Korang buat apa tuu? Lagi masak ehh? Biasanya apa menu minum petang cepat mudah yang jadi pilihan untuk korang sediakan buat keluarga? Nina biasanya yang simple ringkas jer.. Resepi Muffin Pandan antara menu paling mudah buat Nina. Tak payah mixer, tak payah nak sukat timbang berat diri gram, tak payah dok diri lama menggoreng.
Menu minum petang cepat mudah Resepi muffin pandan
Nah… Nina share resipi mudah cepat siap ni.. Kalau gini pun korang rasa susah payah sangat pemalas kot korang ni sebenarnya, Oopsss…!! sila pi kedai beli jer yang dah siap. Hahaa
Resepi Muffin Pandan mudah
Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung)
11/4 cawan susu fresh milk
1 sudu kecil pandan paste (Nina blend 3/4 helai daun pandan bersama susu – tapis 3,4,5kali)
sedikit pewarna hijau
Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula
secubit garam
Cara penyediaannya
1- Panaskan oven pada suhu 180c-190c. Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk. Buatkan lubang di tengah-tengahnya
2- Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan A kacau rata. (masukkan telur pukul rata, masukkan air pandan atau pandan paste & pewarna hijau pukul lagi, masukkan minyak plak pukul rata dan masukkan susu pukul lagi hingga kesemuanya rata dan sebati) Nina guna whisk.
3- Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi. Kacau rata guna kaedah kaup balik TIDAK lebih 20kali. Nina guna senduk ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit – tak mengapa… buat dek jerr)
4- Biarkan seketika adunan tadi lebih kurang 5minit. Pastu kacau bulatan dalam 2kali. Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
5- Bakar muffin selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing)
Dah siap boleh lah dihidangkan….
Nah… Nina share ngan korang Tips teknik asas dan petua buat muffin menjadi dengan jaya nya . Korang ikut betul-betul, InsyaAllah menjadi! Ramai dah ikut dan Alhamdulillah ada yang dah jadi sumber pendapatan sampingan mereka. Nina tumpang happy!
kak nina ada masa lagi..bgus..nad ni..adoii..susah nor nak buat kuih..hahaa
Bestnya buat kuih.. lisa ni tak reti. Makan pun memilih hahaha adeh
Assalamualaikum, terima kasih atas perkongsian menarik ini. Salam kenal dari saya ye.
sedapnyaa muffin.. hantar sini skett.. hehe
haishhhh…sedapnya lah haii..tq dapat idea utk minum petang ni..al maklumlah cuti sek ni, anak-anak asik mintak makan je…tak kering tangan ler maknya ni..
Saya tak minat makan kuih sangat tapi minat buat kuih tu ada…seronok tengok dekorasi cantik2..hehe best resepi ni sebab mudah je, thx 🙂
Sedapnya k nina. Tumpang singgah minum petang dekat sini. Hehee