitam sekolah Pallas
Macam tahun-tahun sebelum ni, Nina beli online je!
Lebih mudah, jimat masa dan senang
Takyah berdondang dondeng dengan anak berderet kat Mall. Bukan apa, kalau terjebak termasuk dalam Mall bersama kanak-kanak riang gembira ni, risau tak terbeli kasut sekolah. Lain pulak yang dibelinya. Lari bajet! Jenuih aih! HAhaa…
Kasut Sekolah PALLAS Beli Online je Mudah!
Ya awak, senang sangat beli online!
Sama je apa yang korang nampak kat pasaraya tuh! Kadang kat pasaraya takde, tapi online lagi banyak pilihan dan size. Percaya lah! Beli online pun ada banyak offer! Recommended
Sekarang ni semuanya order bayar, terus sampai depan rumah. Settel!
Beli Online Kasut Sekolah Pallas : www.wow2wee.com
Tengok Design kasut sekolah Pallas dan features : https://www.pallas.com.my/pallas-product-features
Back To School Contest PALLAS
Ahaa..!! Berita menarik untuk korang. Nina nampak hari tu kempen Back To School Pallas ada contest yang best giler. Hadiah lumayan, grand prize bernilai RM3000! Dasyat kannn?
Cara nya mudah! Korang beli kasut Pallas, jangan buang kotaknya. Simpan bar code yang ada kat kotak kasut tu korang tampal pada borang yang disediakan dalam website Pallas Malaysia. Isi borang dan hantar borang tu sebelum 31 March 2024. Mudah sangat! Cuba laa… Mana lah tahu rezeki korang menang ke kannn? Thank to me later . . .
Untuk matlumat lebih lanjut, korang boleh laaa mentelaah di
Website : www.pallas.com.my
Facebook : www.facebook.com/PallasMalaysia
Hi semua,
Doakan kitaorang kecapi keseronokan disekolah, diterangkan hati dan fikiran agar mudah faham apa yang cikgu ajar, dapat ilmu yang bermanfaat dan beroleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan tahun ini. Aamiinn… Terutama buat Eilman – calon SPM 2024/2025
Selain beli kasut sekolah Pallas online, korang masih boleh pegi beli kat pasaraya, Nina rekemen korang pi beli kat AEON, Tesco, Mydin Supermarket. Sempena Kempen Back To School , ada banyak pilihan dan design menarik ada kat sana. Ikut lah kesesuaian masa dan kelapangan korang. Ramai je yang suka shopping dalam Mall sambal jalan-jalan cari makan dan bonding time with family.
Apapun… Keutamaan keperluan sekolah anak-anak harus diutamakan. Duit BAP dah dapat kann?
Berbelanja lah dengan hemah dan bijak. Pepandai laa spend dengan telus dan amanah terutama perihal pengurusan perbelanjaan anak-anak. Selamat bershopping!
cantik model anak2 berkasut hitam.. hitam lebih mudah untuk dijaga.. diuruskan..
Kasut Pallas memang best. Cantik-cantik dan tahan lasak pulak tu.
Banyak eesign kasut pallas ni. Semuanya berkualiti dan tahan lasak