Kat mana laksa sedap ? Sapa suka makan laksa? Nina tau ramai yang suka makan laksa kann? Maklumlah masakan Malaysia, syurga makanan. Semuanya sedap belaka! Bohong laa kalau korang kata tak sedap, tak lalu makan.. Omputeh kalau first time rasa pun tak akan menolak. “Rare depa kata …” Itu kalau yang sedap! hehe . . .
Ok, Apa yang membuat kan korang rasa laksa tuu sedap? Kalau Nina suka yang kuah nya pekat, banyak isi ikan, tak pedas sangat, sedang elok jer pedas nya. Boleh laa laju-laju hirup kuah!. Kann…?? Sama tak ngan korang? Kalau kuah nya cair, tawar, kuah tak rasa apa, mee laksa nya lak kental liat tak kembang, tak masam. Out!
Kedai Laksa Sedap Murah
Ok, tengok ni.. >>>>
Amacam? Menarik tak?
Ini lah Laksa yang Nina dok canang sedap tu… Kuah nya memang pekat, banyak isi ikan nya weyy …
Pastu kan, kepedasan kuah nya sedang elok lalu kat tekak ni. Dengan selamba boleh hirup-hirup sampai licin pinggan ni.
Masa dia buh atas meja, kuah yang panas-panas ni Nina buh sesudu dua petis udang. Aduyai …!! Heaven seyhh… Lagi kick kuahnya. Hastag #AkuSuka! hahah . . . . Korang harus cuba! Recommended
Kat mana laksa sedap?
Ini bukan kat restoran , hotel, cafe … Menu tepi jalan jer pun ada yang sedap lagi berpatutan. Tak semestinya kalau korang makan kat tempat bintang-bintang berkerdipan tuu sedap sokmo.! Setuju?
Lokasi nya kat Depan Banjaria Court Batu Caves. Kat depan pintu masuk guard condo ni, korang toleh kanan akan nampak car wash. Sebelah tuu korang nampak Food Truck putih signboard Alia Corner. Alahai .. Nak senang korang waze aje Banjaria Court, Batu Caves
Ahaa… Sini laa Laksa sedap yang Nina dok gebang tu.. Depa ada bukak meja kalau korang nak makan kat sana. Selalunya bila mertua tetiba datang menjelma, Nina tak sempat prepare apa-apa Geng akan pi sana bungkus ikat tepi aje. Ssyyhhhh …. hahaha…
Apa lagi yang menarik kat Alia Corner?
Selain Laksa sedap dia, ada beberapa menu lain yang sedap-sedap gak! Ada pasembor, Mee/bihun Sup dan Mee Rebus. Mmmm … Mee Rebus dia pun terlajak sedap! Recommended gak..
Nahh Nina belanja gambar Mee Rebus lak … Hari tu Nina belanja Mama Nina minum petang kat sini. Memula dia order Laksa, kengkonon nak share. Pastu errkkk …. Macam laju jer dia makan. Hahaha. . . . “Pakcik, order Mee rebus satu!”
Mee Rebus sedap
Dah sampai Mee Rebus, Mama Nina kata , “Along, nampak sedap gak ehh Mee Rebus dia. Mama nak rasa sikit laa…” Hahaha . . .
Settel! Dua-dua Mama rasa dan tekak orang lama pun setuju bahawa Laksa dan Mee Rebus kat Alia Corner ni sedap! “Nanti free-free kita makan sini lagi yaa…” “No problem” Boleh aje Mama, yang penting Mama happy! 🙂
Waktu perniagaan
3pm – 8pm / atau piuk-piuk kuah tuuu licin . Biasanya cepat licin kata owner.
Tutup – Rabu
Ok, buat warga Batu Caves, Gombak, Selayang, Sentul dan seangkatan dengannya … Dekat sangat ngan korang Alia Corner ni. Disarankan korang JANGAN PERGI MAKAN sorang! Sebab nanti kena datang lagi berkali-kali bawak kengkawan lak. Hehe . . .
Nanti dah pi, korang citer kat Nina lak ehh.. yey or nay?! Daaa . . . .
Kalau saya mesti nak peda sikit, baru nikmat 🙂
Oooo… Selera tekak orang Negori Nissimlan gitu.
Nak pedas berapi boleh mintak cili padi extra. Hehee. . . .
tgk gambar pun nampak sdap..:)
Memang sedap cik. Nor.
Recommended!
pekatnya kuah dia…mesti best
Aahh… Kaya dengan sumber isi ikan. Hehee.
Ni mesti laksa Kedah, sebab sedap…hehe
Tak pasti laksa kedah ke apa. Yang pasti tidak mengecawakan 🙂
Laksa kalau pedas sangat, lidah saya tak tahan.
Samalah… Pedas sangat tak tertelan nanti. Yang ini juat nice! Dont worry
lisa tak reti makan laksa.. tapii.. kalau laksa johor lisa reti makan . Laksa pineng yang dari d’Laksa lisa pon boleh makan. lain2… tak reti makan.. knfrm rasa nk terkeluar balik.. huhu dah pernah try kt kedai makan sini . bukan tak sedap.. tp mmg mulut tklhe nk masuk
Normal laaa tu… Selera setiap. Orang tak sama. Laksa johor pun kak Nina suka!
fuh. sedapnya.. terliur plak rasa
Sedap. Sedap…!! Next time lalu area sini harus singgah cuba tau…
sedapnyer kak nina….dari gambar pun dah terbau nih….kuah nampak pekat lak tu….terliur wehhhh
terliur..nampak sedapp..boleh ajak suami nanti ke sini
Lani still ada lagi ka alia corner tu
Baina, adaa…. Pi laaa singgah rasa! ♥
Korang dah try laksa dekat Laksa Kg Baru ke. setiap kali balik dari Chow Kit beli sayur, saya mesti singgah. Bukan setakat laksa je diorang jual, ada mee kari, bihun sup, nasi bubur classic pun ada. Korang kena try. Susah nak dapatkan makanan yang sedap sekarang tapi sekarang saya dah jumpa. Masakannnya panas, sedap. Ada sambal dan cili jeruk lagi. Waze/Google: Laksa Kg Baru