Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Roti Gulung Sosej Sausage Mudah
June 16, 2016December 21, 2017

Roti Gulung Sosej – Menu Segera lagi Mudah buat Juadah Berbuka Puasa

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Dah hari ke-11 kita berpuasa. Alhamdulillah… Korang pernah tak kelam kabut terlewat sediakan juadah berbuka puasa? Korang masak apa? Kot-kot tak de idea, meh Nina kongsikan menu cepat Nina. Roti Gulung Sosej Sausage Menu Segera Mudah Juadah Berbuka Puasa

Isi Kandungan hide
1 DOA RAMADHAN : HARI KE-11
1.1 Roti Gulung Sosej Sausage Menu Segera Mudah Juadah Berbuka Puasa
2 Roti Gulung Sosej Mudah
2.1 Bahan-bahan 8 keping roti atau beberapa keping ikut keperluan 8 sosej atau ikut berapa keping roti 1 biji telur atau lebih. Bancuh sebiji dulu sedikit garam minyak untuk menggoreng
2.2 Cara penyediaannya 1- Roti di gelekkan rata (Nina pakai termos ajer – hehee…) 2- Letakkan sosej kat hujung dan gulung sampai habis hujung. 3- Celupkan roti dalam telur yang dah dipukul bersama sedikit garam 4- Setelah itu goreng (deep fried) hingga keperangan *** pastikan minyak api perlahan/sederhana kerana roti cepat masak, takut nanti sosej kat dalamnya tak sempat masak, roti dah rentung aka over fried) Naya aje… rugi rugi ..!! hehee . . 5- Toskan dan sedia dihidangkan
3 Related posts:
4 Sinopsis Drama MASIH ADA RINDU Lakonan Farid Kamil dan Mimi Lana
5 Seharian yang penuh bermakna.. Thanks kak Che CT, Ruhil & Rizal
6 Nasi Lemak Antarabangsa Kg.Baru... Selain nasi lemak apa lagi menu yang best?
7 Fungsi Dan Cara Pakai CC Cream Sunscreen Yang Tidak Berminyak

DOA RAMADHAN : HARI KE-11

اَللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيَّ فِيْهِ الْإِحْسَانَ وَ كَرِّهْ إِلَيَّ فِيْهِ الْفُسُوْقَ وَ الْعِصْيَانَ وَ حَرِّمْ عَلَيَّ فِيْهِ السَّخَطَ وَ النِّيْرَانَ بِعَوْنِكَ يَا غِيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ
Allâhumma habbib ilayya fîhil ihsan wa karrih fîhil fusûq wal ‘isyân wa harrim ‘alayya fîhis sakhatha wannîrân bi’aunika yâ ghiyâtsal mustaghîtsîn
Ertinya :
Ya Allah! Mohon tanamkanlah ke dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah ke dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Mohon jauhkanlah dariku kemurkaan-MU dan api neraka dengan pertolongan-MU, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan”.

Bila tatkala buntu tak tau nak sedia menu juadah tuk berbuka puasa, selalunya Nina akan belek-belek blog sendiri dan cari kat  bahagian tags kudap-kudapan untuk cari idea. Ada banyak  pelbagai menu yang Nina dah cuba dan anak-anak sukakannya. Nina akan ulang masak semula. sebelum tuu tengok dulu kot ada stok bahan ke idok! Roti Gulung Sosej – Menu Segera Juadah Berbuka Puasa

Biasanya Roti Gulung Sosej ni Nina buat menu minum petang ataupun sarapan pagi. Daripada anak-anak makan sosej begitu saja, lebih baik ianya digulung ngan roti. Lebih berkhasiat kann…?? Ada lah pertambahan karbohidrat dalam menu mereka. Chewahh …. kengkonon dah macam pakar pemakanan lak gamaknya! hehehe …

Roti Gulung Sosej Sausage Menu Segera Mudah Juadah Berbuka Puasa

Buat mak-mak yang bekerjaya hebat lagi berjaya tuu … Maklumlah Nina ni surirumah aje tak susah pun nak buat Roti Gulung Sausage ni. Boleh aje siap prepare bahan-bahannya malam. Gulung siap-siap malam. Simpan dalam fridge. Nanti esok paginya  tinggal celop telur dan goreng aje. Jimat masa…!!

Bulan puasa ni pun boleh buat gini. Siap-siap gulung malam harinya. Pastu simpan dalam fridge. Petang masa nak dekat berbuka nanti, baru goreng. Tak de laa rushing nak gulung-gulung roti. Dapat makan panas-panas syiokkk ni..

Roti Gulung Sosej Sausage Mudah

Roti Gulung Sosej Mudah

Bahan-bahan
8 keping roti atau beberapa keping ikut keperluan
8 sosej atau ikut berapa keping roti
1 biji telur atau lebih. Bancuh sebiji dulu
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
Cara penyediaannya
1- Roti di gelekkan rata (Nina pakai termos ajer – hehee…)
2- Letakkan sosej kat hujung dan gulung sampai habis hujung.
3- Celupkan roti dalam telur yang dah dipukul bersama sedikit garam
4- Setelah itu goreng (deep fried) hingga keperangan *** pastikan minyak api perlahan/sederhana kerana roti cepat masak, takut nanti sosej kat dalamnya tak sempat masak, roti dah rentung aka over fried) Naya aje… rugi rugi ..!! hehee . .
5- Toskan dan sedia dihidangkan

Amacam.. Senang aje kan….?? Sebelum ni kalau rajin dan ada stok serbuk roti Nina akan salut ngan serbuk roti. Lagi cantik menarik! Cuma masa bab makan tuu… Nasib laaa nanti rumah bertaburan sikit dek serbuk roti tuu… Aarghhh…!! Ni part paling sengal Kalau korang nak Roti Gulung Sosej tampak cantik tertarik kebabom, korang tengok cara penyediannya Roti Gulung Sausage Salut Serbuk Roti.

Kalau korang sama gak macam Nina ada title Cik ‘M’ tapi nak gak sediakan juadah berbuka puasa buat keluarga, ikut jer resepi atas ni.. Settel. Janji hado…!! hehehe . . .

Dah…  Jom menggulung roti. Selamat mencubà dan Selamat Berpuasa 🙂 Roti Gulung Sosej – Menu Segera Juadah Berbuka Puasa

Related posts:

Sinopsis Drama MASIH ADA RINDU Lakonan Farid Kamil dan Mimi Lana

Seharian yang penuh bermakna.. Thanks kak Che CT, Ruhil & Rizal

Nasi Lemak Antarabangsa Kg.Baru... Selain nasi lemak apa lagi menu yang best?

Fungsi Dan Cara Pakai CC Cream Sunscreen Yang Tidak Berminyak

Lifestyle Parenting Resepi Tips DOA RAMADHANJuadah Berbuka PuasaJuadah Iftarjuadah ramadhankudap kudapanmenu anak susah makan nasimenu anak-anakresepi mudahresepi ringkasresipiRoti Gulung SausageRoti Gulung Sosej

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (15)

  1. Athirah says:
    June 16, 2016 at 10:26 am

    yg ni terbaik simple mudah.

    Reply
  2. saidila@kaklong says:
    June 16, 2016 at 12:02 pm

    suka buat ni…simple tapi sedap , petang ni nak buat gak kalau rajin…

    Reply
  3. Anuar says:
    June 16, 2016 at 12:12 pm

    Waduh…. Waduh… Waduh…. Sedapnya… Pasti anak-anak suka masa berbuka puasa… 😉

    Reply
  4. shark says:
    June 16, 2016 at 1:11 pm

    ini makan time sahur ni boleh jugak,
    selera makan ni panas2.

    Reply
  5. cik nor says:
    June 16, 2016 at 1:13 pm

    mudah dan simple..:)

    Reply
  6. puan pink says:
    June 16, 2016 at 3:07 pm

    Yeayy..! Idea utk petang ni.. TQ 🙂

    Reply
  7. AINUL says:
    June 16, 2016 at 3:17 pm

    sedap ni.. terus nak p beli baahn dia. hihi

    Reply
  8. nadia johari says:
    June 16, 2016 at 4:18 pm

    alahaii sedapnya..nyum22

    Reply
  9. dkna abza says:
    June 17, 2016 at 2:32 pm

    kak nina… hehheee.. nak cuba la resepi ni…nyummmmm…

    Reply
  10. shiqeen sattar says:
    June 18, 2016 at 1:14 pm

    Memang sedap roti gulung ni.. Tapi SS lagi suka inti sardin. Sama je kan resepinya nya?

    Reply
  11. sue izza says:
    June 21, 2016 at 12:11 am

    dah buat awal puasa baru ni,memang simple dan cepat

    Reply
  12. raihanah says:
    June 21, 2016 at 8:58 am

    sedapnya, memang terliur jadinya

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      January 27, 2017 at 7:42 am

      Nak lagi sodap buh cheese dalam nya
      Wallaa…!!

      Reply
  13. seri nian says:
    January 22, 2017 at 3:07 pm

    minum petang dengan kopi ke teh panas mmg heaven. lagi seronok jika ada yang puji hihihi

    Reply
  14. Nina Mirza says:
    January 27, 2017 at 7:41 am

    Seri,
    Aahh.. Buat minum petang atau breakfast memang kanak² suka

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes