Kali terakhir tonton lakonan Redza Rosli dalam Drama MISTERI NONA last year 2020. Watak psiko dia memang menjadi! Sikap penyayang sangat kat isteri dia, pelindung dalam ketegasan tapi rupanya sakit mental. Huhuu . . . Ingatkan mental problem tu takat tu jer . . . Rupanya makin menjadi-jadi . Tambah lagi dengan sikap egois, berlagak, sombong, poyo semua hado laaaa dalam Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU
Bergandingan dengan Intan Najwa yang kecil comel cantik sesuai sangat. Last Nina tengok Intan dengan watak poyo dia, kelakar, cute suka sakat bos dia dalam Drama TUAN DANIAL. Suka tengok! Tapi kali ni lakonan Intan najwa semakin bagus, santai bersahaja lebih comel! Awat laaa comey sangat.
Ok, sure ramai yang dah mula tonton sebab dah dekat seminggu ditayangkan. Sakit jiwa , sakit hati tengok Mustaqim dok berbalah, cari pasal tak sudah dengan Siratul lakonan Intan Najwa. Aduyai . . . Match sungguh depa berdua ni! Chemistry is ON beb! Tak lupa buat adek Siratul. Bagus menterjemahkan watak Safwan. Tahniah! Ada nya Mak Wan Maimunah lagi melengkapkan Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU ini. Superb! Cantik sekali view panorama lokasi ni dekat Perlis. Lawa giler..
Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU
Redza Rosli sebagai Mustaqim
Redza Rosli sebagai Mustaqim, lelaki yang mendendam rasa benci pada ayahnya namun semuanya berubah saat terjadi nya satu kejadian yang tak terduga antara Mustaqim dan Siratul. Sejak kejadian tersebut, Mustaqim mula berubah dan mula menghargai erti kasih sayang dan keluarga. Apa yang terjadi?
Intan Najwa sebagai Siratul
Intan Najwa sebagai Siratul, gadis tabah yang sentiasa berjuang untuk keluarganya hingga muncul mamat poyo – Mustaqim yang mengetuk pintu hatinya. Bertambah hebat dugaan hidup Siratul. mampu kah Siratul mengharungi? Apa yang menarik, Siratul ni kuat membebel tak sudah. Jangan kasi dia bercakap, parah akibatnya! HAhaa . .
Aniq Suhair sebagai Safwan (Adik Siratul)
Aniq Suhair sebagai Safwan, adik kepada Siratul yang penyanyang dan manja. Tapi sentiasa menjadi pelindung kepada ibu dan kakaknya setiap kali dugaan datang.
Wan Maimudah Aziz sebagai Makcik Hasnah. Ibu tua kepada Siratul dan Safwan yang sentiasa berusaha melindungi anak-anaknya dalam apa pun keadaan. Kasih sayang antara ibu dan anak yang tak ternilai harganya.
Fendy Bakry sebagai Epol
Fendy Bakry sebagai Epol, pemuda sekampung Siratul yang mencintai Sirat sejak kecil lagi. Cuba menawan hati Sirat dengan seadanya. Epol sentiasa ada dalam keluarga Siratul tatkala diperlukan. Tapi ibu Epol membantah rasa cinta Epol pada Siratul kerana ibu Epol membenci ibu Siratul dan keluarganya. Pasti ada dendam yang tidak berkesudahan..
Rita Nasira sebagai Melisa
Rita Nadira sebagai Melisa, wanita yang memburu cinta Mustaqim. Melissa sanggup mempertaruhkan apa saja semi memiliki Mustaqim. Jangan tak tahu, Melisa ni mak tiri kepada Mustaqim!
Dato Ahmad Tamimi Siregar sebagai Dato Mustapha seorang ayah yang dihimpit rasa rindu pada anaknya di atas kesilapannya yang lalu. Segalanya tak terbendung dengan kata-kata. Mampukah Dato Mustahpa memperbaiki keadaan semula, menebus apa yang telah terjadi 10 tahun yang lalu?
“Taqim, kalau papa boleh pusing jam itu balik, papa tak akan pukul Taqim. Papa takkan biarkan Taqin pergi. Papa tak akan keluarkan ayat-ayat seperti itu. Papa takut, Papa takut masa untuk papa terlalu sikit” – Dato Mustapha
BEST giler gandingan Intan Najwa dan Redza Rosli
Dalam episod pengenalan drama ni, kita dikenalkan dengan Mustaqim, jejaka yang luarannya nampak kasar dan berjiwa kosong tapi sebenarnya dia seorang yang caring dan prihatin lagi-lagi setelah dia dipertemukan dengan Siratul, gadis kampung yang bersaiz kecil molek yang tak gentar kena gertak dengan dia bila dia ugut nak Sirat bertanggungjawab diatas kerugian yang dia alami selepas dia berlanggar ngan adik Sirat, Safwan.
Taqim yang sebelum ni pernah dikhianati cintanya oleh Melissa tidak menyangka yang dia telah tertarik hatinya dengan Sirat. Mungkin sebab bila Sirat perkenalkan nama dia, kenangan lama Taqim bersama ngan arwah mama terimbas kembali. Kenangan di mana arwah ibunya terangkan maksud di sebalik nama dia dan kebetulan nama Sirat terselit sama ngan nama dia.
Maka bermulalah kisah Taqim cuba nak kenali Sirat dengan lebih dekat sampaikan dia buat alasan datang ke rumah Sirat hanya untuk buat perhitungan pasal hal motor dia yang kena langgar. Gara-gara mengendap punya pasal, Taqim terjatuh pula dalam air sawah! Haaa tu laaa mengendap lagi! BEST giler scene ni.
Taqim jatuh hati pada Sirat tapi asyik gadoh aje!
Sejak kejadian tersebut asal Taqim bertemu dengan Sirat mereka akan berbalah. Ada saja yang tak kena di mata Taqim. Suka nau Taqim ni nyakat Sirat. Sian tengok! Taqim ni sebenarnya dah jatuh hati dengan Sirat tapi biasalah mana dia nak mengaku dulu jadi dia sajalah cari peluang buat hal ngan Sirat sebab nak dekati Sirat. Lagipun masih awal kot kalau dia nk confess dengan Sirat tambah lagi keegoan Taqim ni tahap langit ke tujuh! Betul tak? HAhaa
Dalam mereka bertengkar tu Taqim macam ada bagi hint tau yang dia ‘syok’ ngan Sirat tapi Sirat mana lah faham bahasa berkias-kias dia tu. Contohnya bila Sirat mula berniaga sendiri si Taqim singgah gerai Sirat kacau Sirat dan macam biasalah dia jadikan hutang kos repair motor dia sebagai alasan untuk singgah. Dia siap arah Sirat hantar nasi bungkus kat dia setiap hari sampai hutang Sirat selesai. Jahat + nakal sangat Taqim ni kannn?
Rasanya yang faham bahasa berkias-kias Taqim cuma Safwan je kot tapi tu pun Taqim cuba nak cover gak, tak nak kantoi ngan Safwan tapi sebenarnya dia dah kantoi pun. HAhaa . . Taqim ni siap bayarkan semua saman tertunggak Safwan. Repair moto Safwan yang rosak teruk akibat perlanggaran tempoh hari. Patutnya Safwan yang tanggung repair moto Taqim ni Taqim lak sponsor repair moto Safwan . Punya seronok Safwan sebab semua berganti baru!
Melisa psiko!
Melissa masih ingin dapatkan Taqim kembali lantas dia memperdaya Kyle yang tengah kemaruk cintakannya untuk tolong dia dapatkan Taqim balik. Alasannya setelah dia berjaya memiliki Taqim balik dia akan tinggalkan Taqim dan balik kepada Kyle semula. Giler seram psiko jerrr tengok pompuan ni! Tapi memang lawa laaa Melissa ni kannn?
Sinopsis Novel Tak Sempurna Mencintaimu karya Rehan Makhtar
Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tidak indah. Ia menyakitkan. Hinggakan si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa. Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu. Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu sahaja. Ya, katalah dia kejam. Kenyataannya, memang dunia ini kejam! Dia juga pernah menjadi mangsa.
“Eh! Seluar kau tu koyak ke?” – Siratul
Kau sindir aku lagi, kan?” – Mustaqim.
“Tak… kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan” -Siratul
Aduhhh…!! Tak tahan gelak dibuatnya. Seluar jeans mahal Taqim yang stylo nampak lutut, Siratul kata koyak! Memang cari nahas buat Taqim lagi menyirap kat Sirat yang kecik molek tuuuu
Wajah, lirik mata dan kata-kata Siratul kedengaran begitu jengkel pada pendengaran Mustaqim. Tapi entah mengapa… Yang jengkel itulah yang dia mahu pandang, yang mahu dia tatap dan mahu dia dengar.
“Aku buat kau gila dekat aku. Baru kau tahu…” – Mustaqim
“Memang dasar orang gila!” – Siratul
Dengan hati yang meronta-ronta, Mustaqim sanggup meninggalkan kerja nya dan terusan mengintai Siratul. Tapi bila Siratul dah ada di depan mata, ada saja ayat yang keluar dari mulut Mustaqim membuat Siratul sakit hati,
“Phone yang kau pakai ni, zaman sekarang ni tau tak orang buat apa? Orang pakai buat baling anjing jer! ” berdekah-dekah Mustaqim membahan gelakkan Siratul sebab masih pakai Nokis 3310. Kejamnya laaa hai Si Taqim ni. Gggrrrr . . .
Scene wajib korang ulang-ulang tonton! Real santai lakonan 2 ketul ni dalam drama ni. Tersemyum simpul kita kat rumah nontonnya.
Hingga satu hari, bila Siratul mula membuka hati… Lelaki itu berdusta dengannya. Dia marah kerana rasa sayang yang mula bercambah.
“Kau beli adik aku dengan duit dan kau jangan ingat, kau mampu beli aku dengan duit kau!” – Siratul
“Bukan niat aku nak sakiti kau, Siratul…” – Mustaqim
Mustaqim bingung. Tak… Dia merancang yang indah sebenarnya. Kerana dihalau pergi, dia berlalu bersama cinta yang wujud buat pertama kali dalam hati.
Akhirnya, Siratul mengerti tentang apa yang telah Mustaqim lalui sepuluh tahun dulu hingga meninggalkan parut dalam angkara cinta yang dusta yang memaksa dia menjadi yatim piatu sebelum waktu. Cinta dusta yang menghantui hingga kini.
“Kalau dia tu, pedang yang menghunus… saya akan jadi perisai yang bantu awak bertahan.” -Siratul
Tapi, benarlah. Merancang itu percuma tapi ketentuan boleh jadi berbeza. Mustaqim sekali lagi bertarung dengan ujian bila antara dia, Siratul dan Melisa… Hanya dipisahkan oleh satu garisan halus bernama kematian.
“You pergi dulu, Taqim. I akan menyusul…” -Melissa
“Tak bahagia di dunia, kau akan bahagia di syurga…” -Siratul
“Maafkan aku sebab dah bawa cinta tak sempurna dalam hidup kau…” -Mustaqim
Nyawa mereka berdua bagai di hujung helaan. Mustaqim bangkit bersama sisa-sisa nafas yang ada demi Siratul. Namum adakah dia masih gagah untuk menghayun pedang melawan ujian itu bula perisainya tumbang? Dia sendiri tak pasti.
Drama yang cukup santai, menghiburkan namun banyak kupasan isu kekeluargaan yang diterapkan dalam naskah ini. Kasih sayang keluarga tak mampu dipisahkan dengan masa, wang ringgi mahupun harta. Setiap insan akan lalui cabaran hidup dan pastinya akan ada pelangi nanti buat mereka yang tabah.
Drama ‘Tak Sempurna Mencintaimu’ diinspirasikan daripada novel karya Rehan Makhtar. Menampilkan gandingan Redza Rosli dan Intan Najuwa selaku watak utama. Akan bersiran mulai 29 Mac, setiap hari pukul 7 malam di slot Akasia TV3.
JUDUL : TAK SEMPURNA MENCINTAIMU
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 29 Mac 20121
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Eja Lorena, Marr Mohamad, Lynnda Sharuddin, Mfid Suhaimi
PENGARAH : Emi Suffian
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Intan Najuwa, Rita Nadira, Aniq Suhair, Wan Maimunah, Fendy Bakry, Dato Tamimi Siregar, Lydiawati, Azzarima, Mak ah, Fendi Seman, Nafiez Zaidi, Ali Redza, Shah Khan, Asha Merican, Naim Shamshol
WATAK PELAKON Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU
Redza Rosli sebagai Mustaqim
Intan Najuwa sebagai Siratul
Rita Nadira sebagai Melissa
Aniq Suhair sebagai Safwan
Fendy Bakry sebagai Epul
Nafiez Zaidi sebagai Fiqri
Azza Elite sebagai Kak Siti
Ali Reza sebagai Kyle
Shah Khan sebagai Kuca
Scha Elinnea sebagai Mawardah
Naim Shamshol sebagai Rudy
LAGU TEMA / OST
Khai Bahar – Durja
“Disetiap kekuranganku, kau sempurnakan cinta kita”
Okies.. Buat yang terlepas episod Drama ini, usah risau usah teriak tak sudah sebab korang masih boleh Tonton Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU Online di saluran WeTV Malaysia. PERCUMA! Ya Percuma tanpa iklan lagi awakkkk
So takde istilah tak up to date drama trending. Bebila masa pun korang boleh tonton drama online.
Jommmm sesama bergelak ketawa dengan kepoyoan ego sombong Taqim dengan kekenyalan Sirat menahan cinta Taqim. Acececeehhhh… Sirat tu suka tau acah-acah tak faham Taqim tu suka kat dia kannnn? Comel
Pasti ada banyak orang yang merasa seperti saya, itulah jangkaan dan kegembiraan untuk menonton filem ini!
sweet pulak jalan ceritanya ….nanti nak downlaod tengok ….tapi tulah tahu2 dah last epi nasiblah kat apps WeTv boleh ulang main …
Sha pun suka tgk cite ni.. Suka tgk warna kereta taqim.. Hihihi
Comel sangat Intan Najwa dalam cite ni.
Tak tengok pulak cerita ni, tapi ade org share kat twitter macam best pulak..nak tengokla nanti
Belum tengok lagi, ni dah baca sinopsis macam best pulak.
Oh thanks for sharing the sinopsis, now i think i would like to check out this Tak Sempurna Mencintaimu drama.